Nama dia taklah cantik sangat. Ada orang kata buruk nama dia ni. Budak budak kalau dengar mesti perli dan gelak.
Kawan kita ni biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia.
.
Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah.
.
Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya. Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.
.
Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai. Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin.
.
Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak.
.
Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton
psikiatri. Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni. Contoh simptom dia ialah konfius, gangguan memori dan gangguan tidur.
.
Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.
.
Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin. Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat. Dia kurangkan kesan excitotoxicity pada otak. Baguskan kacang botor ni.
.
Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita. Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.
Khasiat vitamin C tinggi
Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi. Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan tak de kedut. Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.
.
Kacang botor ni nak tanam pun mudah. Harga pulamurah. Rebus sahaja lepas buat cicah cicah. Perrgghhh merecik bak hang.
.
Selepas ini kalau pergi kedai makan, rajin rajinlah ambil kacang botor ini. Ataupun beli dan masak sendiri. Senang lagi.
.
Boleh cuba?
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Ads
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada perkataan yang lebih tepat menggambarkan anak cemerlang ini melainkan ketekunan dan displin diri. Siti Athirah Salmin merupakan calon SPM 2017 dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) yang telah memperoleh keputusan cemerlang 11 A+ awal tahun ini, merupakan seorang yang pelajar yang mempunyai prinsip dalam dirinya untuk bergelar pelajar cemerlang!
Kejayaan yang dimiliki oleh anak keempat daripada enam beradik ini yang bercita-cita menjadi pakar jantung negara, adalah daripada usaha, ketekunan dan displin dalam dirinya selain doa daripada kedua ibu bapa. Anak kepada pegawai polis ini, Salmin Jaafar dan ibunya, pegawai penyelidik,Wan Aidah, begitu komited terhadap hala tuju kehidupannya bergelar pelajar.
“Ibu bapa banyak memberikan motivasi kepada diri saya. Apabila musim peperiksaan, hampir setiap hari saya akan menelefon ibu bapa saya untuk meminta maaf dan minta mereka mendoakan saya. Ini membuatkan saya lebih tenang menjawab peperiksaan.
Pelajar Cemerlang SPM 2017, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
11 A+
Bahasa Melayu A+ Bahasa Inggeris A+ Sejarah A+ Matematik A+ Matematik Tambahan A+ Fizik A+ Kimia A+ Biologi A+ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah A+ Pendidikan Syari’ah Islamiah A+ Bahasa Arab A+
RAHSIA KEJAYAAN
“Dalam pada itu, apa yang saya terapkan dalam diri adalah pertama sekali, dalam apapun perkara yang kita buat perlu betulkan niat. Niat belajar adalah mengenal Allah sebagai pencipta kita, supaya dapat meningkatkan ketaqwaan kepadnya. Bila mana kita kaitkan semua yang kita belajar dengan kebesaran Allah dan kehebatan Allah, maka kita akan merasa ada makna kita belajar.
“Bukan hanya untuk keputusan cemerlang semata-mata. Kerana kalau kita buat semata-mata untuk keputusan cemerlang, dan setelah itu mendapat apa yang kita impikan, kita pastikan akan tertanya-tanya, “apa lagi selepas ini?”, “dengan keputusan cemerlang ini, so what?” seolah-olah cita-cita kita tak pernah habis, dan kita tak pernah puas dengan kehidupan. Sebab itu pentingnya ada niat yang lurus, wawasan menuju akhirat, dan untuk menjadi orang yang bermanfaat buat masyarakat.
“Kedua, belajar secara aktif. Ini bermakna belajar menggunakan seberapa banyak deria yang boleh dan fokus. Jangan hanya membaca secara pasif, tapi cuba targetkan apa yang kita nak tahu dari pembacaan. Cara belajar secara aktif yang terbaik ialah dengan mengajar.
“Sebab dengan mengajar, kita menggunakan banyak deria, dan sebelum kita dapat mengajar kawan-kawan kita, sudah pastilah kita sendiri perlu betul-betul faham, rujuk kepada guru tentang pemahaman.
“Jadi, semasa di Kolej Islam dulu, saya banyak menyertai program Mentor Mentee yg mana saya sendiri perlu mengajar rakan yang memerlukan, dan juga rakan dari sekolah lain.
