Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Umumnya pada hari penyembelihan bintang korban, ramai yang ingin membantu. Ada yang memotong dan melapah daging untuk melancarkan urusan pembahagian daging tersebut. Usaha ini sekali gus dapat juga menambah pahala dengan melakukan kebaikan di hari Raya Korban.
Namun jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa andai anda melakukan perkara-perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja
Ads
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
Ads
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Okey, untuk ibu-ibu yang baru nak cuba buat tomyam atau yang sudah biasa masak tapi nakkan tomyam ala-ala macam di restoran Thai, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin ini.
Nampak menyelerakan dan caranya pun mudah. Pasti akan kena dengan selera anda sebab admin pun dah cuba!
Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh ?), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara2 masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye. Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yg masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sbb senang & takyah tunggu lama nak empuk mcm daging.
Nak bitau awal, pes tomyam ni tailen punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah2 utara sana and negeri yg dekat2 dgn sempadan sana mmg senang dpt ^_^
Bahan2 wajib ;
– bawang besar belah 4 – cili api (ketuk) – daun ketumbar @ corriander leaves – daun limau purut – serai – diketuk – air asam jawa @ pes asam jawa – cili boh @ cili kisar – pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! ?? boleh order dgn saya jek nanti kahkah! – ayam/daging/udang/sotong – carrot – cauliflower – baby corn – celery – buah tomato belah 4 – cendawan
• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan. • masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih. • masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!). • masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit. • masukkan serai yg diketuk. • masukkan daun limau purut. • masukkan carrot. • masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
Cara-cara ;• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.• masukkan serai yg diketuk.• masukkan daun limau purut.• masukkan carrot.• masukkan pes asam jawa adabi.** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **• masukkan garam.• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.• masukkan tomato – kacau sekejap.• tutup api. • masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.Mabeles!!Tips :~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua 😊~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.
~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua ? ~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas. ~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yg terbaik! (y) ~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak. ~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain. ~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.
Selain itu, 8 langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak sangka, rupanya hujung keratan sayur ada manfaatnya. Kalau sebelum ini anda terus buang keratan tersebut, lepas ni simpan dan tanam. Lihat hasilnya nanti.
Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini yang menunjukkan cara nak tanam pokok sawi sendjri menggunakan keratan sayur tersebut. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.
Cukup mudah caranya dan menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.
Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…
Cara tanam:
2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.
3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.
4. Selepas beberapa hari, inilah hasilnya.
Sesi alih tempat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pendakap gigi untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah disifatkan sebagai rawatan elektif untuk mereka. Indikasi dan kriteria untuk rawatan adalah sama dengan kanak-kanak normal.
Apa yang membuatnya berbeza adalan pelan rawatan dan perlaksanaan penjagaan pergigian yang akan diubah mengikut kemampuan pesakit, pemberian kerjasamanya dan penjagaan di rumah.
Perlukah kanak-kanak berkeperluan khas memakai pendakap gigi?
Terdapat beberapa faedah memakai pendakap gigi. Ianya termasuk:
*Memperbaiki susunan gigi dan kecantikan senyuman
*Memperbaiki kesihatan pergigian kerana gigi yang tersusun lebih mudah dibersihkan
*Memperbaiki pertuturan dan daya kunyahan dalam situasi di mana gigi hadapan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Dengan pendakap gigi, posisi gigi boleh diperbetulkan dan fungsi gigi akan menjadi lebih baik
Seperti juga kanak-kanak normal, kanak-kanak berkeperluan khas tidak semestinya memerlukan pendakap gigi sekiranya mereka tidak mahu memakainya. Pendakap gigi mudah memerangkap makanan di celahan gigi. Ini akan meninggikan risiko penyakit pergigian seperti karies gigi sekiranya kebersihan mulut tidak dijaga sepanjang rawatan.
Mengapa Kanak-kanak Berkeperluan Khas Memerlukan Perhatian Khas Sepanjang Rawatan Pendakap Gigi?
