Tanpa pengambilan sebarang ubat untuk menurunkan berat badan, hanya dengan mengamalkan pengambilan makanan suku-suku separuh dan beberapa amalan lainnya siapa sangka berjaya hilangkan 40kg lemak tubuhnya dan kini terlihat langsing persis anak dara.

Pun begitu, usaha ini bukan dilakukan sekelip mata apa yang penting konsisten dengan apa yang dilakukan untuk capai BMI normal untuk tubuhnya. Jadi jom kita cungkil rahsia wanita ini dan semoga menyuntik inspirasi antara kita untuk mencapai berat badan ideal sepertinya.


Di sini adalah contoh menu-menu untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku-suku separuh. Kalau betul-betul ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg.

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!
Menu sarapan
Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!
Menu makan tengah hari
Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!
Menu makan malam

Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk 40kg lost. Alhamdulillah sedikit perubahan hari ni.

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!

IKLAN

Berat untuk hari ni 50kg.
Body Fat 23%
Tinggi 160 cm.

Kak Chik dah dapat BMI Normal… Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama nie…Kak Chik happy.

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!

IKLAN

Tq Cik husband yang banyak bagi semangat
Tq geng Dietku
Tq mak dan family serta Sifu-sifu
Tq kepada yang menghina saya selama ni, kerana kutukan anda saya bangkit..

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!

 

IKLAN

Ok Kak Chik ada sedikit tips untuk anda di luar sana.
1. Cuba diet rendah kalori.
2.Perhatikan pengambilan kalori
3. Minum air masak dengan secukupnya, terutama sebelum makan.Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih.
4. Lupakan diet dan makan secara seimbang (apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet..anda akan tertekan.)
5. Banyakkan Protien. Protien memainkan Peranan utama dalam proses Mengurangkan Berat Badan.
6. Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi.
7. Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak
cukup punca terjadinya obesiti.

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!
8. Buat Sedikit senaman, aerobik dan cardio.
9. Katakan TIDAK pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan Dengan Stevia atau Palsweets. Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.
10. Banyakkan sayuran dan buah buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori,tinggi serat,tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
11. Teh Hijau (Kak Chik Guna Ahmad tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
12. Minum air kopi tanpa gula. Sebelum memulakan senaman Kak chik minum untuk lebih Bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.

Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!
13. Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih Banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan.Metabolisma akan menurun.
14. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. (Kecuali air gas yang zero kalori tu).
15. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
16.  Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula dalam darah.Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
17. Minum susu sebelum tidur. Kita ikut cara Sunnah banyak manfaat. Melancarkan saluran pembuangan. Tidur lebih nyenyak dan lain-lain.
18. Ikut Sunnah Nabi kita berhenti sebelum kenyang.
19. Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari.
20. Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya.Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha.

sumber : Siti Rohayatul Husni Moktar 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI