Bijak, Pandai, Cerdik, Cergas, Pintar, Rajin, Saya Bijak Sekali
Menyanyikan semula lagu di dalam rancangan Along yang pernah popular di zaman kanak-kanak era 90an, pasti secara tidak langsung akan mengimbau banyak kenangan indah saat menonton rancangan ini.
Along merupakan maskot kucing besar yang turut sama disertai oleh Angah dan Acik. Rancangan ini mendapat tempat dihati penonton cilik kerana ia bersifat menghiburkan dalam dalam masa yang sama mereka dapat belajar.
Pun begitu, ramai antara kita tidak tahu siapakah orangnya di sebalik maskot ALONG yang gelagatnya cukup menghiburkan itu. Pasti juga tiada siapa menyangka, rupanya Beto Kusyairy pelakon yang disegani ramai.
Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan bin Osman memulakan karier seni pada tahun 2001, merupakan antara penggerak utama rancangan kesukaan kanak-kanak itu.
Ads
Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak
Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB & aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu. 3 atau 4 musim jugaklah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya.
Ads
Sarong Seekor lagi..
15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi. Kali ini lebih berat tuntutannya. InsyaAllah akan bersiaran genap sebulan lagi di TV2 iaitu pada tanggal 14 Jun ini.Nantikan telemovie #Sesekali..sempena #HariBapa.
Terima kasih ceriakan zaman kanak-kanak kami
Ads
Setelah melihat foto yang dimuat naik Beto di ignya, semua berasa teruja dan bagaikan mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak mereka.
Hujung minggu adalah waktu terbaik untuk mengemas rumah, lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Seluruh rumah haruslah disental bersih.
Akan tetapi kos untuk membeli pencuci, penyental lantai dan macam-macam jenis pencuci bukanlah murah.
Jangan berfikir banyak kerana saranan yang dikongsikan oleh wanita bernama Hani Mynis di facebooknya ini cukup best untuk ibu-ibu.
Kedai Eco yang menawarkan harga serendah RM2.10 ini jawapannya. Alatan cucian untuk kegunaan rumah memang tip top di sini. Ini yang dikongsikan oleh wanita ini.
Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2 😍)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi 😂! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20 😭
Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dpt, bagus sngt!,beli lah!” haha sngt kepochi kan 🙈😂
So sngt obses, hani kongsi kan 12 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sbb ada antara barang yg viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jgn pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!
Ps : siapa ada semua item dalam gambar2 gimme 5!! #doneracun 😝
1. No 1 atas takhta! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic??
Apa je dia tak boleh cuci?
Bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air dan lain-lain.
2. Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk, campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai. Berkilat oit lantai, lagi-lagi lantai tiles.
3. Khas untuk kutip rambut dan habuk kecil kat karpet, kalau mood malas nak guna vacuum!
4. Pencuci lantai.
Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
5. Pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja.
6. Wet tissue. Kalau nak lap kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot.
7. Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu.
8. Stain remover. Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox tu. Tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran. Tak perlu nak berus dah.
9. Berus dengan tiga jenis berus. Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras, boleh sental dengan berus ni.
10. Penyepit span, pembersih tingkap!
11. Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu.
12. Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild), Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal, guna je stain remover tadi atau clorox.
Hebatkan? Untuk kesemua 13 barang ni anggaran tak sampai RM30. So sangatlah berbaloi untuk kita yang nak berjimat cermat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siti Munirah Abdul Malik menjadi penterjemah bebas sambilan sejak 12 tahun lalu. Bermula ketika masih menuntut di universiti, siapa sangka selepas lebih satu dekad, ibu kepada seorang anak ini masih lagi terbabit secara aktif dalam bidang terjemahan sebagai pendapatan sampingan biarpun sudah bergelar pensyarah di Kolej Vokasional Kulim, Kedah.
Pada sebelah siang, Siti Munirah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pada sebelah malam pula, wanita berusia 31 tahun ini menukar ‘topinya’ menjadi penterjemah bebas.
Siti Munirah berkata, dia mula terbabit dalam bidang penterjemahan bebas pada tahun 2013 ketika masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat).
“Saya bermula dengan kerja projek memasukkan data menggunakan Microsoft Excel dan projek transkripsi Bahasa Melayu di mana saya perlu mendengar audio perbualan serta taip semula ke dalam bentuk teks.
“Kemudian, saya terjumpa kerja-kerja terjemahan Bahasa Melayu dan bayarannya lebih tinggi. Dari situlah, saya mula fokus dengan kerja-kerja terjemahan yang kemudian berkembang menjadi sumber pendapatan sehingga sekarang,” katanya.
Berkongsi rutin hariannya sebagai penterjemah bebas sambilan, kebiasaannya, pada awal pagi dia akan menyemak dan menjawab e-mel klien.
“Jika ada kelapangan saya akan melayari laman web kerja terjemahan untuk melihat iklan kerja terjemahan terkini dan akan mohon kerja terjemahan.
“Kemudian, saya teruskan dengan tugasan terjemahan yang perlu disiapkan pada hari itu. Selepas siap, hantar kepada klien dan tunggu bayaran daripada klien melalui Paypal atau laman web kerja.