Ini adalah kerana kanak-kanak berkeperluan khas:
*Sering mempunyai kefahaman yang rendah, tahap kebimbangan yang tinggi, tempoh tumpuan yang pendek dan daya toleransi yang terbatas
*Mempunyai pergerakan anggota yang tidak terkawal membuatkan mereka sukar untuk duduk di kerusi pergigian
*Mempunyai tahap kerjasama yang rendah
*Mempunyai refleks geg (rasa nak muntah) dan fobia kepada rawatan pergigian
*Mempunyai aliran air liur yang tidak terkawal
Apakah Jenis-jenis Pendakap Gigi Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas?
Jenis rawatan yang diberikan untuk kanak-kanak ini tidak semestinya berbeza dari pesakit normal. Selalunya,rawatan adalah berdasarkan maloklusi (susunan gigi). Namun begitu, pakar yang merawat akan mengambil kira keupayaan kanak-kanak dan penjaga untuk menyelenggara pendakap gigi dengan selamat.
Berikut adalah jenis-jenis rawatan yang boleh diberikan:
*Pendakap gigi boleh tanggal
Pesakit akan boleh menanggalkan dan memasang semula pendakap gigi ini dengan sendirinya. Untuk memastikan rawatan ini berjaya, pendakap gigi mesti dipakai 24 jam kecuali ketika memberus gigi. Pendakap gigi boleh tanggal ini digunakan untuk merawat maloklusi (susunan gigi) yang mudah dan memerlukan pergerakan gigi yang sedikit. Pendakap gigi boleh tanggal ini juga berfungsi untuk menahan pergerakan gigi dan menjaga susunan gigi setelah rawatan selesai.
*Pendakap gigi untuk merangsang tumbesaran rahang(Pendakap Fungsi –Functional brace)
Pendakap gigi jenis ini digunakan untuk mempertingkatkan/merangsang tumbesaran rahang bawah pada kanak-kanak yang sedang membesar. Pendakap gigi ini sesuai untuk pesakit yang mempunyai rahang bawah yang kecil dan gigi depan atas yang menonjol ke luar (jongang).
*Penyelenggara ruang (Space Maintainer)
Penyelenggara ruang seringkali dipasang pada gigi geraham kekal pertama, di mana gigi susu bersebelahannya telah rosak disebabkan karies gigi atau perlu dicabut. Penyelenggara ruang akan menahan pergerakan ke hadapan gigi geraham kekal pertama dan mencegah berlakunya kesesakan (gigi berlapis kerana ruang tidak mencukupi untuk susunan gigi yang baik)
*Pendakap di atas kepala (Head brace)
Pendakap di atas kepala digunakan untuk menghadkan tumbesaran rahang atas dan dalam masa yang sama memperbaiki kedudukan gigi atas hadapan yang jongang. Pendakap di atas kepala ini sesuai untuk kanak-kanak yang masih membesar dengan kedudukan rahang atas yang ke hadapan dan gigi atas hadapan yang menonjol ke luar (jongang).
*Pendakap pada Tulang (Bone Brace)
Pendakap pada tulang pula adalah skru besi seperti pin kecil yang dimasukkan melalui gusi ke tulang rahang. Bagi pesakit dewasa, pendakap ini digunakan sebagai tambatan untuk memperbaiki gigi hadapan yang jongang. Pendakap yang tertanam ini digunakan untuk sementara waktu sahaja. Ianya akan dikeluarkan selepas rawatan selesai.
*Pendakap tetap untuk meluaskan rahang (Expanding brace)
Pendakap tetap ini digunakan untuk mengembangkan rahang atas bagi menyesuaikan dengan kelebaran rahang bawah. Kanak-kanak yang mempunyai rahang atas yang sempit dan terbatas untuk menempatkan kesemua gigi atas didapati sesuai untuk memakai pendakap ini.
*Pendakap tetap (Fixed brace)
Pendakap tetap diperbuat daripada logam. Pendakap ini jelas kelihatan logamnya dan dilekatkan pada permukaan gigi. Sekiranya kanak-kanak atau ibu-bapa bimbang mengenai pendakap logam yang jelas kelihatan ini, mereka boleh memilih untuk memakai pendakap seramik yang mempunyai warna hampir sama dengan gigi.
Apakah situasi di mana kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu dirujuk kepada Pakar Ortodontik untuk rawatan yang melibatkan gabungan kerjasama Pakar Pergigian Pediatrik?
