Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.
Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.
Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.
Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.
Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.
Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.
Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.
Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.
✈ Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami ✈
Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa
1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.
Ads
2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.
3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )
4. Yang dibawa biasanya; ?rempah: kurma, sup, kari ?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga) ?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama. ?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”. ?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan. ?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)
5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.
6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.
Ads
7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.
Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian
1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.
2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.
3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.
Ads
4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti; ? waffles ? karipap ? mini chicken mushroom casserole ? pre cooked bolognese sauce ? garlic baguettes ? mini chicken pie ? banana muffins ? apple strudels ? mini lasagna
Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.
5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.
6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.
7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.
InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.
Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.
Apabila meraikan Syawal, seminggu selepas itu, ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.
Namun ada yang tak sedap dengar apabila jumlah tetamu yang diundang terlalu ramai sehingga mengakibatkan ada ahli keluarga mengadu penat.
Menerusi perkongsian Ahmad fedtri Yahya, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal ini mengutarakan isu berkaitan pengalaman rumah terbuka menimbulkan pelbagai reaksi.
Gambar sekadar hiasan
Berikutan pertanyaan tersebut, seorang anak berkongsi pengalaman ibunya yang terpaksa melayan lebih 40 orang saudara terdekat yang berkunjung ke rumah secara mengejut.
“Assalamualaikum abg fedtri. Saya minta jangan share profile saya. Saya nak kongsi cerita. Beberapa hari lepas, keluarga terdekat datang secara mengejut ramai sampai hampir 40-50 mcm tu. Ye saya faham nak beraya boleh tapi bila tuan rumah tak ready kan air cawan dia jadi celaru bila berdua je(mak ayah) kat rumah.
Gambar sekadar hiasan
Takde bagitahu nak dtg, mmgla dekat je taksampai 10min rumah diaorg tapi diorg tu dtg beraya nak jenguk mak ayah saya yg dah tua. Boleh pulak si polan ni dia jerit sini sini takdpt air lagi, cawan takcukup.
Mesti tonton: Hati wanita mana yang tidak sedih jika ini yang terjadi. Namun curang itu pilihan, setia itu tanggungjawab. Deep perkongsian Ustazah Dr Robiah K Hamzah.
Bayangkanlah dgn jumlah yg dtg tu mak saya bawak gelas kaca ulang alik. Kebetulan masa tu saya keluar beli barang dapur. Cawan mmg dah sedia tapi takde la aspect utk +-50org mcm tu. Kesian mak saya ulang alik kedapur amik cawan.
Gambar sekadar hiasan
Pada saya la kan, yg si polan tu patutnya fahamla dtg rumah org tua takpayah la nak jerit takdpt air takcukup cawan. Share share jela. Saya balik je, mak saya mengadu penat& rasa nak nangis. Ye mmg takdinafikan mak saya ada conflict dgn keluarga tu takpasti samada saje utk sakitkan hati biar mak saya penat layan diorg ulang alik ke dapur amik air,cawan.
Minta sangat semua kalau datang beraya berpada pada la, jangan sampai menyusahkan tetamu lagi lagi orang tua😭”
Teka teki peminat pasangan ini berakhir apabila mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Sebelum ini di dalam posting Aidil Aziz ada memuat naik gambar isteri kesayangannya membeli juadah berbuka.
Lantaran itu, ada peminat yang meneka Fasha Sandha sedang berbadan dua. Namun hal tersebut dinafikan Aidil dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.
Namun siapa sangka, selepas itu, Fasha membuat kejutan kepada Aidil dan video terbabit dimuat naik menerusi salah sebuah entri di laman Instagram aktor itu.
Video itu memaparkan aksi Aidil yang terkejut lalu menangis kegembiraan selepas membaca surat yang ditulis oleh Fasha.
Selain itu, Aidil turut memuat naik sekeping ‘surat cinta’ pemberian isterinya itu dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
“Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri.
“Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis ?harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb,”tulis Aidil diruangan kapsyennya.
ainasofia_03 Ak pon nangis skali tgok.bhgia sgt fasha sandha beruntung dpt suami cm aidil.menangis dpt tahu berita gmbira.ssh kot nk tgok lelaki menangis gembira terharu cmtu
annhuda180 Tahniah..knpe trbe aku ngis. .hahaha..sebak plak
puan_aslin sedihhnya. yang tengok niy pon rasa gembira, sedihh. may allah easy averything both of u kak fasha n abg aidil. congratulation ❤
jasminhamidjh Syukur alhamdulillah kerana Allah makbulkan doa adik-adikku ini untuk menambahkan lagi zuriat yang soleh dan solehan, aaminn.. Tahniah. ?
Tidak dinafikan ada cabarannya menguruskan anak autisme kala menyambut Aidilfitri.
Namun, ia dapat diatasi apabila ibu bapa tahu menguruskan anak-anak ini supaya tingkah lakunya dapat dikawal dengan baik terutama berkunjung ke rumah saudara mara. Ikuti tip daripada Autism Malaysia yang bermanfaat.
