Pasti anda semua tahu akan kisah pelakon dan juga pengarah ini. Tahun lalu berlaku detik hitam yang pasti menjadi lipatan dalam memorinya. Farid Kamil yang juga suami kepada aktres, Diana Danielle, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.
Khatam Al-Quran dalam masa 30 hari
Ironinya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Menerusi perkongsian yang dibuat kepada Mstar, Farid memberitahu bahawa semasa di penjara dia telah melakukan banyak perkara yang sebelum ini kerap ditinggalkan dan kurang memberi perhatian.
Antaranya dia telah berjaya katam 30 juzuk al-Quran serta kerap bangun malam untuk menunaikan solat tahajud.
“Didalam penjara, saya buat benda yang saya tak pernah buat contohnya saya bangun untuk solat tahajud dan berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari. Kalau dalam keadaan bebas belum tentu saya buat perkara itu.”
Ads
Mengubah diri lebih baik
Sementara itu, Farid tetap bersyukur dengan apa yang terjadi kerana sedikit sebanyak mengubah dirinya kepada lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya bersyukur diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami benda yang orang lain tak dapat. Mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu dalam keadaan sedemikian supaya hidup saya jadi lebih baik.”
Ads
Isteri tetap di sisi
Dalam pertemuan tersebut juga, Farid sempat memberikan kredit kepada isteri tercinta Datin Diana Danielle kerana tetap ada dalam keadaan baik mahupun ketika dia ditimpa malapetaka.
“Alhamdulillah, diana sangat supportive… sejak awal perkenalan sampailah ditimpa malapetaka itu, dia masih bersama saya.
Ads
“Dia dan anak-anak menjadi kekuatan untuk saya menghadapi masa-masa mendatang ini, betapa beruntungnya saya memiliki isteri bernama diana danielle.
Dalam pada itu, Farid yang sedang giat menyiapkan filem terbarunya yang berjudul Remp-it 2 dilihat cukup optimis menempuhi hari-hari akan datang kerana sedar masih ada yang menyokong serta berada dibelakangnya bagi memberikan semangat untuk terus maju.
Sama ada sosej digoreng, dibakar atau direbus, sesiapa pun menggemari akan rasanya apatah lagi anak-anak. Boleh dikatakan itulah makanan ringan yang mudah disediakan untuk anak makan pada bila-bila waktu.
Namun jika dimakan terlalu kerap dikatakan ianya tidaklah bagus untuk kesihatan. Pun begitu untuk pastikan makanan yang digemari oleh anak kita masih boleh dimakan pada bila-bila waktu dan semestinya lebih berkhasiat, elok sahaja disediakan ramuannya sendiri. Bukan sahaja lebih sihat, malah keenakan rasa dan kebersihan makanan lebih terjemin.
Menyediakan sosej yang dibuat sendiri bukan sahaja rasa dan ramuan bahan boleh dipilih mengikut citarasa, malah anda perlu juga tahu cara atau trik untuk pastikan sosej yang dibuat cantik sempurna bentuknya sama seperti dijual di pasaran.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian daripada Noor Saficka untuk info bersama.
Ini perkongsiannya;
Anak-anak asyik nak beli sosej je..hari ni ibu cabar diri buat sosej sendiri. Alhamdulillah anak-anak suka sosej original dengan sosej cendawan.
Resepi sosej
2kg isi ayam
1labu bawang putih
4biji telur
6sudu besar tepung ubi
Cukuprasa secukup rasa
Mix herbs
Cendawan shitake kering rendam (blnder kering)
Cara Membuatnya :
1. Blender isi ayam dengan telur dan bawang putih
2. Gaul dengan bahan yang lain
3. Untuk yang sosej biasa tak yah letak cendawan. Nak letak sayur lain pun boleh..saya tak letak sebab anak tak makan sayur. Nak pedas boleh tambah cili masa blender ayam tadi ye
4. Lepas tu masuk dalam piping bag..pipe kan dalam plastik aiskrim
5. Pastu boleh rebus bagi air mendidih dulu baru masukkan sosej
6. Dah masak angkat rendam dalam air sejuk kejap pastu boleh keluarkan dari plastik
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Sempena bulan puasa ini, apa kata cuba resipi ini buat keluarga sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya di rumah kita pasti ada bermacam-macam jenis bahan pembersih untuk digunakan untuk tujuan yang khusus.
Tapi menariknya perkongsian ini, wanita ini sediakan sendiri bancuhan bahan pencuci dirumahnya untuk digunakan dengan pelbagai tujuan.
Ternyata cara ini pastinya lebih menjimatkan dan tiada lagi masalah penstoran berkaitan bahan-bahan pencuci yang pelbagai jenis dan kegunaannya itu.
Ini perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut..
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni..
Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking
– nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ .
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.