*Tabiat menghisap jari Tabiat menghisap jari boleh menyebabkan pengherotan susunan gigi dan alat pencegah tabiat (habit breaker) akan dipasang sebagai peringatan untuk memberhentikan tabiat tersebut
*Keterbatasan ruang untuk gigi tumbuh
Ketidakcukupan ruang sewaktu kegigian campuran perlu dipintas dengan mencabut gigi susu untuk membenarkan gigi kekal tumbuh. Sekiranya rahang atas sempit dan ruang tidak mencukupi, pelebaran rahang atas mungkin perlu.
*Gigi tidak tumbuh Sekiranya gigi terbenam di dalam tulang selepas waktu pertumbuhannya, pandangan dari Pakar Ortodontik atau Pakar Pergigian Pediatrik diperlukan untuk mencegah kerosakan kepada gigi lain. Ini boleh berlaku apabila gigi yang tidak tumbuh ini bergerak di dalam tulang dan melanggar akar yang menjadi penyokong posisi gigi lain
*Kehilangan awal gigi susu Penyelenggara ruang diperlukan untuk mencegah pergerakan gigi dan menyebabkan kesesakan(gigi berlapis)
*Kehilangan gigi Penyusunan gigi atau prosthesis diperlukan untuk memelihara estetik dan fungsi kegigian sedia ada
*Keadaan di mana rahang atas berposisi kehadapan,rahang bawah ke belakang dan gigi hadapan ke hadapan. Pendakap gigi yang merangsang tumbesaran rahang (functional brace) diperlukan untuk memperbaiki posisi gigi hadapan atas dan dalam masa yang sama memperbaiki rahang atas dan bawah
Sekiranya kanak-kanak Berkeperluan khas ini Memerlukan Pendakap Gigi, Apakah Perkara Penting yang Ibu Bapa perlu Ketahui?
Motivasi
Ibu bapa harus faham sebelum bertemu dengan Pakar Ortodontik, temujanji berkala dengan Pakar Pergigian Pediatrik adalah penting bagi pengawasan pertumbuhan gigi dan penjagaan kebersihan mulut. Ibu bapa juga mesti mengambil tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka mencapai aras kebersihan mulut yang baik sebelum memulakan rawatan pendakap gigi. Penjagaan kebersihan mulut yang baik dan menghadiri temujanji lanjutan setiap 6 minggu adalah faktor penting dalam menjamin keberhasilan rawatan.
Harapan (Expectation)
Ibu bapa haruslah tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap hasil rawatan kerana sebahagian kanak-kanak berkeperluan khas ini berasa khuatir dan menghadapi kepayahan untuk menjalani rawatan pendakap gigi ini.
Ubat-ubatan
Kanak-kanak berkeperluan khas kadangkala memerlukan sedatif (ubat penenang) untuk menenangkan dan mendapat kerjasama mereka sewaktu rawatan dijalankan. Ini akan memerlukan pengendalian bersama dengan Pakar Pergigian Pediatrik.
Cabutan gigi
Gigi perlu dicabut untuk sebahagian kes bagi mengwujudkan ruang dalam mengatasi kesesakan dan mengurangkan penonjolan keluar gigi atas hadapan (jongang).
Jangkamasa rawatan
Pada kebiasaannya, rawatan pendakap gigi mungkin mengambil masa selama 2-3 tahun bergantung kepada keparahan maloklusi. Rawatan akan mengambil masa yang lebih panjang bagi kanak-kanak ini disebabkan kurangnya kemampuan untuk bekerjasama dengan rawatan
Kos Rawatan
Komplikasi dan lanjutan masa rawatan akan menambah kos rawatan secara keseluruhannya
Gigi bergerak ke posisi asal (Relapse)
Setelah selesai rawatan pendakap gigi ini, pesakit mestilah memakai alat penahan untuk memegang gigi di posisi yang baharu. Kegagalan mengikuti arahan pemakaian alat penahan akan mendorong ke arah pergerakan gigi kembali ke posisi asal. Pemakaian alat penahan pada waktu malam masih diperlukan selama pesakit mahu gigi mereka kelihatan tersusun
Perkara penting yang mesti di titikberatkan oleh ibu bapa serta halangan-halangan yang mungkin di hadapi sekiranya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan rawatan pendakap gigi.
