Usaha pengacara popular, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, akhirnya membuahkan hasil.

Siapa sangka tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, sudah berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.

Bantu Cari Dana Biayai Kos Pembedahan, Pak Nil Kutip Lebih RM100,000 Bikin Zamani SebakKutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi,  Pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.

“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.

IKLAN

Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.

Bantu Cari Dana Biayai Kos Pembedahan, Pak Nil Kutip Lebih RM100,000 Bikin Zamani SebakSebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.

IKLAN

“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta

“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.

IKLAN

Bantu Cari Dana Biayai Kos Pembedahan, Pak Nil Kutip Lebih RM100,000 Bikin Zamani SebakZamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan.

Dia kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.

Bantu Cari Dana Biayai Kos Pembedahan, Pak Nil Kutip Lebih RM100,000 Bikin Zamani SebakSebelum ini, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.

Sumber: kosmo

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI