Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat orang lain hidup diulit kemewahan, keluarga kecil ini pula tak punya apa-apa. kKmiskinan yang membelenggu menyebabkan hidup mereka serba kekurangan.
Sangat menyentuh hati tatkala membaca kisah mereka yang dikongsikan oleh Qaseh Syima. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan perasaan sebak apabila berkongsi kisah mengenai seorang wanita, Siti Aisyah yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan.
Dia yang turut bersalin kebetulan berada di sebelah katil Siti Aisyah di sebuah hospital di Taiping, Perak sebelum mengetahui kepayahan wanita tersebut.
“Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bersalin czer, suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengn apa..
“Bila cakap naik grab dalam RM5, dia cakap RM5 pun takde. Nak bayar bil hospital lagi. Anak macam tak cukup susu, doktor cakap campur susu, dia kata nak makan pun susah.. Allah…
Ads
“Aku ingat aku susah, rupanya dia lagi susah. Ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik… Tapi bila doktor tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning..
“Moga Allah permudahkan urusan dia… Duduk tak jauh pun dengan rumah. Yang duduk sekitar Taiping tu ada tau mana2 bagi bantuan dapur ke apa bagitahu saya,” tulisnya.
Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 5,000 perkongsian serta pelbagai komen yang rata-rata meluahkan rasa prihatin dan berharap supaya urusan wanita tersebut akan dipermudahkan.
Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
“Nak Marah Buat Apa…”-Rita Rudaini Tak Melenting Bila Netizen Persoal Wajah Anak Copy Paste Aidil Zafuan
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang lazim kita ucapkan bila melihat personaliti seorang anak yang mewarisi ciri-ciri yang dimiliki oleh orang tuanya.
“Kuat muka bapa, adik ikut muka mak. Terus sebiji muka macam bapa dia, kacaknya!”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itulah antara komen yang diterima kebanyakan pengikut pelakon Rita Rudaini yang memuji ketampanan anak sulung pelakon itu, Airit Rayyan Rizqin yang dikatakan mempunyai iras seperti bapanya, Aidil Zafuan.
Anak lelaki Rita ini menjadi perhatian ramai apabila wajah remaja berusia 13 tahun tersebut semakin menyerupai pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu apabila Rayyan tampil dengan gaya rambut pendek menyerlahkan bentuk wajahnya.
Sebelum ini, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, memberitahu, Rayyan ingin membotakkan kepalanya namun dia tidak mengizinkan dan hanya membenarkan anak lelakinya itu tampil dengan gaya rambut pendek yang lebih kemas.
“Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu,” kata Rita yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Dalam pada itu, Rita tampil memberitahu yang dia tidak melenting dengan komen pengguna laman sosial tentang wajah mirip bapa dan anak berkenaan kerana Aidil atau nama penuhnya Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, 35, adalah bapa kandungnya.
“Nak marah buat apa, dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia,” ujarnya ketika membalas komen salah seorang pengikutnya.
Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013. Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Ramai yang sudah mengetahui akan khasiat teh hijau untuk kesihatan tubuh. Malah, minum teh ini secara rutin dikatakan mampu menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan lemak jahat, hingga meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Namun, ada yang masih samar-samar akan waktu yang betul pengambilan teh hijau bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk tubuh. Terutama bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet untuk menguruskan badan, untuk sihat, dan juga sebagai antioksidan.
Teh Hijau sebagai antioksidan
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum antara waktu makan (between meals). ini untuk memastikan catechin (salah satu major antioxidant) tak bertindak balas dengan casein yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan. Tindak balas ini boleh mengurangkan keberkesanan teh hijau.
Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium dan non-heme iron (zat besi yang didapati dari tumbuhan). Ini boleh memberikan masalah kepada mereka yang cenderung untuk menghidap anemia.
Ada juga kajian yang mengatakan teh hijau mengurangkan penyerapan macro nutrien seperti lemak dan protein. sebab tu la kena ambil teh hijau ni sekurang-kurangnya sejam sebelum atau selepas makan.
Teh hijau menggalakkan penurunan berat badan
Meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. jika tujuan utama anda nak minum teh hijau sebab nak turunkan berat badan, you can take it along with your meals. Tapi anda hanya boleh minum dengan meal kalau perut korang tak sensitif. Teh hijau sifatnya alkali, jadi dia menggalakkan perembesan gastric acid yang lebih banyak.
Waktu sesuai Untuk Minum Teh Hijau
Jika anda nak cepat turun berat badan, minum Oolong tea bila-bila anda makan makanan berlemak sebab ia membantu dalam proses penyingkiran lemak.
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut kosong. Kandungan kafein dalam teh hijau boleh menyebabkan dehydration dan boleh menyebabkan rembesan gastric acid yang menyebabkan sakit perut atau ulcer. Pengamal ubatan cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi ‘sejuk’.
Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
Berikut waktu yang tepat untuk minum teh hijau.
Setelah makan
Teh hijau mampu memberikan manfaat terbaiknya jika Anda minum setelah makan. Apalagi jika anda menambahkan perahan lemon ke dalamnya yang bermanfaat dalam melancarkan proses pencernaan.
Sebelum tidur
Ini juga antara soalan yang sering pengamal teh hijau keluarkan. Lagi sekali, jawapannya bergantung kepada sebab utama kenapa anda minum teh hijau ni. Jika anda minum sebab nak kurus, lebih baik minum satu jam sebelum tidur, supaya tak kena bangun tengah malam nak buang air. Ia membantu membakar lemak ketika tidur dan takkan halang kita dari tidur nyenyak.
Walaupun baik untuk kesihatan, namun jangan minum teh hijau di malam hari. Sebab dapat mengganggu pola tidur anda kerana kandungan kafein di dalamnya.
Setelah sarapan
Hindari minum teh hijau sebelum sarapan. Setidaknya minum teh hijau 30 minit setelah Anda sarapan.
Bukan saat perut kosong
Jangan minum teh hijau saat perut Anda kosong. Sebab dapat membahayakan kesihatan pencernaan Anda.
Adakah teh hijau mengandungi kafein?
Kebanyakan pengamal teh hijau risau tentang kandungan kafein dalam teh hijau. Teh hijau mengandungi kafein seperti teh lain tetapi kandungannya berbeza dari satu jenis ke satu jenis dan ia juga bergantung kepada kuantiti teh hijau yang anda brew dan berapa minit masa diambil untuk setiap rendaman. Lebih banyak kuantiti dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak lah kafein yang anda minum.
Satu kajian telah dibuat untuk menentukan jumlah kafein yang ada dalam teh dan keputusannya berdasarkan teh hijau didalam cawan 7 ounce yang direndam selama 3 minit:
Chinese oolong green tea – 37mg
kenyan green tea – 58 mg
Indian Green tea – 59 mg
Berapa banyak Teh Hijau yang boleh diambil sehari?
Menurut pakar, ‘dos’ maksimum green tea sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.