Bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal iaitu hari ini, berbanding jadual asal 20 April seperti diumumkan sebelum ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.
Permohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.
Ads
KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
“Apabila berumah tangga misi dah lari dan pastinya saya lebih mengutamakan keluarga. Apatah lagi waktu itu, saya melalui proses bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya selama dua tahun. Kemudian lahir pula anak kedua, jadi proses itu memakan masa yang panjang dan tiada masa untuk melakukan hal lain.
“Anak saya yang sulung, Elsa Johan berumur 7 tahun dan yang kedua, Mya Johan 4 tahun. Lepas berhenti susukan anak sulung, mengandung pula yang kedua. Apabila orang tanya ke mana saya menghilang, itulah yang berlaku sebenarnya.
“Sekarang anak makin membesar dan saya cuba juga anak ketiga tapi belum ada rezeki. Jadi masa terluang ini saya fokus pada kerja dan ingat mungkin nak kembali menyanyi. Selain itu, saya juga menjadi hos bagi program Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah selain beberapa program lain bersama dengan stesen ini.
“Selain itu, saya juga buat dengan RTM, jadi apabila keluar tentang Pencarian Hos Mingguan Wanita, jadi saya pun cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Lagipun dah lama tak masuk Astro dan terus cuba memandangkan suami dan adik saya pun bagi sokongan,” ujar Farah yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya bersama Top sekali gus meraikan 5 keluarga pemenang Kempen Gaya Raya Bersama Top dan Jovian Mandagie anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Lama meninggalkan industri seni, Farah tidak menafikan sedikit ‘canggung’ namun teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di Astro.
“Ada yang dulu krew biasa waktu saya masuk AF tapi dah berpangkat sekarang. Memang saya jadi teruja dan bila cakap nak buat ‘comeback’ ada yang terkejut dan turut memberi sokongan. Ramai lagi kawan-kawan saya dalam industri nyanyian dan saya cuba-cuba menyanyi semula.
“Dulu saya tinggal di Pulau Pinang sampai sekarang, tapi mungkin akan berpindah ke Kuala Lumpur nanti. Buat masa sekarang anak dijaga oleh suami dan ibu mentua selain pembantu yang tenggokkan, jadi lega lah sikit. Mujurlah suami memahami bila saya terpaksa berulang-alik walaupun terpaksa ‘stuggle’.
“Awal-awal tinggalkan anak dulu waktu pencarian hos membuatkan anak-anak cari. Sebulan kena siapkan tugasan sehinggakan tidak dapat pulang ke rumah seminggu lebih. Mereka syik tanya bila nak balik.
“Itulah pengorbanan kita, kerinduan yang ditanggung. Memang asyik teringat anak, dah makan belum, sihat atau tidak. Itulah masalah utama, namun alhamdulillah saya dapat mengatasinya,” ujar Farah sambil mengakui seronok dapat belajar dan kutip ilmu baru dari orang muda terutama dalam sosial media dan sebagainya.
Mengambil keputusan berhijab 9 tahun yang lalu, akui Farah semuanya adalah ‘kerja’ Dia Yang Di Atas.
“Bila cakap pasal hidayah semuanya terletak pada Dia yang menentukannya. Pengalaman sendiri yang melalui banyak membuka mata saya. Waktu itu saya join penggambaran Rasa Halal Orient di Kemboja.
“Waktu itu berjumpa dengan orang susah, yang belajar agama tapi Ya Allah hebatnya mereka. Semangat dan iman yang kuat untuk belajar. Kalau kita meletakkan diri pada situasi tersebut, dengan tiada makanan, duit dan elektrik yang tidak mencukupi dan sebagainya membuka mata saya.
“Lepas pulang ke tanah air, saya cakap pada ayah yang kebetulan jaga saya ketika itu, rasanya sampai masa dah memandangkan orang lain ‘struggle’ nak belajar agama. Kita ni yang aman damai kadang kadang lupa. Tetapi saya belum pakai tudung kerana abah waktu itu was-was dengan keputusan saya.
“Kebetulan komitmen saya masih bergelar duta untuk beberapa produk. Mujur klien memahami dan bagi respond positif. Tak lama lepas tu saya jumpa satu ayat dalam surah An-Nur dan itulah yang membawa saya pada tahun 2010 untuk bertudung,” jelas Farah bercerita pengalaman apabila mengambil keputusan berhijab.
Min respect dengan Farah Anuar, lama duduk bersama mak mertua! Bukan takat mak mertua tolong backup, malah sempat lagi ye korek rahsia suami demi kebahagiaan bersama pasangan tersayang! Semoga berbahagia sentiasa. amin..#keluargamag#chitchat
Ditanya hubungan bersama mentua memandangkan dia tinggal lama bersama selepas berkahwin, akui Farah semuanya bergantung pada pembawaan diri.
“10 tahun tinggal bersama alhamdulillah tiada sebarang masalah. Ibu mentua jenis yang ‘back up’ menantu dan bukannya anak sendiri. Kira ektra point untuk kita kerana walaupun kenal dengan suami 5-10 tahun sebelum kahwin, tetapi apabila duduk serumah dan sebilik jangan kata kita kenal dia 100%, belum tentu lagi. Dengan adanya ibu mentua, bolehlah korek rahsia untuk memenangi hati suami.
“Dengan mentua pula, kami selalu bantu antara satu sama lain selain memberi dan menerima. Walaupun ada turn memasak, tetapi selalunya ibu mentua masak kerana air tangan dia terbaik. Tetapi kalau saya memasak, ibu pun datang bantu. Bila dia buat kerja, saya pula bantu dia. Masing-masing main peranan. Tak boleh dua-dua ego dan keras kepala. Takkan ada ‘chemistry’ kat situ.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
“Alhamdulillah kerana mentua cikgu sekolah (pencen). Minda dia jenis yang terbuka dan rezeki saya dapat ibu mentua yang baik dan memahami. Di dalam rumah itu ada adik-beradik lain dan memang suasana riuh. Bapa mentua dah lama meninggal dunia dan kerana itu kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan menjaganya,” ujar Farah lagi.
Projek DIY di musim PKP yang dikongsikan oleh anak muda ini yang juga merupakan penuntut di IPT dengan melakukan transformasi bilik tidurnya daripada bilik tidur kampung menjadi bilik dengan konsep ala-ala gaming di twitter mendapat perhatian warganet.
Usahanya menghias bilik tersebut memakan masa selama 2 minggu dan semuanya dilakukan sendiri setelah mendapat kebenaran daripada orang tuanya untuk melakukan ubah suai.
SEBELUM
Selain itu, pemuda yang dikenali sebagai @Haleem_Shake ini juga turut berkongsi tip dan cara-cara untuk mendapatkan hasil dekorasi konsep gaming dengan bajet yang rendah hingga meraih hampir 15k retweets dan mendapat 32.9k tanda suka.
SELEPAS
IDEA
Menurutnya, semuanya bermula apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebab penularan COVID-19 di negara ni. Mula-mula boleh tahan lagi duduk rumah sebulan, dua bulan, lepastu tiba-tiba Kementerian Pengajian Tinggi keluar statement pulak yang IPT tutup sampai hujung tahun (btw I’m an IPT Student), so memang akan stay dekat rumah ni sampai tahun depan lah, time tu pun dah expect yang paling awal akan masuk uni maybe bulan 3 next year, jadi dari situ tercetus lah macam-macam idea untuk deco bilik ni.
MINTA KEBENARAN
Sejarah pasal bilik saya ni asalnya saya share bilik dengan abang saya dari kecik lagi, so sekarang dia pun dah tak duduk bilik tu lagi (bertugas di Sabah), jadi memang saya duduk sorang lah setiap hari di bilik yang sama. Jadi saya request permission dari parents nak deco sendiri bilik tu, and diorang pun approve my application request.
Untuk idea, saya banyak tengok di pinterest untuk mendapatkan ilham. Sebabkan dekat situ banyak jenis design, so saya perincikan spesifik design untuk bilik ni. Untuk bilik ni, saya plan untuk buat style “workspace bedroom”, bilik tidur bersertakan satu ruang untuk study, buat kerja dan main game.
Untuk bilik tidur saya pilih tema dark blue + gold, sebab bagi saya dark blue means elegant. And one of the reason why I choose dark colour because dinding kayu ni asalnya memang warna coklat gelap, so kalau pakai cat warna putih/terang, takut tak boleh cover warna asal kayu tu, and oh yes dinding kayu ni banyak space/rongga between kayu-kayu tu, so kalau pakai warna putih lagi obvious nampak lubang-lubang warna coklat tu.
Untuk dinding kayu pula, saya decide nak buat ikut style “shiplap accent wall”. Buat makluman semua, dinding style ni memang sekarang tengah trend dalam dunia deco, cuma biasanya shiplap ni buat dekat satu side dinding daripada 4 side dinding dalam bilik tu (accent wall, boleh search Google pasal ni). Disebabkan dinding bilik saya memang asalnya dah kayu, so just cat jelah nak ikut style shiplap tu.
WALL PREPARATION
So first thing first, kita start dengan cat dulu. Untuk cat dinding putih tu, saya pakai cat putih dinding biasa, yang ni senang jumpa dekat kedai diy, cakap je nak cat putih dinding biasa.
Untuk dinding kayu pulak, saya pakai cat brand Nippon Paint. Untuk cat dinding kayu ni, perlukan cat undercoat dan odourlite matte finish for wood and metal. Mula-mula saya nak skip cat undercoat, tapi orang kedai tu cakap cat undercoat penting sebab kalau tak cat undercoat nanti warna biru tu tak naik, lagi-lagi warna asal kayu tu dah memang gelap. Dan disebabkan idea saya nak cat matte untuk dinding kayu ni, jadi perlu pergi ke kedai cat khas Nippon untuk bancuh cat custom warna tu, sebab kedai diy biasa jarang jumpa cat kayu jenis ni, kebanyakannya jual cat kayu yg jenis “glossy”. Sebab bagi saya kalau cat “glossy” nanti terang benderang bilik sebab dia jenis kilat dan reflect cahaya.
Anggaran Harga:
1. Undercoat: RM50
2. Odourlite for Wood: RM130
Jadi selepas cat undercoat, kena biarkan seharian untuk betul-betul kering, sebab kalau tak nanti dia campur dengan cat finishing tu. Jadi selepas betul-betul kering, baru saya sambung dengan cat finishing warna biru tu. Untuk cat finishing pulak, perlukan 2 layer untuk kasi warna dia betul-betul “naik”. Jadi cat satu layer, biarkan seharian, baru cat second layer.
FURNITURE
Untuk barangan perabot pula, ok kita mulakan dengan katil dan tilam dulu lah. Untuk katil dan tilam, saya tukar katil daripada katil single ke queen sebab dah tinggal sorang, jadi sebab tu tukar ke katil queen, lagipun nanti kalau dah berkahwin ke takpun abang kakak balik sini bilik ni boleh digunakan satu family.
Anggaran Harga:
1. Katil & Tilam: RM1000
Untuk meja pula, saya pakai balik meja yang saya guna dari zaman study kat rumah sewa, and meja ni beli dekat shopee.
Untuk kerusi pula, saya cari kerusi secondhand dekat carousell. Mula-mula cari kerusi gaming, tapi kerusi gaming yang sedap mahal sangat pulak, so saya cari kerusi office yang secondhand je. Kerusi yang saya pakai ni boleh tahan sedap ya, brand Haworth made in USA.
Untuk lantai, mula-mula saya nak buat vinyl flooring tu, tapi lepas kira-kira balik, agak overbudget jugak lah, so saya decide beli karpet je. Untuk karpet saya pakai ni, jenis tatami karpet, senang basuh dan harga pun ok jugak lah. Size karpet saya beli ni 7ft x 5ft (size L). Beli dekat GM Klang, harga kena pandai-pandai nego la ya hehe.
Anggaran Harga:
1. Tatami Karpet: RM60
Untuk lampu pula, saya beli lampu dekat kedai lampu area Puchong, kat sini ada banyak kedai lampu, so pilih je mana-mana kedai yang offer the best price. Kalau yang rasa jauh nak datang tu kan, boleh try cari dekat shopee, search je “pendant light”.
Anggaran Harga:
1. Lampu berserta mentol: RM70
Untuk kipas, saya cari dekat kedai elektrik, kipas brand Panasonic. Kenapa saya tambah kipas even dah ada aircond? of course sebab nak jimat elektrik punya pasal.
Anggaran Harga:
1. Kipas Siling: RM130
Untuk keseluruhannya, masa yang diperlukan saya untuk decorate semua ni ambil masa dalam 2 minggu, since sambil deco sambil kena siapkan assigment online jugak. Untuk budget, itu flexible, dan bergantung kepada jenis deco yang anda inginkan. Untuk deco saya ni, kalau tolak katil tilam dalam RM1k++, jadi apa-apa pun saya nasihatkan anda deco lah mengikut budget anda sendiri ya, dan banyakkan survey kedai dan online shop to get the best price.
Keputusan peperiksaan SPM 2020 yang diumumkan baru-baru ini meninggalkan momen yang sukar dilupakan oleh para pelajar yang terlibat.
Walaupun suasana sambutan berbeza berbanding dulu, namun tidak bermakna pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak diraikan.
Pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dalam satu perkongsian dengan berbesar hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang.
Wawa memuat naik perkongsian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dengan meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.
“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.
“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.
Tidak sekadar bercakap kosong, Wawa dilihat mengotakan janji nya. Menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.