“Bayi Sihat & Isteri Juga Selamat.” Amar Bahrin Kongsi Berita Amyra Selamat Melahirkan Bayi Perempuan. Tahniah!

Share

Pelakon cantik manis,  Amyra Rosli  semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.

Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻

Perkongsian tersebut turut dimuat naik bersama sekeping gambar tanpa menunjukkan wajah bayi perempuannya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun.
.

IKLAN