*Penjagaan kebersihan mulut yang baik Kebersihan mulut mestilah sangat baik untuk mencegah risiko pemakaian pendakap gigi. Kegagalan membersihkan gigi dangan baik boleh mendorong ke arah tompokan lesi putih, karies gigi, pembengkakan dan pendarahan gusi . Gigi mesti diberus setiap kali selepas makan dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida. Penggunaan berus gigi elektrik adalah digalakkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah neuromuskular.
*Pengambilan rekod Sekiranya pengambilan rekod pergigian memerlukan sedasi atau bius am, prosedur pergigian yang lain juga akan digabungkan untuk mengurangkan kekerapan temujanji klinik. Pengambilan acuan gigi (impresi) Proses ini selalunya tidak selesa tetapi boleh dijalani dengan baik oleh kanak-kanak biasa. Namun begitu, kanak-kanak yang bimbang mungkin tidak dapat menghadapi proses ini dengan hanya komunikasi yang baik.
Rawatan alternatif untuk menenangkan mereka termasuk memberi gas sedasi sedar nitrus oksida sahaja atau digabungkan dengan ubat penenang yang diberikan oleh Pakar Pediatrik Pengambilan radiograf (X-ray) Kanak-kanak berkeperluan khas akan selalunya takut atau panik apabila berdepan dengan mesin X-ray.
Bagi pesakit yang kurang memberi kerjasama, bermasalah neuromuskular atau kelainan upaya mental, untuk mendapatkan imej radiograf (X-ray) yang jelas agak sukar. Ibu-bapa juga boleh diminta untuk memegang filem X-ray ketika prosedur dijalankan kerana wajah yang dikenali bersama mereka boleh mengurangkan perasaan gelisah.
Rawatan
-Pelan rawatan boleh dinilai kembali bergantung kepada kerjasama pesakit berdasarkan peringkat rawatan yang sebelumnya
-Pendakap gigi boleh tanggal diutamakan berbanding pendakap gigi tetap untuk kanak-kanak berkeperluan khas kerana pendakap gigi jenis ini memerlukan permukaan gigi yang betul-betul kering, ketepatan posisi pendakap gigi dan jangkamasa rawatan yang lebih lama. Kadangkala ubat sedasi diperlukan untuk perlekatan pendakap gigi. Ubat-ubatan sialogog yang mengurangkan pengeluaran air liur untuk sementara waktu juga digunakan untuk mengekalkan kekeringan mulut.
-Pesakit dengan pendakap gigi tetap memerlukan motivasi yang tinggi untuk mengekalkan kebersihan mulut yang baik berbanding pemakai pendakap gigi boleh tanggal. Dalam rawatan pendakap gigi tetap, cabutan gigi boleh ditangguhkan atau dielakkan bagi mengurangkan jangkamasa dan memudahkan rawatan.
Aspirasi (bendasing tersedut masuk ke paru-paru) boleh terjadi pada pesakit yang kehilangan refleks perlindungan. Penjagaan teliti harus diambil kira untuk mengelakkan cebisan, air, air liur, darah dan bahagian dari pendakap gigi daripada termasuk kedalam salur pernafasan dengan menggunakan kapas kasa atau empangan getah. Perlekatan tidak langsung pendakap boleh mengurangkan kemungkinan bendasing masuk ke dalam paru-paru.
Pengekalan posisi gigi (Retention)
Pesakit perlu memakai alat penahan (retainer) selama mana pesakit mahu gigi mereka kelihatan tersusun. Alat penahan boleh tanggal akan memegang gigi di dalam rahang atas dan bawah.
Namun begitu, kerjasama yang baik sangat diperlukan. Alat penahan tetap akan dilekatkan di belakang permukaan gigi hadapan atas dan bawah bagi mencegah pergerakan gigi yang telah disusun kembali ke posisi asal, akan tetapi peletakan alat penahan tetap yang tepat mungkin melibatkan sedasi.
Tambahan pula, untuk membersihkan alat penahan tetap adalah sukar kerana ianya terletak di belakang gigi. Ini akan meninggikan risiko pereputan gigi di sekeliling alat penahan.