Sebut bab bekal anak ke sekolah, pastinya kita terbayangkan keenakkan air tangan ibu kan. Melihat si isu bersusah payah bangun awal pagi untuk menyediakan segala kelengkapan.
Namun kali ini admin nak cerita tentang air tangan seorang ayah pula. Nampak tular perkongsiannya di dalam satu laman web masakan.
Menerusi catatannya, Wan Muhammad Hafiz Satar bangun seawal jam 5 pagi bagi meyediakan bekal untuk anaknya ke sekolah.
Selain itu, beliau turut berkongsi 30 menu bekal anak ke sekolah untuk panduan ibu bapa yang lain.
“Salam Semua…Disini saya kongsikan 30 menu Bekal anak ke sekolah sepanjang tahun 2018 yang pernah saya buat. Semoga memberi inspirasi untuk semua dalam menyediakan bekal anak kesekolah bagi tahun ni.
“Untuk maklman yang bertanya berapa lama saya ambil masa untuk siapkan bekal, saya start bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak. Sebelum tidur saya dah prepare awal² bahan² untuk masak, jadi bila bangun bleh masak terus.
‘Biasanya jam 6 pagi bekal anak dan bekal saya ketempat kerja dah siap semua. Lepas tu baru saya mandi, solat, sarapan dan bersiap utk hantar anak kesekolah. Jam 6.45am dah kluar rumah ke sekolah anak. #Hari2BabaMasakBekalUntukAnak2
Mi Kicap
Ads
Ads
Ads
Selain itu, beliau turut memuat naik beberapa resipi untuk memudahkan ibu bapa memasak bekalan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati berkobar-kobar nak buat kek, siap tengok dan ikut langkah demi langkah tapi kek tak juga menjadi. Rupa-rupanya bukan salah bahan tapi cara sukatan juga memainkan peranan.
Sebagai contoh, sukatan guna cawan juga ada caranya. Jom baca perkongsian oleh puan Yatie Eimra ni.
Tip Tepung #1 : Cawan Penyukat Standard vs Cawan Minuman (cawan teh/kopi)
Ramai yang konfius kan bab sukat tepung guna cawan.. Kebanyakkan orang fikir, tak kisah guna cawan yang mana (samada cawan penyukat standard atau cawan teh/kopi) & tak jejaskan resipi asalkan sukat tepung & cecair guna cawan yang sama.
Sebenarnya ia hanya betul kalau resipi tu takde telur. Kita boleh guna apape jenis cawan pun asalkan sukat tepung & cecair gunakan cawan yang sama.
TAPI kalau resipi yang ada telur, selalunya hasil akhir akan efek gak sikit sebab sukatan cawan tu berbeza..
Contohnya resipi gunakan –
1 biji telur B (lebih kurang 50gm) 2 cawan tepung ½ cawan air … … (bahan lain)
👉Cawan penyukat standard = 125gm tepung.
👉Cawan teh/kopi = 80gm-100gm tepung jer
⚠So, kalau resipi asal tu gunakan cawan penyukat standard, total berat tepung sepatutnya = 250gm, bagi sebiji telur.
⚠Tapi kalau kita pakai cawan teh/kopi, total berat tepung = 160gm-200gm jer bagi sebiji telur. Nampak tak, dah kurang 50gm kat situ.. Walaupun betul sukatan air yang kita gunakan (tetap disukat setengah cawan & gunakan cawan yang sama).
⚠Dengan berat telur yang sama, tapi bila kita guna cawan berbeza, berat tepung tak cukup, sikit sebanyak efek la gak resipi tu..
⚠Camtu gak kalau resipi asal guna cawan teh/kopi tapi kita gunakan cawan penyukat standard.. Resipi kita tu akan jadi “terlebih tepung” untuk resipi yang sama.. Bagi penggemar resipi Azlina Ina, selalunya korang yang guna cawan penyukat standard, akan alami masalah terlebih tepung ni.. 😆
🌟Walaupun macam tu, ada pengecualian gak.. Kalau resipi tulis telur pun perlu disukat gunakan cawan, maknanya korang boleh guna apape jenis cawan/mangkuk hatta guna periuk sekali pun untuk sukat setiap bahan 😆 Sebab tu perasan tak, resipi mak kita dulu² (terutamanya resipi kek) bukan setakat tepung & air, tapi telur pun kena sukat dengan cawan.. So hasil akhir nanti takkan lari jauh walaupun cik kiah guna cawan kopi, cik bedah guna mug besi.. Bezanya lagi besar cawan diguna, lagi banyak la adunannya..
