Ya pasti ramai yang yang mendengar ungkapan ibu melahirkan tuan. Anak-anak yang terpaksa menyusahkan ibu bapa untuk menjaga cucu mereka dek kerana ketiadaan pengasuh atau mungkin ada alasan lain.
Namun isu ini tidak menjadi masalah jika ibu bapa itu sendiri yang reda dan mahu menjaga cucu-cucunya. Cuma ia menimbulkan masalah jika ibu terpaksa dan walaupun dalam keuzuran dek kerana tidak sampai hati menolak permintaan anak.
Ustaz Don tidak terkecuali mengulas mengenai isu ini memandangkan ibu bapanya turut menjaga anak-anaknya sewaktu dia dan isteri, Dr Husna bekerja.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna Ustaz Don dan isteri lepas tangan.
Ads
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
Ads
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Ads
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di bulan puasa selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga di minta untuk banyakkan bersabar melawan hawa nafsu.
Semalam, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada sebuah keluarga yang menetap di Kajang.
Hanya kerana menegur anaknya yang membaca doa makan dengan terlalu laju ketika berbuka puasa, seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan dalam kejadian yang berlaku di rkediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 34 tahun.
Anak mangsa yang marahkan bapanya kerana menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu menikmati juadah berbuka puasa di rumah mereka.
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.”
Tambah Mohd Zaid, tangkapan dibuat ke atas suspek dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian itu.
Difahamkan kes ini masih di dalam siasatan. Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini hubungan sesama keluarga akan semakin rapat dan utuh. Segala persengketaan kekeluargaan dapat terlerai.
Anak malas, tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka. Sebagai mak ayah, kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi ‘pembersih’ sejak kecil lagi.
Lepas makan terus basuh pinggan. Plastik makanan terus masuk dalam plastik sampah. Semua ini harus diingatkan anak-anak. Bila tidak dipesan atau dididik sejak kecil, semestinya anak tidak tahu.
Gambar tular yang dikongsikan di facebook, Ameera ini benar-benar belaka. Jangan asyik salahkan anak bila keadaan tidak baik dan kotor seperti yang dikongsikan. Kitalah perlu jadi pembimbing, biar anak jadi pembersih.
Ini bukan sebab ada anak ramai, tapi ni sejenis penyakit “pemalas”.
Berhentilah guna alasan anak nak tutup kesalahan sendiri, rumah bersepah guna alasan anak, dinding rumah conteng guna alasan anak, kereta macam tongkang pecah guna alasan anak. Kesian anak asyik dipersalahkan.
Tu sebab kena jadi ‘garang’ supaya anak-anak semua tahu menjaga kebersihan dirumah.
Kelima-lima anak aku semua tahu buat kerja rumah. Dorang tahu dah tanggungjawab masing-masing didalam rumah mahupun di dalam kereta. Dari kecil aku dah melaung, melaung untuk jadi manusia bukan jadi monyet.
Lepas guna kereta ajar anak-anak susun kasut elok-elok, kutip semua plastik jajan ke plastik air ke, buang masuk ke dalam tong sampah, bukan biarkan mereka meninggalkan kereta dan kita pula kena buat semua. Jangan sesekali.
Bila kita gunakan ayat “masih kecil” dalam tak sedar kita manjakan anak-anak menjadi raja dirumah.
Elakkan kalau boleh. Kecil tak kecil. Perempuan ke lelaki ke, sama je.
Aku cukup pantang kalau dah guna kereta biar jadi macam ni. Lepas dah guna cuci, lepas dah guna simpan, lepas dah guna bersihkan semula, jangan ternanti-nanti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Berpuasa selain terbukti bagus untuk kesihatan, malah akan dikurniakan ganjaran pahala yang tinggi disisi Allah.
Oleh itu, bersempena bulan Muharram ini, terdapat tarikh-tarikh istimewa untuk kita sekeluarga dapat laksanakan puasa sunat dan ini dikongsikan tarikh-tarikhnya agar tidak terlepas pandang. Jom semak perkongsian Nurul Shahidah ini.
TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM
Assalaamu’alaikum…Insya Allah, dalam beberapa hari lagi, kita boleh berpuasa sunat yang agak panjang…
30 Zulhijjah = 31/8 Sabtu(juga bersamaan dgn hari Merdeka),
puasa sunat akhir bulan Zulhijjah serta penutup bg tahun masihi 1440H dgn berpuasa…
1 Muharram = 1/9 Ahad, bermulanya hari pertama puasa sunat 10 hari awal Muharram…
Juga sambutan tahun baru masihi 1441H dgn berpuasa…
Seterusnya kalau puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9(termasuk juga puasa sunat 2/9 Isnin + 5/9 Khamis)…
9 Muharram = 9/9puasa sunat hari Tasu’a + Isnin…
10 Muharram = 10/9 Selasa, puasa sunat hari ‘Asyura…
11 Muharram = 11/9puasa sunat Ba’da ‘Asyura
(kata ‘alim ulama’, Allah itu ganjil dan suka yang ganjil…
Kiyai Sohaili beritahu kalau puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil… Ustaz Mohaizan juga beritahu 11 Muharram=11/9 ialah puasa Ba’da ‘Asyura)
12 Muharram = 12/9puasa sunat hari Khamis…
Seterusnya puasa sunat hari2 putih (Ayyamul Bidh) bulan Muharram,
3 hari iaitu: 13 Muharram = 13/9 Jumaat 14 Muharram = 14/9 Sabtu 15 Muharram = 15/9 Ahad
16 Muharram = 16/9puasa sunat hari Isnin
Pesan ulama’, jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua…
Selamat beramal
In Syaa Allah…Bi iznillah…Aamiin Allahumma Aamiin
P/s: jika ada yang berniat untuk puasa qada’ wajib seperti puasa Ramadhan, masukkan niatnya di awal sebelum niat puasa sunat yang lain…
P/s: wanita yang bersuami, jika ingin berpuasa sunat, sila minta izin dari suami terlebih dahulu.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.