Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis. Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster. Kini sedang menjalani penggambaran drama Surat Cinta Buat Tuhan. Memang sweetkan papa suap anak makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terfikir tentang perbezaan cara orang tua kita meluangkan masa bersama kita dengan cara kita hari ini bersama anak-anak. Melalui perkongsian ini diharapkan kita sama-sama termenung sejenak untuk muhasabah diri agar masa depan kita nanti tidak diabaikan oleh anak-anak kita sendiri.
“Tadi saya berbual dengan sorang kawan. Ada satu cerita yang dia kongsikan yang buat saya termenung sampai sekarang.So saya decide untuk kongsi kat sini supaya kita boleh termenung sama2.“-Adlil Rajiah
Kau tahu kan, mak bapak aku dulu bukan orang senang. Nak beli benda2 trendy untuk anak2, jangan harap la. Pakai apa yang ada je. Nak beli KFC pun tak mampu, nak tengok wayang apatah lagi.
Masa kecik2 dulu, kalau aku bosan duk rumah, atau merengek nakkan sesuatu yang di luar kemampuan mak abah aku, diorang biasanya akan pujuk dengan satu ayat je–
“Ok jom abah bawa jalan2”
“jalan2” tu maksudnya pusing kampung naik basikal atau motor je. Hahah
Tapi itu lah strategi yang paling berkesan untuk pujuk kami adik beradik.
Sebab abah aku ni jenis suka melawak. Ada je teka teki atau cerita jenaka yang dia reka masa bawa kami jalan2.
Mak aku pulak suka menyanyi. Kalau turn dia yang bawa kami jalan2, mula lah mendayu-dayu suaranya.Kadang2 Sepohon Kayu, kadang 25 Rasul, kadang Keluarga Bahagia. Ikut la mana2 lagu nasyid yang tengah “in” masa tu. Masalahnya, bila mak aku start nyanyi, mesti kitorang pun layan. Siap boleh karok pulak atas basikal tu.
Kalau cerita kat budak2 zaman sekarang, mesti diorang “kesian” dengan childhood life aku.
Tapi sebenarnya, memories macam tu lah yang aku betul2 ingat dan rindu sampai sekarang.
Pusing kampung naik basikal, peluk belakang mak / abah, gelak2, nyanyi2.
Fuhh rindu gila.
Betul kau cakap–
bila ransangan otak dan emosi berlaku serentak, akan jadi long-term memory.
Tu yang aku sedih bila tengok mak ayah sekarang. Duit banyak,tapi kedekut–Kedekut nak bagi masa dan perhatian kat anak.
Bawak anak makan kat restoran mewah, tapi masing2 pegang phone. Parents sibuk dengan social media, anak2 jadi patung layan “educational” youtube videos.
Bawak anak pergi indoor playground, sanggup bayar mahal2 sebab nak anak selesa main dalam aircond. Tapi anak dibiarkan main sendirian, mak ayah duduk tepi main phone.
Belikan anak mainan mahal2, pastu letak anak dalam kandang (playpen) dan longgok segala “educational” toys dalam tu. Mak ayah pretend main dengan anak sambil sebelah tangan pegang phone. Sebab nak rekod untuk IG story. Settle rekod, dah tak boleh fokus layan anak, sebab sibuk layan IG story orang lain pulak.
Memang tak hairan la kalau anak zaman sekarang cepat lupa mak ayah.
Biadap dengan mak ayah. Lebih hargai cikgu, kawan2, pengasuh, dari mak ayah.
Sebab takde satu pun momen indah dengan mak ayah yang terpahat kekal dalam memori anak.
Kalau ada pun–cuma kenangan bersama mak ayah yang sentiasa dengan phone sepanjang hari.Seriously, aku bersyukur gila mak abah aku dulu tak berapa berduit. At least itu yang membuatkan diorang “kurang pilihan” dan terpaksa develop parenting skills yang bagus untuk membesarkan kitorang adik beradik.
Kau pesan la sikit kat followers kau yang ramai tu–tolong la jangan jadi bodoh.
Tolong la ada deria keibubapaan yang baik. Jangan la ingat tugas mak bapak ni setakat beranak je. It’s a lifetime commitment. Dan komitmen ni Allah yang bagi wei.
Jangan la buat main2.
Kalau nak anak2 sentiasa ingat kita bila kita dah tua nanti, sentiasa la ingat anak2 masa diorang perlukan kita sekarang.
You ignore them today,they’ll definitely ignore you tomorrow.
Jangan terkejut kalau anak asyik takde masa untuk jenguk mak ayah bila dah tua nanti.
Cara kita layan anak2 hari ni–menentukan cara layanan mereka pada kita kelak.
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya beberapa bulan yang lalu, siapa menyangka usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati pernah mengalami keguguran
sebelum anak kelimanya lahir.
Kongsi Datin Rita lagi, kini baru dia tahu bagaimana rasanya perasaan kehilangan anak di dalam kandungan. Saat yang paling sukar buat dirinya ketika itu.
Menerusi perkongsiannya bersama Pa&Ma, Datin Rita berkongsi cerita.
“Sebelum lahirnya anak kelima ini saya pernah mengalami keguguran. Sebenarnya saya tak pernah terbayang saya akan alami keguguran. Selama ini bila dengar orang gugur kita cuma bagi kata-kata semangat saja tapi bila kita alami sendiri, baru saya tahu perasaannya.
Saya rasa sendiri dia masih ada dalam perut saya, walaupun sebenarnya memang dah tak ada. Saya memang down.
Baru saya tahu macam ni rasanya ibu yang alami keguguran. Masa itu saya pilih untuk go natural dan tunggu dia keluar sendiri.
Masa itu saya dah tahu dia memang dah tak ada dah tapi sebabkan dia masih dalam perut, saya rasa dia masih ada. Memang saya sedih sangat waktu itu.
Waktu itu suami saya pujuk. Walaupun dah berapa kali beranak pun bila dah tahu mengandung mesti kita paling gembira dan bersyukur. Bila dah tahu tak ada, memang saya menangis.
Setiap pagi mesti menangis. Kita nak dia ada tapi memang dah tak ada. Tapi bila dah keluarkan semua, perlahan-lahan saya ambil masa untuk redaka emosi saya.
Bukan mudah nak bangun balik dan saya tak sangka rezeki datang dengan cepatnya untuk mengandung lagi.
“Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata waktu itu, memang tak mudah. Suami memang sangat mainkan peranan penting untuk bagi kata semangat,” luahnya lagi.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.