“Soal pemakanan pula, makanan harian disediakan di asrama, jadi tiada apa sangat yang berbeza. Cuma saya ada juga mengambil makanan tambahan tapi saya tak pasti itu memberi kesan atau tidak. Amalkan madu asli juga sangat baik.
“Namun yang paling memberi kesan untuk fokus dalam kelas ialah, berpuasa. Apabila puasa menjadi amalan, kita akan kurang mengantuk dalam kelas kerana selepas makan, terutamanya makanan yang tinggi karbohidrat. Selain itu, jangan makan selain waktu makan, terutamanya makan ketika belajar sangat tidak digalakkan kerana membantutkan fokus,” ujarnya.
AMALKAN SOLAT TAUBAT
Siapa sangka rahsia pelajar cemerlang ini antaranya solat taubat. Amalan ini dilakukan setiap hari dengan solat lain.
“Seterusnya, amalkan harian iaitu amalan solat taubat, tahajud dan hajat setiap awal pagi. Saya bangun sealawal 4.30 pagi untuk mandi, bersihkan diri, siapkan diri, beg sekolah dan kemas katil. Selepas tu, sekitar pukul lima pagi saya amalkan solat taubat, tahajud dan hajat di surau.
“Pentingnya solat taubat sebelum solat-solat yang lain kerana manusia tidak lari daripada dosa, maka banyakkan taubat supaya dosa tidak menjadi penghalang untuk ilmu mudah masuk, kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati org yg berbuat maksiat.
“Seterusnya solat subuh berjemaah di surau asrama. Saya tetapkan kepada diri saya utk membaca al-Quran sekurg-kurangnya 10 muka surat selepas subuh. Membaca al-Quran membantu menenangkan diri, “ jelasnya lagi.
BELAJAR BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN TETAPI MENIMBA ILMU
Melihat kepada perwatakannya, nyata Siti Athirah merupakan anak yang berdisplin mengenai masa. Biarpun semasa ditingkatan empat, baginya tiada istilah honeymoon. Baginya pembelajaran adalah sepanjang hayat.
“Saya berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya belajar untuk peperiksaan sahaja. Bagi saya, tingkatan empat bukanlah tahun honeymoon. Ingatlah, kalau kita belajar untuk peperiksaan, selepas habis peperiksaan kita akan lupa semua ilmu. Itu sangatlah sia-sia.
“Namun, kalau kita belajar dengan niat yang benar, seperti yang telah disebutkan tadi, kita tidak akan pernah jemu untuk menimba ilmu yang akan berguna buat kita nanti. Barulah ada makna kita belajar. Jadi semasa tingkatan empat tu sememangnya saya dah mula belajar bersungguh-sungguh.
“Tingkatan lima saya banyak habiskan masa untuk membuat latihan kertas SPM tahun sebelumnya, dan juga soalan percubaan utk memberi gambaran tntg bagaimana format, cara pemarkahan dan teknik menjawab,” jelasnya.
Tambahnya lagi, guru di sekolah banyak memberikan motivasi kepada pelajar dan sering mengingatkan pelajar tujuan belajar. Jadi dengan kesedaran itu menyebabkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Kini Siti Athirah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang.
IBU BAPA WUJUD PERSEKITARAN CERIA DI RUMAH
Dalam pada itu, ibunya, Wan Aidah Wan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau dan suaminya sentiasa memastikan anak-anak dalam persekitaran yang positif untuk membantu anak-anak untuk belajar dalam suasana yang tenang.
“Pastikan suasana rumah yang harmoni dan banyak bersabar. Jangan biarkan wujudnya masalah dalam kehidupan harian. Persekitaran yang sentiasa ceria juga perlu supaya semua gembira dan anak-anak boleh belajar dengan tenang tanpa gangguan. Malah saya juga bersyukur dianugerahkan tuhan anak yang punya kebijaksanaan.
“Saya juga sentiasa memberi galakkan dan pujian apabila anak-anak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Tidak marah apabila anak-anak gagal tapi beri motivasi agar dapat baiki keputusan selepas itu. Suami saya juga tidak lupa memberi motivasi kepada anak-anak walaupun sibuk dengan urusan kerjanya.
“Juga sebagai ibu bapa, sudah tentulah berharap Athirah berjaya dunia dan akhirat dan tidak melupai jasa ibu bapa dan menjaga perhubungan yang baik dengan adik beradik,” jelasnya yang merupakan Pegawai Penyelidik Lembaga Koko Malaysia.
