Baru Berumur 10 Tahun, Anak Pesakit Kanser Ni Pinta Diajar Mamasak!

Share

Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.

Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.

Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.


Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.

Cerita disebalik periuk kosong…

Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.

Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.

Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.

Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.

Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.

Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…

Alhamdulillah…

Sumber : Noorazziah Ismail

IKLAN