Terdahulu, kami dari EAP Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada anda semua. Sebagai rakyat Malaysia, sama ada kita menyambut Aidilfitri atau tidak, kita mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai perayaan. Walau bagaimanapun, ini mungkin boleh mengundang cabaran kepada kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.
Antara perkara atau aktiviti yang biasa dilakukan semasa menyambut Aidilfitri ialah menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara. Penziarahan ini biasanya diiringi dengan laungan takbir raya yang boleh didengari dari masjid mahupun dari TV di rumah. Kanak-kanak autisme mungkin akan menghadapi cabaran dalam menangani isu bunyi yang kuat dan berterusan (takbir raya) dan pada masa yang sama berhadapan dengan ahli keluarga yang ramai. Tambahan pula, kanak-kanak ini akan dijangka untuk memenuhi permintaan yang biasa dihadapi semasa Aidilfitri. Antara permintaan ini ialah:
Bersalaman antara saudaraMengucap “Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir Batin”Menerima duit raya
Ada juga ibubapa yang ingin anak mereka mengalami aktiviti lain semasa Aidilfitri termasuklah, solat sunat Aidilfitri di masjid; Memakai baju baru (baju kurung/baju Melayu bersertakan songkok dan sampin boleh menjadi cabaran kepada kanak-kanak yang tidak suka memakai baju berlengan tangan panjang); Salam & mengucapkan “Selamat Hari Raya”; Menerima duit raya; Menikmati pelbagai juadah tradisional (ini boleh menjadi cabaran kepada kanak-kanak yang makan makanan tertentu sahaja)
Persiapan
Seorang kanak-kanak autisme mungkin belum mempunyai kebolehan untuk membina kemahiran mereka sendiri dari persekitaran mereka secara semula jadi. Oleh itu menghadapi keadaan dan harapan baru boleh menjadi cabaran bagi mereka. Antara cadangan kami adalah:Hari Raya Social Story: Strategi ini boleh digunakan untuk menggambarkan suasana Aidilfitri dan apa yang bakal anak anda lalui. Baca cerita ini setiap hari bersama anak anda (ulang 3-5 kali sehari jika perlu). Kami telah menyediakan contoh Hari Raya Social Story yang boleh dimuat turun secara percuma.Jadual visual (bertulis, bergambar atau dicetak) boleh digunakan untuk menjelaskan rutin aktiviti dan jangkaan kepada anak anda.
Membina tahap toleransi anak anda (penyahpekaan / desensitization)
Kanak-kanak autisme mungkin akan mendapati bahawa aktiviti yang akan dilaluinya pada Hari Raya sedikit mencabar atas beberapa sebab, termasuk isu-isu deria , ketakutan dan kebimbangan, dan ketidakselesaan mereka dengan orang dan persekitaran yang baru. Oleh itu, mereka memerlukan program toleransi individu untuk membantu membina tahap toleransi mereka terhadap keadaan tertentu.
Kanak-kanak yang menutup telinga dan menangis apabila mendengar laungan takbir di pagi raya mungkin belum boleh menangani isu bunyi yang kuat. Dalam situasi ini, anda boleh membantu anak anda menanganinya. Dengan menggunakan Hari Raya social story, anda boleh berkomunikasi dengan anak anda tentang Hari Raya dan tumpukan fokus anda kepada laungan takbir. Setelah itu, anda boleh melayari YouTube dan perdengarkan laungan takbir Aidilfitri kepada anak anda bagi tujuan latihan. Mulakan dengan tahap suara audio yang rendah dan tunjukkan kepada anak anda apa yang boleh mereka lakukan sepanjang laungan takbir. Sekiranya anak anda berjaya mengikut demonstrasi anda, walaupun sekadar 30 saat, berikan mereka pujian yang disertakan dengan item kegemarannya seperti mainan atau coklat. Ulangi latihan ini 2-3 kali sehari, dengan setiap latihan dilakukan dalam masa yang ringkas (1-2 minit maksimum).
Bagi latihan membina penyahpekaan, anak anda perlu mula pada peringkat yang mudah untuk mereka tangani. Contohnya, sekiranya anak anda mengalami kesukaran untuk tangani takbir raya selama 5 minit, mulakan latihan penyahpekaan anda untuk hanya 5-10saat. Anak anda akan dianggap berjaya pada peringkat ini sekiranya tiada tangisan, jeritan mahupun tidak melarikan diri. Apabila anak anda berjaya menangani 5-10 saat takbir raya, anda boleh meningkatkan masa sedikit demi sedikit dan ulangi latihan yang sama.
Secara umumnya, latihan penyahpekaan sebegini akan mengambil masa dan kadar kejayaannya bergantung kepada tahap keupayaan anak anda dalam pembelajaran, dan bentuk serta pelaksanaan strategi anda.
Nota ringkas di atas hanyalah antara banyak cadangan untuk menangani pelbagai cabaran untuk kanak-kanak autisme yang boleh dijangka semasa meraikan sambutan Aidilfitri.
Sekiranya ia tidak berhasil, jangan menyerah, kurangkan tahap kesukaran aktiviti anda dan teruskan latihan anda. Anak anda tentu akan berjaya.
Sumber: @autismmalaysia.com .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.