P/s: Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza 5-10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ni bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara sukat lak..
Boleh gak tengok post lame untuk tip sukatan cawan standard & cawan minuman kat sini👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2910367808991450&id=100000547782708
Pemantauan dalam pembelajaran anak-anak umumnya kita sebagai ibu ayah sangat ambil berat tentang hal ini.
Namun andai pelbagai cara telah dilakukan, tetapi anak masih malas hendak ke sekolah, suka tidur dalam kelas, malah lambat tangkap pula apa yang diajar, maka sebaiknya kita semak semula 4 peraturan yang dikongsikan ini.Jom semak.
4 Peraturan Penting Mendidik Anak di Rumah.
Benda ni nampak simple, tapi kesan dia sangat besar dalam diri anak-anak.
Kalau anak malas pergi sekolah, selalu tidur dalam kelas, lambat tangkap semasa cikgu mengajar maka semak la semula 4 peraturan ni.Ada atau tidak.
Menurut hasil dapatan dari ceramah Dr Shukri Abdullah semalam ini 4 peraturan yang wajib ada dalam setiap rumah.
1. Perihal Solat
Didik anak solat ni penting. Kalau tak ajar anak hormat agama, hormat Allah, makanya susah juga dia nak hormat mak ayah.
Apatah lagi cikgu di sekolah, lagi la tak di hormatinya. Bila tak hormat mulalah kena marah sikit berdendam, cikgu mengajar di depan dia tidur.
Sujud ini yang akan bentuk anak kita jadi manusia cemerlang. Tak bongkak, tak keras kepala dan mudah di lentur. Percayalah mak ayah sekalian.
Solat banyak manfaatnya. Salah satunya ialah ia mendidik anak tentang displin. Solat kena ikut waktu, dan tepat pada waktunya. Tak boleh ikut suka hati nak solat. Ini displinnya.
Jaga solatnya maka terjaga akhlaknya.
2. Perihal Belajar
Pastikan ada waktu belajar semasa di rumah setiap hari, setiap minggu. Tegas beliau lagi, belajar bukan buat kerja sekolah sahaja. Kalau tak ada kerja sekolah tak perlu belajar.
Bukan begitu!
Kerja sekolah tu hanya latihan, untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang di belajar di sekolah.
Selain tu, anak kena buat sendiri ulangkaji pelajaran, baca buku berulang kali, buat latihan tambahan dan latih tubi sebanyak yang mungkin. Ini maksud belajar di rumah.
Mak ayah kena beri sokongan penuh. Semasa anak belajar jauhkan segala gangguan, tutup televisyen, tutup handphone. Ini berkenaan masa depan anak kita juga.
Pengorbanan mak ayah hari ini boleh jamin masa depan anak-anak.
3. Perihal Tidur
Tidur kena cukup. Tidur kena awal. Jam 9-10 malam mesti kena tidur dah. Baru anak tak susah nak bangun pagi. Bangun pun tak layu. Jangan ajar anak tidur lewat walaupun cuti sekolah.
Dah terbiasa tidur lewat nanti susah nak hilangkan tabiat tu. Tabiat nak buang bukan mudah. Boleh bergaduh bab tabiat ni. Dendam pun ada.
Sebelum tidur jauhkan pengaruh skrin seperti televisyen, handphone, tablet dan sebagainya. Benda ni semua parasit. Parasit ni la yang akan hasut mata anak kita untuk terus leka main games, tengok video dan main media sosial.
Lagi satu penting! Jangan bagi anak bawa telefon masuk bilik tidur. Percayalah, mereka tak tidur. Mesti main handphone punya sampai ke tengah malam.
Tidur ni kalau betul-betul jaga boleh jadi penawar segala penyakit termasuk penyakit malas dan ketagihan. Kalau sanggup tak tidur main handphone maknanya anak dah sakit la tu.
4. Perihal Sarapan
Anak yang tak bersarapan waktu pagi akan pergi sekolah dengan otak seakan sama seperti orang tua umur 70 tahun.
Lembap, tak fokus dan mudah berangan !
