Dalam berumahtangga, semestinya setiap pasangan mahukan hubungan yang sentiasa harmoni dan berkekalan. Susah senang pasangan, sama-sama hadapi demi masa depan bersama.
Sama juga bila salah seorang berhadapan dengan ujian yang berat, seperti hidap penyakit, semestinya setiap pasangan akan lakukan yang terbaik buat yang tersayang. Seperti satu perkongsian yang tular di aplikasi Tiktok bila seorang suami sanggup serahkan salah satu buah pinggangnya buat isteri tersayang.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh doktor mereka yang dikenali sebagai Khairul Anwar berkongsi detik mendebarkan tapi indah sewaktu mengendalikan rawatan pemindahan buah pinggang. Mana tidaknya, seorang suami sanggup mendermakan kepada isteri tercintanya yang menghadapi masalah kegagalan organ tersebut.
Ads
Sebelum operation bermula, keserasian pasangan itu bahkan terserlah apabila sama-sama memberikan semangat kepada satu sama lain. Berkat izin Illahi dan kepakaran pasukan doktor yang terlibat, prosedur pemindahan buah pinggang itu berjalan lancar dan masing-masing sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pengorbanan seorang suami demi isteri tercinta. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut agar sentiasa sihat dan kekal hingga Jannah. Malah, ada juga yang sempat berkongsi cerita yang sama yang dihadapi oleh orang sekeliling mereka.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesihatan amat penting bagi semua orang. Sejak kecil kita didik untuk memastikan kita mempunyai kesihatan tubuh yang baik.
Namun, salah satu masalah kesihatang yang menyerang manusia adalah akibat kesan suka merokok.
Biarpun telah didedahkan bahaya akibat tabiat suka merokok, namun masih ada yang anggap ia remeh.
Inilah yang dikongsilah oleh Dr. Mohd Syamirulah Rahim mengenai remaja 17 tahun derita akibat kesan merokok.
Sangka serangan asma
Lelaki ini berusia 24 tahun. Belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka.
Kita namakan dia sebagai “Ali”. Sudah tentu bukan nama sebenar.
Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.
Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.
Pulang ke rumah petang itu, Ali rasa badannya hangat. Seperti nak demam.
“Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya”, getus hati Ali.
Keesokan harinya, Ali demam suam-suam kuku. Mula batuk juga. Tapi Ali bekerja seperti biasa.
Hampir dua minggu demam Ali tidak kebah-kebah. Selera makannya mula berkurang, dan beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.
“Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!”
Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.
Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangka MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.
“Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!” Ujar ibu Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap pun. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.
Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya 37.5 cuma. Namun berpeluh. Basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.
Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah. 75% cuma. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.
Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil.
Keputusan xray adalah seperti didalam gambar. Gambar yang saya lampirkan ini gambar dari carian Google, bukan gambar xray “Ali”.
Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk “menebuk” paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.
Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan.
Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan…teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah. Ya, nanah.
Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari “Ali”.
Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis. Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.
Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.
Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu.
Bermaksud, empat minggu Ali perlu berada di wad. Rujuk gambar rawatan antibiotik yang dipetik dari National Antibiotic Guideline Malaysia.
Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.
Jangkitan kuman pada paru-paru
Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu “mengalahkan” kuman ini dengan mudah.
Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.
Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV
Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya.
Oh ya, beliau cuma merokok. Sekotak tiga hari. Sejak umur 17. Itu sahaja.
Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru, lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.
Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital. Empat minggu.
Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad sebulan. Kerja entah ke mana. Anak bini adik emak entah siapa yang sara.
Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.
Rawatan untuk empyema ini agak sukar. 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia. Atas pelbagai faktor.
Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.
Batuk dengan darah
Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak.
Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).
Dalam masa beberapa minit, Ali pengsan. Pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada. CPR.
Beberapa jam. Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage. Pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.
Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?
Sumber: Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak bahagia apabila melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Pantas masa berlalku, pelakon, Sari Yanti baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.
Pelakon kecil molek yang popular dengan drama siri Kisah Kaisara itu berkongsi momen ini di laman Instagramnya dengan memuat naik foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.
“Kejap je dah naik tingkatan 1, Dia dapat anugerah hari ni. Anugeah kecemerlangan akademik. Tahniah anak mama. Syukur alhamdulillah. Rabbi Habli Minassholihin” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan
mendoakan kejayaan Barr Al-Aliy di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Sari Yanti, ibarat ‘kakak dan adik.
Sekadar info, Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, Sari turut memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Hag, 12.
Sari Yanti yang kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.
Sumber : Instagram Sari yanti
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan hanya memudahkan paling utama memberi keselesaan kepada murid-murid selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas ini.
Pun begitu pertimbangan itu berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
Dalam satu kenyataan semalam, KPM memaklumkan institusi pendidikan juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara yang telah ditetapkan.
“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka.
“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Selain itu, pihak berkaitan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.
Menurut KPM, murid juga digalakkan untuk mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta pihak berkaitan perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
Semua institusi pendidikan KPM juga diminta supaya sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.