Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.
Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.
Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.
Cerita disebalik periuk kosong…
Ads
Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.
Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.
Ads
Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.
Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.
Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.
Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…
Alhamdulillah…
Sumber : Noorazziah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masakan Cina mempunyai gaya masakannya yang tersendiri dengan citarasa yang digemari ramai.
Biasanya rasa masakannya tidak terlalu pedas dan dimasak menggunakan cara yang lebih sihat, umpamanya memasak dengan teknik kukus atau rebusan yang tidak menggunakan minyak.
Menu Ikan Bawal Steam Chinese Style yang dikongsikan oleh Raja Azreen ini umpamanya nampak begitu menyelerakan dan boleh lah dijadikan sebagai menu harian.
Ini memandangkan, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas dan nak tahu detail ini cara penyediaanya.
Bahan-bahan:
Ikan Bawal dibasuh bersih
Halia potong batang mancis
Batang Daun Bawang
Cili Padi
Bawang Putih
*Bahan Sos
Kicap Cair 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Minyak Bijan 1 sudu besar
Gula ½ sudu
*Bahan Goreng
Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah di atas ikan
*Kukus Ikan bersama Halia dalam 5 minit + Letak bahan Sos + bahan goreng = siap
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Beras kalau tak kena cara simpannya memang tak sampai sebulan akan mula berbubuk dan ada kutu beras di dalamnya.
Apatah lagi waktu pasca banjir ini, andai menerima sumbangan hingga dua tiga kampet beras, bukan sebulan dua boleh dihabiskan.
Oleh sebab itu perlulah menyimpan beras tersebut dengan baik agar tidak rosak dan dapat digunakan untuk masa-masa akan datang.
Tak hanya memilih tempat penyimpanan beras yang kering dan tertutup, beras juga lebih baik disimpan dengan teknik tertentu untuk pastikan ianya dapat bertahan lama dan tidak mudah rosak. Sekali gus dapat disimpan untuk satu tempuh yang lebih lama hingga bertahun-tahun dalam keadaan baik.
Menurut perkongsian Zara Naza ada menyarankan agar kita semua membuat stok beras dengan kaedah yang lebih mudah agar dapat digunakan di waktu-waktu tertentu sebagai langkah berjaga-jaga.
Apatah lagi andai berlaku kenaikan harga melampau atau berlakunya krisis makanan dan sebagainya, ketika itu pasti sukar untuk mendapatkan stok beras untuk keluarga. Jadi tak salah kiranya kita buatkan siap-siap stok makanan untuk waktu kecemasan demi untuk keluarga yang kita sayangi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
SEMUA ORANG PERLU WASPADA
Krisis makanan yang kita dengar dan faham, akan berlaku suatu hari nanti. Kita mesti tahu kaedah terbaik untuk simpan bekalan makanan, terutamanya beras.
Antara cara menyimpan beras, pakai pek macam ni. Plastik pon boleh beli shopee atau lazada. Mesin vacuum pon boleh beli kat shopee.
Kena pandai pilih mesin, sebab ada yang tak kuat suction (sedut). Ketahanan beras selama 2 tahun.
Kalau sekarang kita beli beras 10 kg, tariklah 1,2 kg untuk buat pek macam ni.
Bersedia awal bukan sebab nak menang, tapi untuk keluarga yang kita sayang.
Tak nak buat persiapan tak pe, jangan jelikkan atau ejek orang yang mengingatkan kita tentang hal ini.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...