Kisah benar ini membuatkan sayu hati membacanya. Sebuah perkongsian cerita dilaman facebook oleh seorang Doktor Bius, DrHanaHadzrami yang menyingkap bahawa kehidupan harus ditunjungi sebuah kasih sayang.
Ia berkisar seorang pesakit belum berkahwin tetapi dilimpahi kasih sayang orang yang menyayanginya. Sebaliknya pula kisah seorang pesakitnya yang mempunyai keluarga tetapi anak-anak tidak menghiraukannya ekoran kesilapan masa silam hidupnya.
Semoga kisah ini menjadi kite motivasi untuk berbuat baik kepad sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Apa yang pasti, kasih sayang adalah tunjung kebahagiaan abadi.
KANDUNG
Encik Azlan baru saja kami selesaikan kemasukannya ke ICU. Pernafasannya dah distabilkan dengan mesin bantuan, jantungnya stabil dengan sokongan dua jenis ubat penampung tekanan darah.
Sekarang kami perlu beritahu ahli keluarga Encik Azlan tentang perkembangannya. Dia kritikal tetapi agak stabil buat masa sekarang.
“Dia single doktor. Takde isteri, takde anak”, beritahu misi kepada saya.
Alahai. Kesiannya sebatang kara, fikir saya.
“Takkan takde sesiapa tinggal dengan dia? Adik beradik ke, mak ayah ke?” Tanya saya.
BELUM BERKAHWIN TETAPI DILIMPAHI KASIH SAYANG
Ads
Tiba-tiba ada tiga anak remaja masuk ke ICU menerpa kearah kami.
“Doktor, pesakit yang baru masuk tadi pakcik kami. Macam mana dia sekarang?” tanya mereka.
Rupanya Encik Azlan ini walaupun masih bujang, tetapi dikelilingi oleh ramai ahli keluarga yang menyayanginya.
“Acik Lan ni umpama bapak kami doktor. Dia adik mak saya. Lepas ayah kami meninggal dulu, dialah yang bersusah payah tolong mak besarkan kami semua. Dia buat banyak kerja sambilan nak sekolahkan kami. Tak sempat nak fikirkan diri sendiri, makwe pun takde. Kesian dia.”
Bersungguh mereka cerita pada saya.
Belas hati saya mendengarkan pengorbanan pesakit ini.
ADA KELUARGA TIADA KEBAHAGIAAN
Ads
Mata saya melirik ke pesakit katil hadapan Encik Azlan. Kisahnya jauh berbeza.
Ada isteri, ada anak tetapi tiada siapa berada di sisi. Bersusah payah kami mencari saudara-maranya sehingga memerlukan khidmat polis. Barulah muncul seorang anak lelakinya.
Itupun nampak seperti tak peduli. Hanya sanggup bayar bil tapi tak mahu terlibat untuk menyambung penjagaannya apabila dia bakal pulang ke rumah nanti.
“Dia memang bapa kandung saya doktor. Tapi dia dah tinggalkan saya dan adik beradik lebih 20 tahun. Langsung tiada khabar berita setelah dia ceraikan mak saya.”
“Saya ingat lagi dulu dia layan saya dan adik beradik macam kami ni peminta sedekah. Padahal kami dah tiada pilihan lain jumpa dia minta duit belanja, makan nasi dengan garam telur je masa tu. Sampai hampir kami kena berhenti sekolah. Doktor nak saya jaga dia sekarang?”
“Saya sanggup maafkan dia. Tapi tak sanggup nak terima dia sebab apa yang dia buat pada mak dan adik-adik saya.”
Ads
“Maafkan saya doktor. Doktor carilah bini dia sekarang dengan anak-anak tiri yang dia bela dulu. Kalau tak jumpa juga, hantarkan saja dia ke rumah kebajikan. Saya akan bayar.” Tegas anaknya.
Saya terdiam.
Dulu saya sangka anak-anak yang abaikan ibubapa semuanya derhaka. Saya tak tahu kisah sesetengah mereka yang terlebih dahulu dizalimi oleh ibubapa sendiri.
Ada yang banyak kali berkahwin namun sepi tanpa kasih sayang. Ada yang tak berkahwin langsung tetapi dilimpahi kasih sayang.
Seperti Encik Azlan. Berebut-rebut anak saudara menziarahinya ketika sakit dan melayannya sebaik saja pulih dari koma.
Pada kita ibubapa; usah ingat kita selamanya akan muda, sihat dan kaya. Suatu hari kita akan tua, akan sakit dan akan mati. Saham apa yang kita jadikan bekal dikala itu?
Tiada saham yang lebih berharga dari anak-anak soleh. Tak kira anak kandung atau anak jagaan.
. .
Hana Hadzrami هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? [Quran 55:60]
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya mak-mak ni bila memerlukan kemahiran membuka dan memasang skrew berkaitan barangan mesin, jarang yang berani melakukannya. Bukan sebab apa, bimbang akhirnya bukan membaiki tetapi merosakkan pula. Tidak mahulah dikatakan orang sebagaimana peribahasa Melayu bagai tikus membaiki labu pula.
Tapi berbeza dengan seorang ibu ini yang dikenali sebagai Ana Marina diakaun fb, dia mampu lakukan sendiri proses membersihkan mesin basuh yang mana memerlukan sedikit kemahiran dan ianya dikongsikanbersama untuk info bersama.
“Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak bersihkan mesin basuh. Nak suruh En suami buat dia tiada di rumah, jadi saya buat sendirilah. Tak sangka senang saja rupanya.
Lama dah guna mesin basuh ni, patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak bersih, sabun pun masih melekat di baju.”–Ana Mariana
Dan ini adalah langkah demi langkah yang perlu kita lakukan untuk membersihakan mesin basuh. Jom semak.
Buke skru 4 butir jer…Akat tudung atas pon boleh nampak kotor2 bahagian atas yer.
2. Buke klip tepi tepi.
3. Cabut klip tengah, buka dengan mudah dan kemudian buka skrewnya.
4. Cabut plastik yang warna biru ni. Nampak kotorkan?
5. Buka skrew bahagian ini pula. Ada 4 semuanya dan buka dengan penuh kasih sayang ye takut patah, biasanya skrew ni berkarat sebab selalu kena air.
6. Kemudian barulah boleh bawa keluar benda alah ni. Tengoklah betapa kotornya.
7. Cuci bersih dengan berus dan sabun.
8. Barulah bersih berkilat macam baru dan barulah boleh dipasang kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersyukur kerana anak sulungnya, Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenazah.
Berkat ikut atuknya menguruskan jenazah, setakat ini Jad sudah membantu menguruskan sembilan orang jenazah dalam masa dua hari.
“Walaupun aku ada pengetahun tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.
“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenazah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini. Jad rehat eh muka nampak letih tu,” tulisnya dalam satu perkongsian di akaun Instagramnya.
Fish cake sering digunakan dalam masakan seperti menggoreng dan sebagainya. Walaupun banyak jenama fish cake yang dijual di luar sana, namun jika was-was akan status halalnya, apa kata buat sendiri di rumah.
Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya. Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500 gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
Ambil isi ikan Tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.
Masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan bahan perasa. (bahan perasa adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil berbentuk fish cake.
Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Tahrunnisah Jali (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lufya hantar anak perempuan belajar taekwondo sebab selalu kena buli. Berasa marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon dan penyanyi Lufya mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.