Pada masa yang sama, saya juga mengambil masa untuk mengurus kelas dan bengkel yang saya jalankan,” katanya.
Siti Munirah berkata, tempoh masa untuk menyiapkan satu-satu terjemahan bergantung kepada panjang dokumen dan kerumitan teks.
“Untuk dokumen biasa seperti sijil lahir, transkrip akademik atau teks kurang daripada 1.000 patah perkataan saya boleh siapkan dalam beberapa jam sahaja.
“Namun, untuk projek yang lebih besar, mungkin memerlukan masa yang lebih lama sehingga berbulan-bulan untuk terjemahan seperti buku,” katanya.
Mengulas lanjut, dalam proses terjemahan, dia sentiasa memberi perhatian kepada beberapa aspek utama termasuk ketepatan terjemahan atau makna perkataan.
“Saya akan memastikan setiap perkataan diterjemahkan dengan betul tanpa mengubah maksud asal teks dan mengekalkan intonasi yang sama seperti teks asal. Selalunya saya akan buat rujukan di banyak tempat dan memastikan rujukan saya adalah boleh dipercayai.
“Selain itu, ketelitian juga satu aspek penting. Saya akan memastikan bahawa teks yang diterjemah bebas dari kesalahan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat.
Katanya, dia juga membaca pruf terhadap terjemahan untuk memastikan ia berkualiti tinggi sebelum dihantar kepada klien.
“Akhir sekali, saya menitik beratkan penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Saya pastikan teks terjemahan tidak terlalu teknikal atau terlalu ‘berat’ untuk pembaca biasa, kecuali jika ia diperlukan dalam bidang tertentu seperti undang-undang atau teknikal supaya dapat menyampaikan mesej dengan tepat dan mudah difahami pembaca sasaran,” katanya.
Baginya, antara cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi adalah apabila diminta menghasilkan terjemahan bagi kandungan di luar bidang kemahiran dan pengetahuannya.
“Contohnya, terjemahan manual penggunaan mesin sedangkan bidang utama saya ialah teknologi maklumat.
Terjemahan akan mengambil masa agak lama kerana saya perlu membuat rujukan tambahan dengan membaca buku mengenai mesin dan kejuruteraan serta bertanya kepada rakan-rakan yang mahir untuk memastikan terjemahan lebih tepat,” katanya.
Selain itu, dia turut berdepan cabaran untuk membahagikan masa bagi memastikan tugas hakiki dan keluarga tidak terabai.
“Setiap petang selepas pulang dari kerja hakiki, saya hanya fokus meluangkan masa bersama keluarga dan pada sebelah malam pula saya akan memperuntukkan selama beberapa jam untuk menyiapkan tugasan penterjemahan.
“Sekiranya ada tugasan yang masih belum selesai, saya akan siapkan pada hujung minggu. Saya akan menghantar anak saya kepada pengasuh dengan bayaran tambahan,” katanya.
Menurutnya, salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang terbabit dalam bidang penterjemahan apabila diminta untuk buat terjemahan bagi aplikasi solat.
“Projek ini sangat menarik kerana saya perlu muat turun dan menggunakan aplikasi itu untuk menghasilkan terjemahan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain khususnya orang Islam.
“Ada juga saya diminta terjemah laman web kasino dan video berita semasa pro-Israel, namun saya menolak walaupun bayaran mahal,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, dia kini sedang membangunkan laman web yang akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan yang disediakan dan memudahkan sesiapa yang berminat untuk belajar boleh mendaftar dan belajar.
Selain itu, saya juga ingin membina pasukan dalam kalangan peserta untuk membantu memperluaskan servis dan penatar yang berpengalaman bagi mengendalikan kelas-kelas berkaitan.
“Dengan sokongan pasukan yang komited, saya bukan sahaja boleh mempelbagaikan servis, malah akan dapat menawarkan lebih banyak peluang pembelajaran yang praktikal, membantu lebih ramai penterjemah baharu untuk menjana pendapatan,” katanya.
Lumrah dalam rumahtangga, apabila sudah mempunyai anak-anak terutama anak kecil, sudah pastinya rumah bersepah.
Bukan tidak mahu mengemas. Anak-anak aktif bermain di sana sini.
Kadang tak ada masa untuk mengemas setiap masa dek pelbagai urusan rumah lain yang perlu diutamakan.
Apabila rumah dalam keadan bersepah, agak sulit untuk menerima tetamu yang datang secara mengejut.
Kunjungi tetamu sebegini membuatkan tuam rumah tidak selesa. Begitu luahan rasa yang dikongsi oleh wanita ini. Bukan tidak menghargai tetamu datang tapi lebih manis, jika tetamu memberi tahu awal jika ingin bertandang.
Ikuti perkongsian beliau.
Sejujurnya rumah saya bukan lah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya,tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah. Saya bukanlah malas nak kemas rumah,tapi kadang-kadang tu rasa fed up.Kemas sekejap,5 minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb,biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi. Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.
Jadi, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Yela, kalau tak kemas takut pulak depa sakit jantung tengok Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak. Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari.
Sedikit peringatan untuk kita semua,termasuk diri saya sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga.Yelah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah. Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik,jangan pula nak mencanang ke sana sini. Bila dah kemas rumah macam ni, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah. Sekian.