Erni Zakri yang kini menghitung hari bakal melahirkan bayi sulungnya tak lama lagi, baru-baru ini sempat bersua muka dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Lebih manis lagi, ibu kepada Siti Aafiyah dan Mohamad Afwa itu turut menitipkan doa buat ibu yang bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi.
Siti atau lebih mesra dengan sapaan TokTi telah bertemu Erni yang juga penyanyi lagu Boneka itu bersama suaminya, Syamel menerusi program MeleTOP selasa yang lalu.
Sempat meluangkan masa bersama Ernie Zakri dan Syamel usai program tersebut, Siti turut mendoakan agar Erni diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat bersalin kelak.
Selain Itu, isteri kesayangan Dato K ini turut mengharapkan memoga penyanyi Syamel akan menjadi seorang suami serta ayah yang terbaik.
“Saya doakan adik saya @erniezakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat @syamel_official, semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga.
“Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!!,”
Demikian perkongsian Siti menerusi laman Instagramnya.
Menjengah ke instagram milik Erni, pelantun lagu Boneka ini turut berkongsi momen bersama penyanyi tersohor itu. Malah, dia juga tyurut meminta tip bersalin daripada Siti Nurhaliza.
“Syukur, sangat gembira dapat berjumpa dengan @ctdk semalam. Sempat lah tanya sikit sikit tips sebelum nak melahirkan. Terima kasih Tokti diatas tips tips tu! Kami akan cuba praktikkan!
Ads
“Nervous, tak lama saja lagi anak Ibu nak lahir dah. Doakan kami, moga menjadi Ibu & Daddy yang baik untuk anak solehah kami. Amin ya Rabb.
Setiap wanita yang hamil ada karenah tersendiri. Ada yang alahan ada juga yang tiada sebarang masalah. Tak kurang bab mengidam, sehinggakan ada yang meminta yang di luar kotak fikiran. Namun selagi ia tidak memudaratkan, tidak mengapa.
Demikian juga dengan pelakon Hanez Suraya, 34 tahun. Baru-baru ini dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Dek kerana itu, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.
“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana.
Menariknya, daripada situ timbul idea untuk dia mengeluarkan produk sendiri. Ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini, akui Hanes, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.
Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
“Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan. Kebetulan suami saya suka nombor 7, katanya tu nombor bertuah dia. Anak sulung dulu, Puteri Aleesya induce sebab overdue. Kalau boleh tak nak sebab sakit induce. Tetapi apapun saya harap segalanya dipermudahkan.
“Saya jenis badan kecil dan perut besar. Memang kali ini sangat terasa ‘beratnya’. Kalau ikutkan saya tak trauma beranak tetapi saya hanya tak suka induce. Dulu saya masuk ubat. Jarak antara anak sulung dengan yang ini agak jauh kerana saya tak nak anak sulung rasa kurang kasih sayang.
“Yang kedua ni ikutkan tak rancang tapi suami yang nak. Aleesya nampak kurang dengan saya lepas tahu saya hamil. Dia lebih banyak dengan ayahnya. Tetapi selalu juga ajak dia berborak dengan adiknya dalam perut,” ujar Hanes yang tidak kisah bilangan anak memandangkan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais suka anak ramai.
Ditanya soal lakonan ujarnya buat masa sekarang fokusnya lebih kepada keluarga dan juga produk yang diusahakannya.
“Suami memang jenis suka tengok saya depan matanya. Kalau nak ke pejabat pun dia akan ajak sekali. Kalau sibuk sangat ada pembantu yang tolong. Soal berlakon tu rasanya ‘hold’ dulu. Memang suami tak kisah tapi sebagai isteri faham dia sebenarnya lebih suka saya berada disisinya.
“Jadi, saya pilih untuk buka bisnes dan suami nampak sokong ke arah itu. Kalau dulu keluarkan tudung nampak dia tak ambil ‘port’ tapi untuk produk Cake Pop Liptint ni memang nampak suami all out bantu. Sebenarnya bukan mudah nak ajak suami bantu, saya ambil masa lebih kurang 4 tahun saya ‘pujuk’ suami dan akhirnya kini baru dia setuju dan mahu turun padang bantu. Kebetulan dia banyak pengalaman jadi segalanya dipermudahkan,” ujar Hanes lagi.
Mengulas lanjut mengenai selebriti yang membuka hijab, jelasnya itu bergantung pada pemahaman diri masing-masing.
“Saya tak berani nak cakap kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Lagipun kebanyakan yang buka tudung kembali adalah mereka yang masih bujang, Macam saya ada suami dan ada famili yang perlu jaga air muka dan aib suami dan keluarga. lagipun belah kedua-dua keluarga jenis berhijab. Kalau dulu tak pakai tudung saya segan.
“Malah, suami sendiri yang minta saya pakai tudung selepas pulang dari umrah, jadi saya mendapat kekuatan daripada situ. Tetapi dia tak paksa cuma dia sokong waktu saya ambil keputusan untuk bertudung.
“ Dalam hal ini, kita tak boleh hukum orang, mana tahu nanti mereka kembali bertudung. Lagi pula saya sendiri bukanlah pandai bab agama jadi tak nak jatuh hukum pada orang lain. Jadi, doakan yang baik-baik untuk mereka. Aurat kita bukan rambut sahaja tetapi hati mulut semua kena jaga,”ulas Hanes lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Mengakui awal perkahwinan, pasangan ini sedikit ‘stres’ tatkala bercakap soal anak.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
“Loud’ di luar ‘soft’ di dalam
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain.
“Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,” ujar Azad lagi.
Mengulas lanjut mengenai anak sulung yang nampak serasi di hadapan kamera, Eira bagai mana pun enggan membenarkan anaknya terjebak awal dalam bidang seni.
“Jangan kita fikir duit, kasihan pada anak-anak kerana bukan masanya lagi mereka bekerja. Ini waktu mereka belajar itu yang saya cuba elakkan untuk anak-anak. Bila berganding dengan anak-anak dalam sesebuah drama, saya kasihan melihat mereka terpaksa berjaga sedangkan itu masa mereka bermain dan belajar. Bukan masanya lagi mereka bekerja,” ulas Eira sambil memberitahu akan menghantar anak sulungnya ke International School apabila bersekolah di Indonesia kelak.
Lebarkan kerjaya ke Indonesia
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah nak bahagikan masa.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,” cerita Eira lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.