Siapa sangka, bermula dengan rasa kagum dengan kerjaya suami sebagai pegawai di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuatkan seorang wanita bernama Yusnia Ismail nekad untuk mengikut jejak suaminya menyertai agensi terbabit.

Yusnia yang berasal dari Muadzam Shah, Rompin, bukan sahaja berjaya menamatkan latihan malah diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Wanita pada Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 2022 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang membawa gelaran Leftenan Muda Maritim.

Suaminya, Leftenan Madya Maritim, Nur Mohd Farhan Mohd Amin dari Lumut, Perak telah berkhidmat dalam APMM sejak 2017 turut hadir meraikan hari istimewa tersebut.

Yusnia berkata, dia berasa bangga dengan suaminya kerana sentiasa bersedia untuk negara malah sanggup melaporkan diri untuk bertugas walaupun mereka sedang bercuti dan dari situ dia terdorong untuk turut sama berbakti kepada tanah air.

“Saya cabar diri saya, kalau suami saya boleh buat, saya pun boleh buat tetapi cabaran terbesar saya lalui ketika menjalani latihan apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak kerana saya tidak pernah berpisah lama dengan anak sebelum ini.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

IKLAN

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Sepanjang latihan terutama ketika berlari setiap pagi, setiap kali saya rasa penat, saya akan fikir saya datang ke sini dan tinggalkan anak-anak, tak kan saya nak berhenti di sini, jadi, saya nekad tidak akan berhenti di pertengahan jalan. Saya buat ni pun untuk keluarga saya juga,” kata ibu kepada dua anak berusia empat dan enam tahun.

Mengenai anugerah yang diterimanya, Yusnia berkata, dia dapat menjadi yang terbaik kerana berada dalam skuad yang terbaik, mempunyai jurulatih yang terbaik, serta tempat latihan yang terbaik.

IKLAN

“InsyaAllah, kami suami isteri akan sentiasa bersiap siaga untuk menjaga keselamatan perairan negara,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Nur Mohd Farhan berkata, dia tidak menjangka isterinya mahu menyertai APMM namun menyokong keputusan pasangannya itu.

“Cara kerja di agensi ini berbeza, jadi untuk dia faham kerja saya elok juga dia menyertai agensi ini. Namun pada mulanya saya tidak rasa dia serius ketika memberitahu dia mahu hadir temuduga APMM.

IKLAN

“Pada mulanya saya tak sanggup juga sebab memikirkan dia terpaksa melalui latihan fizikal dan fikir mungkin akan membebankan dia, jadi saya tidak terlalu menekannya namun dia berjaya membuktikan bahawa dia mampu mengharunginya,” katanya.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Suami Idolaku.” Ikut Jejak Kerjaya Suami, Ibu Anak 2 Ini Tak Sangka  Dinobat Pelatih Terbaik Wanita

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI