Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.
Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.
Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.
Ads
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Ads
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Ads
Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Instagram Puteri Sarah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak-anak adalah suatu cabaran buat ibu bapa. Malah, bergelar ibu bapa, kadang-kala tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak. Tidak dinafikan bahawa kita ingin cahayamata kita menjadi anak terbaik.
Juga dalam tempoh membesarkan anak-anak, ia adalah momen akan dikenang oleh ibu bapa. Pejam celik, akhirnya anak makin membesar. Tanpa kita sedar masa berjalan dengan pantas. Ini lah yang diakui oleh lelaki ini.
_________________________________
Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan, 1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan. 2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri. 3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan. Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh, 1. Marah anak. 2. ‘Pukul’ anak. 3. Piat telinga anak. 4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan, 1. Mula memerap dalam bilik. 2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan. 3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka. 4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah. 5. Akan ikut cakap kawan.
LAMA TAK 13 TAHUN TU?
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1. Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.
Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun. Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok. 1. Layan kalau mereka ajak berbual. 2. Layan kalau mereka ajak main. 3. Layan kalau mereka ajak naik motor. 4. Layan kalau mereka panjat badan kita. Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Sumber: Abdul Muiez Ruslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peperiksaan UPSR bakal menjelang tiba. Pastinya bukan anak-anak sahaja yang kecut perut, ibu bapa pun turut terkesan sama. Rasa tak senang duduk, resah gelisah dan bimbang sama ada anak boleh menjawab dengan baik atau tidak. Sebenarnya, duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak.
Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tiba hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak berdiet memang bukan mudah, lebih-lebih lagi kerana terpaksa menyusukan bayi yang masih kecil.
Jangan putus harapan untuk kurus. Mungkin mencuba seperti yang disarankan oleh wanita ini dapat membantu ibu tampil jelita.
Gadis bernama Sophia Safian yang berkongsi di facebooknya ini boleh kita jadikan sumber inspirasi untuk turunkan berat dan dapatkan berat ideal. Menariknya dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 63 kg, wanita ini berjaya
mengurangkan sebanyak 27 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Wow, super hebat!
Diet pisang buat perut sentiasa kenyang malah masih dibekalkan dengan khasiat pisang. Pun begitu, kalau mak-mak nak cuba, janganlah berlebih-lebihan pula ya. Kena selang selikan dengan makanan sihat lain supaya lebih seimbang. Ikut
je cara gadis ni ajarkan. Jom cuba!
NI BUKAN IKLAN PRODUK KURUS!
Sapo sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) macam hakak ce ngaku . Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,
“KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH ! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS”
DALAM TEMPOH 3 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 31 inch, dari 90 kilo to 63 kilo, next TARGET waist 30 inch, berat 60kg.
Meh hakak share sikit camne korang boleh start diet bulan Mac sampai dekat nak raya nanti.
1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)
2nd step, (sila baca penerangan di bawah)
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)
Jenis pisang: Cavendish
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya,
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang. Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5kilo sape nak kasi!”
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS :
Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa hakak boleh diet sampai sekarang. Kalau tak de geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.
Sumber: Sophia Safian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di