Ini punca anak tak bertenaga semasa di kelas. Bukan sahaja fizikal tapi mental juga. Cikgu mengajar dia lambat tangkap, dalam kelas boleh tertidur dan paling parah cikgu mengajar tapi fikiran dia melalut perkara lain.
Remeh je kan sarapan ni, tapi kesan dia amat dasyat sekali.
Saranan beliau lagi, sarapan paling baik waktu pagi makanan yang ada protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, daging dan susu.
Selain perut kenyang, otak anak pun lebih cergas dan mudah tangkap bila belajar. Insyaallah.
Begitulah, sebenarnya kalau nak anak kita jadi hebat di dunia yang luas ini mulanya mesti dari rumah.
Mak ayah la kena tunjuk contoh teladan yang betul. Bak kata pepatah, kuih mesti ikut acuannya kan.
Kalau kita boleh ikut 4 peraturan ni dengan baik, nescaya anak pun tak akan banyak beri masalah pada kita kelak.
Perkongsian Zunita Ramli mengenai cara Jepun menguruskan banjir sangat menarik untuk dikongsikan. Rupanya mereka menggunakan fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.
Jepun ni sebenarnya negara agak yang tak stabil dari segi bencana alam. Terletak di atas pertembungan 4 plate tektonik bumi yang kerap bergerak dan dalam Lingkaran Api Pasifik, jadi tak hairanlah kalau letusan gunung berapi, tsunami, taufan, banjir, gempa bumi, semua boleh berlaku di Jepun.
Tokyo contohnya, adalah bandar yang sangat berisiko untuk banjir besar sebab di Tokyo saja ada lebih 100 sungai. Banyangkan kalau taufan dengan hujan lebat datang.. Memang senang-senang Tokyo boleh tenggelam terus dalam banjir bila air sungai melimpah.
Benda ni pernah terjadi sebenarnya.
Tahun 1947 Taufan Kathleen yang melanda Tokyo memusnahkan 31,000 rumah dan mengorbankan 1,100 nyawa. Sedekad lepas tu, Taufan Kanogawa pula datang dengan bawa hujan yang sangat lebat, menyebabkan banyak kerosakan dan bisnes terjejas.
Tapi Jepun ni pandai.
Mereka tak berserah je.
Mereka mengkaji.
Apa yang sebabkan kerosakan? Banjir.
Jadi mereka bina satu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.
Mereka berjaya buat Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) iaitu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir yang paling besar di dunia. Benda ni sangat besar dan hebat sebab menguji kecanggihan teknologi yang ada sampai dapat liputan seluruh dunia. Punyalah bersedia Jepun dengan banjir ni.
MAOUDC ni terletak di antara Showa di Tokyo dan Kasukabe di Saitama. Ia berada di kedudukan 22m bawah tanah dan dilengkapi dengan 6.3km terowong untuk lindungi Tokyo dari banjir.
Caranya, bila air sungai melimpah, ia akan disalurkan masuk ke salah satu dari 5 terowong selinder dalam MAOUDC yang tinggi dia lebih kurang 70m. Setiap terowong selinder ni memang sangat besar — sangat besar yang boleh muat sebuah roket (space shuttle) atau Statue of Liberty. Haa punya la besar.
Lepas hujan dah reda, air dari tangki ni akan dipam keluar ke Tokyo Bay, dengan pam berkuasa 13,000 horsepower. Bayangkan kalau ada kolam renang saiz 25m. Maksudnya, dengan kuasa horsepower 13,000 tu, kolam tu boleh dikosongkan dalam masa 2-3 saat je! Jadi tank besar ni memang dapat dikosongkan dengan sangat pantas dan efisyen lah.
Dengan cara macamni, Tokyo dapat kurangkan kerosakan akibat banjir hampir 90%. Sehingga September tahun lepas, fasiliti ni dah digunakan 7 kali dan Jepun berjaya jimat lebih kurang RM5.8 bilion kos pembersihan jika berlaku kerosakan akibat banjir. Banyak tu jimat.
Jepun berjaya buktikan walaupun mereka tak mempunyai kelebihan dari segi kestabilan geografi, tapi dengan kepakaran ilmu dan teknologi, mereka masih boleh jadi salah satu negara maju di dunia — dengan cara kaji, kaji dan kaji.
#CatatanZunitaDiJepun
ps: Mungkin ada yang tak baca lagi, jadi saya share semula.