*Selanjutnya ikuti kisah anak cemerlang ini keluaran Majalah Keluarga isu Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan barang kemas mempunyai peminatnya sendiri yang dijadikan perhiasan diri. Namun ada juga menjadikan ia pelaburan untuk jangka masa panjang. Dalam pada itu ada juga membeli emas untuk dipakaikan kepada anak kecil. Apa yang pasti barang kemas ini dikatakan mempunyai aura tersendiri.
Bagaimana pun apabila memakaikan kepada anak kecil agak bahaya bimbang kejadian yang tidak dingini berlaku.
Begitulah yang terjadi kepada anak puan Amiza Rahmat yang berusia dua tahun apabila anaknya tertelan barang kemas yang dipakai pada pergelangan tangan.
Mujur hasil pemeriksaan mendapati emas berkenaan telah berada dibahagian perut, bukannya saluran pernafasan yang tidak membahayakan nyawa.
Dengan perkongsian ini beliau berharap dijadikan iktibar.
Pengasuh telefon beritahu anak tertelan emas
Bismilahirahmanirrahim. Mummy simpan sini sebagai pengajaran tuk mummy n mummy lain kat luar sana.
Semua tau yg humaira farisha is a special baby. Mummy bag pakai kat tangan kiri sbb tangan kiri adik x bergerak n selalu genggam je. Ini salah satu ikhtiar mummy, sebab mummy pernah terbaca yg pakaikan emas boleh elak dari kerap sakit. Harini before mummy pergi work, adik okay n banyak bebel. Mummy antar adik peg rumah neni mcm biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, neni call mummy. Suara neni cemas n panik sambil bgtau yg adik dah tertelan emas. Mummy pon dengar suara adik nangis masa neni call. Allahu masa tu hati mummy mcm nak gugur😣😣 mummy terus tinggalkan discussion dengan hr n supervisor untuk balik tengok adik. Sampai rumah neni bgtau adik dah muntah yg bulat tu tap handbag x jumpa. So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk x tray n mintak neni sambung cari dekat rumah.
Pemeriksaan Xtray
Sampai dekat klinik, kita daftar n jumpa doktor dulu. Doktor bag surat untuk buat xtray. Masa tunggu result xtray mummy sentiasa doa semoga adik x telan charms tu. Apakan daya masa result xtray kluar mummy terkejut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dlm perut adik. Mummy pelik adik erat2😭😭😭 sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy mcm mana. Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke hospital selayang untuk jumpa pakar. Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat2 smbil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.
Pantau 4-5 hari
Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian kecemasan zon kuning. Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dlm perut bukan saluran penafasan🥺🥺 adik pon nampak ok je n doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk kluarkan charms tu. Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.
Nampak mcm xda pape tap sangat bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan. So, ni pengajaran n situasi yg mummy x kan lupakan. Semoga x jad lagi.
Sedangkan barang pun nak berkongsi dengan orang lain kadangkala rasa berat, antara adik beradik iri hati anggap ibu ayah ‘berat sebelah’ untuk melayani antara satu sama lain. Inikan pula suami yang kita nak sehidup semati perlu berkongsi kasih dengan yang lain. Sudut kecil hati seorang wanita, pasti akan terhiris bila berhadapan situasi ini.
Sama juga buat pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang tetap dengan pendiriannya serta memberitahu bahawa dia enggan menerima kehadiran wanita lain sekiranya suaminya hendak berkahwin lain meskipun soalan tersebut tidak pernah ditanya suami.
“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama.
“Tapi suami saya tak pernah tanya pendapat tu. Sebelum dia berniat nak tanya, saya dah bagitahu yang saya tak nak,” katanya dalam perkongsiannya di aplikasi Tiktok.
Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa dia juga insan biasa yang memiliki sifat kuat cemburu sama seperti wanita lain. Malah, dia bimbang kegagalan mengawal diri akan mendatangkan keburukan kepada dirinya.
“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya.
“Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Ustazah terutamanya golongan wanita yang menganggap sifat cemburu merupakan lumrah perempuan terutama jika pasangan tidak dapat berlaku adil.
Sumber: TikTok @ustazahasmaharun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di