Ads

“Bukan Mudah Jaga Orang Tua Sakit, Ada Masa Cuma Mampu Menangis”, Nubhan Kongsi Cabaran Jaga Ibu

Menjaga ibu bapa yang sedang sakit bukanlah tanggungjawab yang mudah. Selain memerlukan kekuatan fizikal, seorang penjaga juga perlu mempunyai kesabaran serta ketahanan emosi yang tinggi untuk menghadapi pelbagai cabaran setiap hari.

Perkara itu diakui penyanyi dan usahawan, Nubhan, yang kini bersama adik-beradiknya berdepan ujian menjaga ibu tercinta, Badariah Omar atau lebih dikenali dengan nama Mak Jenny, yang sedang mengalami masalah kesihatan.

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, rasa penat, letih dan air mata yang mengalir bukanlah tanda seseorang anak tidak ikhlas atau kurang menyayangi ibu bapa mereka.

“Bukan Mudah Jaga Orang Tua Sakit, Ada Masa Cuma Mampu Menangis”, Nubhan Kongsi Cabaran Jaga Ibu
KEKAL bertahan, Nubhan mengakui berdepan cabaran yang tidak sedikit sepanjang menjaga ibunya, Mak Jenny yang kini terlantar sakit.

Nubhan Kongsi Realiti Menjaga Ibu Yang Sedang Sakit

Nubhan berkata, setiap manusia mempunyai batas tenaga dan emosi, terutama apabila perlu menguruskan insan tersayang yang sedang sakit dalam tempoh yang panjang.

“Betul orang cakap, bukan mudah nak jaga orang tua yang sakit. Ada masa kita kuat, penat dan cuma mampu menangis saja.

Bukan sebab tak ikhlas atau tak sayang tapi kita juga manusia, ada batas tenaga serta emosi,” katanya menerusi sebuah video.

Perkongsian jujur itu mendapat perhatian ramai kerana menggambarkan realiti sebenar yang dilalui oleh ramai individu yang menjadi penjaga kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur.

“Bukan Mudah Jaga Orang Tua Sakit, Ada Masa Cuma Mampu Menangis”, Nubhan Kongsi Cabaran Jaga Ibu

Ads

Ibu Nubhan Menjadi Lebih Sensitif Ketika Tidak Sihat

Berkongsi lanjut, Nubhan memaklumkan keadaan ibunya yang kurang sihat menyebabkan wanita itu menjadi lebih sensitif dan mudah beremosi.

Situasi tersebut bukan sahaja menguji kesabaran Nubhan serta adik-beradiknya, malah turut memberi cabaran kepada pembantu rumah yang membantu menguruskan ibunya setiap hari.

“Kasihan pembantu rumah yang jaga mak. Mak bila dia tak sihat ini memang agak emosi dan ragam sikit.

Sampai menangis pembantu rumah yang jaga mak. Kami adik-beradik pun hadap benda yang sama juga.

Tabik dekat kalian yang tengah jaga orang tua sakit. Memang mencabar mental dan fizikal. Semoga kami semua kuat serta tabah,” jelasnya.

Allah Mengetahui Setiap Pengorbanan Penjaga

Dalam masa sama, Nubhan turut menitipkan kata-kata semangat kepada semua individu yang sedang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur.

Ads

Beliau mengingatkan bahawa walaupun penjaga sering berdepan kekurangan tidur, keletihan fizikal dan tekanan emosi, setiap pengorbanan itu tidak pernah terlepas daripada pengetahuan Allah SWT.

“Untuk semua yang jaga mak ayah, yang tak cukup tidur, penat fizikal dan mental, kadang-kadang hampir hilang sabar, sabarlah.

Semoga Allah kuatkan hati kita. Mungkin orang tak nampak pengorbanan itu, tapi Allah nampak setiap satunya.

Hari ini mungkin terasa berat tapi mudah-mudahan setiap lelah itu menjadi jalan kita menuju syurga,” ujarnya.

Keadaan Kesihatan Ibu Nubhan Jadi Perhatian

Sebelum ini, Nubhan pernah berkongsi keadaan ibunya yang mesra disapa Mak Jenny selepas terjatuh sehingga mengalami patah tulang pinggul dan kaki sejak Jun lalu.

Sejak kejadian itu, beliau bersama ahli keluarga sentiasa bergilir-gilir memastikan ibunya menerima penjagaan terbaik sepanjang tempoh pemulihan.

Ads

Ramai peminat terus menitipkan doa agar Badariah Omar diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.

Pengorbanan Seorang Anak Tiada Nilainya

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Mak Jenny serta memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada Nubhan, ahli keluarganya dan semua individu yang sedang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur.

BACA LAGI : “Mak Mentua Tetap Mak Mentua”, Dr. Fie Doakan Mak Jenny Cepat Sihat

Sumber : Kosmo

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Kembali Diserang Cyst, Mohon Doa Dan...

Puteri Balqis berkongsi keadaan ibunya yang kembali diserang cyst sehingga tidak mampu berjalan. Pelakon itu turut memohon doa serta perkongsian pengalaman daripada orang ramai.