Pelakon cantik manis, Amyra Rosli semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang benar, lain orang tentu lain cara mendidik anak-anak yang dipraktikkannya. Pun begitu, tujuan kita sebagai ibu dan ayah ketika mengajar anak-anak pasti mahukan anak-anak dapat belajar dengan sebaik mungkin dan faham apa yang cuba kita sampaikan. Sekali gus, menjadikan anak-anak ini seorang anak yang bijak pandai.
Mengetahui lanjut cara mengajar anak-anak di bawah umur 2 tahun, ayuh kita baca perkongsian daripada puan Maryam Jamadi ini untuk info bersama.
NAK ANAK BIJAK
Kadang-kadang saya garu kepala bila, anak lelaki, semua mainan kereta.
Anak perempuan, semua mainan anak patung.
Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.
Tidak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak. Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta.
Semua mainan penting.
Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus asalkan tak bahaya.
Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak:
1. Sentuhan 2. Keseimbangan dan pergerakan 3. Sendi 4. Visual 5. Auditori 6. Rasa 7. Bau
Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup. Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya.
Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada.
Contohnya nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan. Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria
1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal.
2. Auditori, anak dengar perkataan epal.
3. Visual, anak lihat buat epal.
4. Bau, anak bau epal.
5. Rasa, anak rasa epal.
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal.
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak.
Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama.
Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Bahagianya rumahtangga apabila isteri sentiasa ingin lakukan terbaik demi membahagiakan suami. Namun, jika niatnya bukan kerana Allah, maka sia-sia perbuatan itu.
Memang benar semua yang isteri lakukan untuk suami agar diri dihargai , namun seharusnya dengan niat kerana Allah. Barulah apa yang dilakukan itu dianggap ibadah. Ikutu perkongsian lelaki ini, Firdaus Syakirin dilaman facebooknya.
Kerana suami, atau kerana Allah s.w.t?
Something to ponder…
Bangun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan2, kerana suami, atau kerana Allah?
Masak tghari, ptg dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?
BUAT KERANA ALLAH
Kita tak pernah pun terfikir, “Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh, takut suami marah atau terpaksa buat…”
Klu niat kerana Allah, ianya jd ibadah dan dpt pahala…klu niat kerana manusia, kita xdpt apa2 dan kita akan mengharapkan manusia itu utk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yg kita telah buat kpdnya…ini yg seringkali membuatkan kita kecewa, ini yg seringkali membuatkan kita marah…ini yg seringkali menghampakan kita…
Sbb xdpt penghargaan setimpal dgn apa yg kita dh buat kpdnya…
Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala utk setiap perkara yg dilakukan anda, klu tidak didunia, maka di akhirat, klu tidak skrg, mgkin esok atau lusa…apa yg pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dgn kebaikan…
Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yg anda buat sebagai isteri adalah لله تعالى…Allah jualah yg dpt membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kpd seorang lelaki yg bernama suami…
Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yg sia-sia.
Sumber: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.