Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman bersama dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, dilihat menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong.
Apa yang membuatkan ramai tercuit hati bila mana melihat datuk Rizalman tidak kekok dulu bersila di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang.
Ads
Sambil menyuap Aali, Datuk dilihat melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja.
Rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya.
rohanamdinBest nya duk kat tikar mengkuang makan nasi….zaman budak2 kita
nurzalila_razali Laguni la kami pun dato. Wfh, wah😍 bersila dengan makanan sebelah, anak sebelah, buku lah leptop lah..
Sayang kan jika nak dibuang pakaian yang masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Tetapi melihat warnanya yang luntur menyebabkan anda tidak lagi berkenan untuk memakainya.
Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita dalam mengatasi masalah sebegini, namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
Jom lihat antara petua lama yang menggunakan barang dapur untuk membantu masalh warna baju turun. Petua ini juga boleh sesuai untuk menghilangkan kesan baju rosak dan kotor.
Mengelak kain batik luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air . Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu, bolehlah dicuci seperti biasa . Kain itu tidak akan luntur lagi
Menanggalkan kesan kopi, teh dan darah, dakwat dan minyak
Kesan -kesan teh , kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat yang terkena kesan-kesan itu. Sekiranya kesannya masih tidak hilang, letakkan serbuk pencuci yang basah dan biarkan selama satu jam sebelum dicuci.
Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian di dalam air yang berisi garam .Rendamlah hingga kesan itu tanggal ( 1 sudu makan garam – 1 bekas air)
Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus, serta cuka. Lecekkan pada tempat terkena kesan dakwat. Beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang,ini akan menjadikan proses pembersihan menjadi lebih mudah. Anda juga boleh mencucinya dengan cuka atau air asam limau.
Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap terlebih dahulu sebelum dicuci. Pakaian yang terkena minyak perlu disapukan bedak dan biarkan bedak di situ selama beberapa minit sebelum dibasuh. Selain itu, cara mudah untuk menghilangkannya, sapukan sedikit majerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah cuci seperti biasa.
Menghilangkan kesan kunyit pada pakaian
Kesan kunyit pada pakaian memang sukar untuk dibersihkan. Petua untuk menanggalkan kesan itu adalah dengan mengambil sedikit sabun cuci pinggan mangkuk. Sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.
Menghilangkan kesan karat
Cara 1 : Bilas pakaian dalam campuran air cuka dan garam kemudian dijemur sehingga kering.
Cara 2 : Ambil limau nipis, kemudian dibelah dua. Keluarkan biji-bijinya . Selepas itu, gosokkan limau tersebut pada tanda karat . Rendamkan pakaian di dalam air yang bercampur sedikit garam serbuk. Setelah tanda karat itu hilang, basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.
Cara 3 : Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian. Biarkan semalaman. Keesokannya, cucilah seperti biasa.
Sumber: impiana.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup meruntun jiwa membaca perkongsian ini. Bagaimana seorang anak sanggup membiarkan diri demam semata-mata untuk mendapat peluang dijaga dan dipeluk oleh ibunya.
Semuanya kerana ibu bapanya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja berbanding memberi perhatian kepada keluarga.
Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini.
Maafkan Kakak, Mama!
” Kenapa tak makan ubat. Dah demam macam ini, macam mana mama nak pergi kerja? . Semalam mama dah EL, satu ward marah tau. Kamu ini tolong jangan susahkan mama boleh?,” teriak Atiqah kepada anak gadis nya yang berumur 11 tahun itu.
” Mama, kakak demam. Tolong mama,” jawab anak nya merayu agar Atiqah mengambil sehari lagi cuti untuk menjaga nya di rumah.
” Kakak, kenapa tak faham dengan kerja mama. Cuti ini bukan hak mama tau dalam keadaan staff tak cukup, pesakit ramai dan kerja ward berlambak. Tolong lah kakak, dah pakai baju sekolah cepat, makan ubat.
Kalau tak larat juga, nanti papa balik kerja malam ambik kakak kat sekolah. Mama balik malam tau, double shift hari ini. Jaga diri kakak elok-elok. Esok mama kerja pagi pula,” pesan Atiqah kepada anak nya sambil menyarung uniform.
Suami Atiqah juga seorang kakitangan hospital, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di jabatan kecemasan yang juga bekerja shift dan tidak menentu jadual kerja nya.
Setelah menghantar anak nya ke sekolah dan meletakkan beg nya di loker wad, tiba-tiba Atiqah terperasan ada sekeping surat di dalam kocek uniform nya.
” Mama, kakak memang tulis surat ini awal-awal kerana kakak pasti mama lebih utamakan kerja dari kakak.
Maafkan kakak kerana tidak makan ubat semalam sebab memang kakak sengaja nak demam. Kakak nak demam supaya kakak dapat habiskan masa lama dengan mama.
Tidur dengan mama sambil peluk mama. Makan mama suapkan, dan dengar mama bercerita macam-macam aktiviti yang kita akan buat bersama apabila kakak baik demam.
Tapi kakak tau, itu semua cerita bohong mama. Mama dan papa sibuk bekerja, jaga anak dan saudara orang lain, sedangkan kakak kena jaga diri sendiri.
Maafkan kakak mama sebab dah susahkan mama dengan demam ini.”
Terduduk Atiqah membaca surat anak nya itu sambil berlinangan air mata. Tidak sangka dengan kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab ini, Atiqah telah kehilangan kebahagian sebenarnya iaitu membahagiakan orang yang disayangi.
#fightfornurses
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedapnya makan mee goreng basah panas-panas. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi menyelerakan ini.
Sebenarnya keenakkan resepi mee goreng ini terletak pada bahan kisar dan sos perencahnya serta penggunaan lauk daging, ayam atau udang akan yang naikkan lagi rasa mee.
Kepada yang nak cuba masak menu ni buat hidangan minum petang, apa kata cuba resipi ni. Katanya ada dah mencuba memang sedap!
Resipi mee goreng mak mertua dan biras
Kak sue share resepi mee goreng basah paling sedap,kaksue belajar dengan mak mertua dan biras kaksue yang memang niaga sebelum ni.ada yang kaksue alter untuk kesesuaian bahan di dapur.
Tips nak mee goreng sedap 1. Guna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan 2. kalau nak ada kelainan,guna air rebusan daging dan hirisan daging.memang sedap giler 3. bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar 4. masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee.lagi membangkitkan rasa Ni resepi kaksue guna,korang boleh try Mee Goreng Basah 1 peket mee kuning minyak untuk menumis 8 ulas bawang putih 1/2 biji bawang holland 2 tbsp cili kering kisar
Campuran sos jadi lebih sedap Sos & Perasa 5 tbsp sos cili 1tbsp sos tomato 2tbsp sos tiram 1tbsp kicap manis 2tbsp kicap pekat 1tbsp sos ikan 1/2 tsp garam halus 1tbsp gula atau secukup rasa 1/2tsp ajinomoto jika suka 1/2 cawan air
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak,tumis bawang putih 2. Masukkan bawang holland,cili kering kisar 3. Masukkan lauk pauk,tumis lagi 4. Letak sedikit air dan semua sos 5. Udang masuk kemudian pun takpa 6. Pecahkan telur dan masukkan mee 7. Masukkan sayur,kacau sebati. Siap!