Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kisahnya dalam keluarga ini apabila anak yang baru berusia 7 tahun sudah mahir menebar roti canai.

Bukan satu malah 50-60 keping roti canai ditebar setiap hari hasil daripada tunjuk ajar ibu dan ayahnya , Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.

Bantu Keluarga Dengan Tebar Roti Canai. Kanak-kanak 7 Tahun Ni, Buat Ramai Rasa Kagum!

Kesungguhan dan kerajinan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Kangar, Perlis, yang dikenali sebagai Yusra Asna Ruslin, dalam membantu keluarganya di gerai makan telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial, baru-baru ini.

Memetik berita yang dilaporkan di Sinar Plus, kanak-kanak ini bukan sahaja rajin dan sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti persekolahan yang lalu, tetapi kepandaian dan bakat dalam menebar roti canai itu adalah antara faktor utama murid ini tular.

Belajar Kerana Minat

Bantu Keluarga Dengan Tebar Roti Canai. Kanak-kanak 7 Tahun Ni, Buat Ramai Rasa Kagum!

Menurut Yusra Asna, dia belajar menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, dia kini sudah mampu menebar antara 50 hingga 60 keping roti canai sehari.

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami.

“Sebab itu saya belajar daripada mereka dan akhirnya mampu menebar puluhan roti canai sehari,” katanya yang memasang impian membuka restoran makanan apabila dewasa kelak.

Bantu Keluarga Dengan Tebar Roti Canai. Kanak-kanak 7 Tahun Ni, Buat Ramai Rasa Kagum!

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, proses menebar roti canai agak sukar, tetapi lama-kelamaan ia menjadi mudah.

“Ia ada beberapa peringkat dalam proses menebar roti canai ini. Saya ikut satu persatu apa yang diajar oleh ayah dan ibu, akhirnya saya dapat buat,” ujarnya.

Video Tular, Gerai Semakin Dikunjungi Ramai

Sementara itu, bapanya, Ruslin berkata, Yusra Asna merupakan seorang anak perempuan yang suka belajar dan mudah faham dengan apa yang diajar.

“Di awal-awal dulu, banyak juga roti canai yang rosak, namun lama kelamaan Yusra Asna mampu menebar dengan sempurna,” jelasnya.

Kedai makan keluarga Yusra Asna dibuka seawal pukul 5.30 sehingga 11 pagi dan dikunjungi orang ramai lebih daripada biasa sejak Jumaat lalu selepas video Yusna Asna menebar roti canai dikongsi dalam Facebooknya tular.

Selain masyarakat setempat, guru sekolah dan rakan-rakan Yusra Asna juga tidak ketinggalan datang menikmati roti canai dan memberi sokongan kepada murid berkenaan.

Bantu Keluarga Dengan Tebar Roti Canai. Kanak-kanak 7 Tahun Ni, Buat Ramai Rasa Kagum!

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang turut singgah di kedai makan tersebut bagi menikmati roti canai yang ditebar Yusra Asna berkata, Yusra Asna mampu menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan.

“Dengan pendedahan dalam dunia perniagaan oleh ibu bapanya sejak dari kecil lagi, saya yakin bahawa dia akan berjaya dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.

Sumber : Sinar Plus & FB Ruslin Meli 

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

 

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Bantu Keluarga Dengan Tebar Roti Canai. Kanak-kanak 7 Tahun Ni, Buat Ramai Rasa Kagum!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI