Apabila seorang suami tahu menghargai seorang isteri dengan cara memanjakan isteri dengan perkara yang  dapat membantu menjaga penampilan isteri tentu ianya cukup istimewa dirasakan.

Namun tidak semua suami ambil berat tentang hal ini dan menganggapnya perkara remeh dalam rumah tangga.

Jadi apa kata baca perkongsian daripada suami ini untuk memberi inspirasi kepada lelaki bergelar suami yang lainnya.

Jom semak.

Saya kalau ada rambut dalam makanan memang geli sangat. Terbayang-bayang rambut tu dari mana, terdedah dengan apa dan macam-macam lagi.

Baru-baru ni saya perasan satu benda. Ade sehari tu saya bantu isteri saya sapu rumah, saya perasan satu benda. Makin banyak rambut kat rumah saya ni. makin saya sapu, makin saya nampak. Ada sahaja rambut di atas lantai. Di sudut-sudut rumah dan di atas katil.

Walaupun rumah sentiasa bersapu, tapi rambut tu tetap ada. Saya tak la geli sangat sebab saya tahu itu rambut isteri. Tapi rasa kurang selesa dengan situasi sebegitu.

Saya tak pernah putus belikan syampu yang bagus untuk dia pakai. Saya tahu syampu itu serba sedikit dapat membantu mengurangkan rambut yang tercabut atau gugur. Dia pun mengaku selalu bersyampu.

Ada juga saya bagitau isteri saya Nora Azni tentang ketidakselesaan saya itu. Dia diam je. Saya rasa saya dah bantu dia sebaik mungkin, sediakan keperluan dia. Tapi, saya sebenarnya terlupa.

Saya terlupa yang dah lama saya tak bawa dia ke Salon. Rambut wanita ni bukan macam lelaki, syampu je dah cukup. Sebab paling utama ialah, rambut yang panjang dan bertudung. Kalau tidak dijaga, memang bakal mendatangkan banyak masalah.

Masalah yang selalu timbul ialah uban dan keguguran rambut. Alhamdullillah setakat ini tiada uban lagi. Tapi saya tahu saya perlu buat sesuatu untuk bantu dia.

Saya semak semula post saya bertajuk “Menunaikan Nafkah Batin Isteri di Salon”

IKLAN

Rupa-rupanya dah beberapa bulan saya tak bawa isteri ke salon.

Kepada yang tak tahu apa yang boleh kaum wanita buat di Salon ini, saya senaraikan di bawah.

1. Rawatan rambut.
– Rambut gugur, kulit kepala, kelemumur, rambut kering dan sebagainya.

2. Guting rambut.

3. Warnakan rambut / inai rambut.

4. Penggayaan rambut
– Rebonding (luruskan) rambut, kerintingkan rambut.

5. Cuci rambut

IKLAN

Itu antara apa yang kaum wanita boleh buat di salon. Macam mana saya tahu semua benda ni? Sebab saya tanya isteri saya. Ramai suami tak tahu benda ni sebab tak bertanya. Bila dah tanya dan diterangkan buat apa, ada yang rasa benda tu tak penting.

Contohnya cuci rambut. Benda macam biasa kan? Cuci sendiri boleh, kenapa perlu pergi ke Salon? Ini mentaliti yang kena buang jauh-jauh. Orang yang berkemahiran cuci dengan cuci sendiri tak sama. Ini menjadi perkara yang penting untuk yang berambut panjang dan bertudung juga. Basuh sendiri memang tak sama kesan dia.

Bawa Isteri Ke Salon. Tu Cara Suami Ni Hadiahkan Me Time Pada Isteri. Hebatlah!

Jika anda tertanya kenapa perlu gayakan rambut? Padahal kan bertudung? Itu ada dua sebab, yang pertama, untuk suami dan yang kedua untuk kepuasan diri. Wanita ini akan ada satu perasaan puas bila dia rasa cantik. Kesan dari perasaan itu akan dinikmati oleh semua, suami dan anak-anak. Mood akan bertambah baik, dia akan nampak gembira, suami dan anak-anak akan dilayan dengan baik dan sebagainya.

Penggayaan rambut yang berlainan juga akan memberi nafas baru di dalam rumah. Sama seperti mewarnakan rambut. Ia akan memberi kelainan dan keseronokan. Suami akan suka, isteri akan bertambah yakin.

Jangan dipukul rata keperluan rambut isteri tu. Dia takkan sama dengan lelaki. Lelaki takkan rasa apa yang mereka rasa kecuali lelaki itu juga berambut panjang. Rambut yang pendek, peluhnya tak sama dengan rambut yang panjang. Sama juga dengan lelaki yang tidak bertudung, rambutnya takkan terperap lama seperti wanita yang bertudung.

Dan akhir sekali, apa yang si isteri dapat apabila ke Salon ini ialah ME TIME. Masa itulah mereka akan seronok, berbual bersama kawan dan tukang gunting dan sebagainya. Apa yang mereka bualkan bukan semua lelaki boleh sertai. Benda yang lelaki rasa remeh, kadang-kala satu perkara yang serius bagi mereka. Jadi, biar isteri menjadi wanita di salon dan jangan harapkan isteri menjadi lelaki dengan kita. Bagilah mereka enjoy dengan masa yang jarang mereka dapat.

IKLAN

Itulah sebabnya saya terus bawa isteri ke Salon Muslimah di Puchong Permai baru-baru ini. Cuma sekarang, anak sulung saya pun dah besar dan berambut panjang. Jadi, jika mama dia ke salon, si kakak pun nak juga.

Mujurlah Yutee Lavish – Muslimah & Unisex Salon, milik Yutee Wahyu ini bagus servisnya dan harga pun berpatutan. Rawatan rambut gugur, kelemumur, cuci dan blow baru RM70. Memang berbaloi untuk isteri dan anak. Ini kali ketiga saya bawa isteri ke sini. Setakat ini memang tak pernah mengecewakan.

RM70 tu tak mahal mana, percayalah. Kalau simpan RM1 sehari, tak sampai 3 bulan dah cukup. Kalau berkira sangat, simpanlah mulai hari ini. Seringgit je.

Saya tak perlu bimbang pasal aurat kerana semua staff di sini ialah wanita dan ada bilik khas untuk pelanggan bertudung. Jadi, tidak perlu menyorok atau merasa segan.

Saya hantar mereka berdua ke situ dan bawa pulang dua orang lagi anak ke rumah. Biar mereka enjoy masa mereka tanpa gangguan. Bila dah selesai baru isteri whatsapp dan saya pergi ambil. Tak susah mana pun nak gembirakan isteri. Tak perlu kumpul duit beratus-ratus pun. Cukup sekadar kita tahu kepentingan itu dan mula menyimpan.

Mula cakna mengenai rambut isteri. Ambil tahu, ambil peduli. Kepada para isteri, tolong terangkan mengenai kepentingan penjagaan rambut kepada suami. Kadang-kadang mereka tak tahu, jadi tanggungjawab anda untuk memberitahu.

Jika para suami masih memikirkan alasan untuk hantar isteri ke salon, anggaplah ia sebagai hadiah kepada isteri untuk dia lebih gembira.

Semoga ramai yang akan membuka mata dan mengutamakan benda ini. Kongsikan penulisan ini buat semua supaya para isteri akan mempunyai rambut yang lebih sihat lagi.

Bila kali terakhir anda ke salon? Kalau tak ingat, bermakna dah sampai masanya.

sumber : Akhtar Syamir 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI