Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Ads
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
Ads
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan kepada sahabatnya yang juga aktor, Fattah Amin sebagai tuduhan berat.
Ia sebagaimana yang dakwaan oleh bekas isteri Fattah, Nur Fazura selepas lafaz penceraian talak satu semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perkin mendedahkan Fattah seorang yang komited terhadap kerja. Malah Fattah dikatakan tidak pernah bercerita tentang hal-hal peribadi selain meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya. Tuduhan kononnya Fattah terlibat dengan wanita lain juga disangkal, kerana sepanjang penggambaran, rakan kerjanya tidak pernah melihat kelakuan yang mencurigakan dari pihak Fattah.
Malah, Fattah terus menjaga tanggungjawab agamanya, sering meminta masa untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya. Sebagai rakan dan kenalan, individu tersebut menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atas Fattah adalah tidak adil dan berharap beliau terus tabah menghadapi ujian ini.
Apa pun kita doa baik-baik semoga kemelut ini menemui noktah dan kembali membina hidup baru mengikut haluan masingn-masing.
Sumber: FB Perkin Ibrahim
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kubur Zara Qairina akan digali semula ikut peruntukan undang-undang. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan proses menggali semula kubur pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, dalam masa terdekat bagi tujuan bedah siasat. Tindakan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan langkah tersebut diambil selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti serta menilai laporan siasatan kes berkenaan. Penilaian itu mendapati prosedur ini penting untuk mendapatkan maklumat serta bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan.
“Aturan bagi proses menggali semula kubur dan bedah siasat jenazah akan dilakukan segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
“Prosedur ini adalah langkah penting untuk memastikan semua bukti dapat dikumpulkan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, PDRM kekal komited menegakkan keadilan dan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang, berpandukan fakta serta keterangan yang dikumpulkan.
“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
Sebelum ini, AGC turut mengesahkan keperluan menggali semula kubur remaja berusia 13 tahun itu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Keputusan tersebut dibuat selepas laporan siasatan awal PDRM dikaji sepenuhnya oleh jabatan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, keluarga mangsa membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang, termasuk permohonan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan inkues diadakan. Ia berikutan tiada bedah siasat dilakukan selepas beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu, kata peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.
Pada 6 Ogos lalu, AGC mengembalikan laporan siasatan awal kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes kematian pelajar itu.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai sebelum meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.
Walaupun dilahirkan tanpa anggota tangan dan kaki yang sempurna, Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 18, membuktikan semangatnya tidak mudah luntur. Beliau mencipta kejayaan tersendiri apabila diterima sebagai pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal pertama mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kampung Teris.
Menurut Nur Damia, dia bersyukur kerana akhirnya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya, walaupun sebelum ini berdepan pelbagai cabaran.
“Saya mula mengenali bidang ini sejak Tingkatan Empat melalui program SKM Tahap 1, kemudian menyambung ke Tahap 2 sewaktu di Tingkatan Lima. Selepas tamat SPM, saya tekad mahu ke Tahap 3.
“Tetapi sebelum ini, beberapa institusi menolak permohonan saya kerana keadaan fizikal saya tidak sesuai dengan kemudahan di tempat mereka.
“Jadi, apabila TTITC menerima saya, saya rasa sangat bersyukur dan gembira. Ini bukan sahaja untuk mencapai impian saya, tetapi juga untuk menunjukkan bahawa golongan seperti saya pun mampu berjaya,” katanya.
Beliau ditemui selepas menerima surat tawaran pengajian di TTITC yang disampaikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TTITC, Maliaman Kassim, baru-baru ini.
Ibunya, Rosnaini Mohamad, 47, berkata dia dan suami, Daeng Malis Ab Kahar, 53, sentiasa memberi dorongan kepada anak ketiga daripada empat beradik itu.
“Damia adalah inspirasi kepada kami sekeluarga. Kami yakin dia mampu menghadapi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian selama setahun ini.
“Setiap hari, saya dan suami akan bergilir-gilir menghantarnya ke TTITC yang jaraknya kira-kira 30 kilometer sehala, jadi keseluruhan perjalanan pergi balik sekitar 60 kilometer,” jelasnya.
Sementara itu, Maliaman yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu memaklumkan bahawa Nur Damia adalah pelajar OKU keempat yang diterima masuk ke pusat latihan tersebut.
“Sebelum ini, TTITC menerima tiga pelajar OKU dari kategori masalah pendengaran dan bisu. Kehadiran Nur Damia membuktikan TTITC sentiasa terbuka menerima pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk golongan kelainan upaya,” ujarnya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...