“Baru Bersalin Czer, Nak Balik Guna Grab RM5 Takde Duit. Suami Datang Naik Motor Jer.” Kisah Ibu Ini Cukup Menyentuh Hati, Netizen Titip Doa .

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat orang lain hidup diulit kemewahan, keluarga kecil ini pula tak punya apa-apa. kKmiskinan yang membelenggu menyebabkan hidup mereka serba kekurangan.

Sangat menyentuh hati tatkala membaca kisah mereka yang dikongsikan  oleh Qaseh Syima. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan perasaan sebak apabila berkongsi kisah mengenai seorang wanita, Siti Aisyah yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan.

Dia yang turut bersalin kebetulan berada di sebelah katil Siti Aisyah di sebuah hospital di Taiping, Perak sebelum mengetahui kepayahan wanita tersebut.

“Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bersalin czer, suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengn apa..

“Bila cakap naik grab dalam RM5, dia cakap RM5 pun takde. Nak bayar bil hospital lagi. Anak macam tak cukup susu, doktor cakap campur susu, dia kata nak makan pun susah.. Allah…

“Aku ingat aku susah, rupanya dia lagi susah. Ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik… Tapi bila doktor tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning..

Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 5,000 perkongsian serta pelbagai komen yang rata-rata meluahkan rasa prihatin dan berharap supaya urusan wanita tersebut akan dipermudahkan.

Semoga hari baik bulan baik…

Ya Allah limpahkan rezeki untuk mereka

Semoga dipermudahkan!

Mereka golongan yang memerlukan!

Sumber :Ohmymedia via  Qaseh Syima

 

 

 

 

 

IKLAN