Ads

“Mak Mentua Tetap Mak Mentua”, Dr. Fie Doakan Mak Jenny Cepat Sihat

Bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr. Fie Tawfek, meluahkan rasa sedih selepas mengetahui keadaan kesihatan bekas ibu mentuanya, Mak Jenny yang dikhabarkan kurang sihat.

Walaupun hubungan rumah tangga antara dirinya dan Nubhan telah berakhir, Dr. Fie menegaskan bahawa rasa hormat terhadap Mak Jenny tidak pernah berubah. Baginya, hubungan sebagai ibu mentua tetap akan dihargai walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan sebagai keluarga melalui perkahwinan.

Dr. Fie berkata, dia mengetahui keadaan kesihatan Mak Jenny menerusi perkongsian yang tular di media sosial apabila wanita itu dilaporkan terjatuh sehingga mengalami keretakan.

“Mak Mentua Tetap Mak Mentua”, Dr. Fie Doakan Mak Jenny Cepat Sihat

Dr Fie Doakan Mak Jenny Walaupun Sudah Berpisah

Menurut Dr. Fie, status bekas ibu mentua tidak pernah mengubah rasa hormat yang disimpan terhadap Mak Jenny.

Ads

“Saya dengar juga cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, walaupun saya tak sempat berjumpa dan bersemuka mak mentua itu tetap mak mentua.

“Walaupun putus hubungan suami isteri tapi mak mentua tetap mak mentua,”

“Mak Mentua Tetap Mak Mentua”, Dr. Fie Doakan Mak Jenny Cepat Sihat

Doa Sentiasa Mengiringi Mak Jenny

Dalam masa sama, Dr. Fie berkata doanya sentiasa mengiringi Mak Jenny agar diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Beliau turut berkongsi bahawa dirinya pernah menjaga Mak Jenny ketika wanita itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami insiden terjatuh sebelum ini. Pengalaman tersebut membuatkan beliau memahami cabaran menjaga warga emas yang memerlukan perhatian dan kesabaran tinggi.

Ads

“Tapi memang Allah tahu doa saya itu sentiasa bersama dengan Mak Jenny. Sebelum ini pernah sekali yang dia jatuh dan saya pernah bersama-sama dengan dia di hospital. Jadi saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini.

“Jadi saya doa banyak-banyak untuk Mak Jenny cepat sihat,” luahnya.

Menurut Dr. Fie, menjaga ibu bapa yang sedang uzur bukan tugas yang mudah kerana ia memerlukan komitmen, kekuatan emosi dan pengorbanan daripada ahli keluarga.

Dr Fie Doakan Mak Jenny Dan Harap Nubhan Terus Berbakti

Selain mendoakan kesihatan Mak Jenny, Dr. Fie turut berharap agar Nubhan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaik mungkin sepanjang ibunya menjalani rawatan.

“Semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik sebab mungkin ini adalah satu peluang untuk dia jaga mak, tak perlu fikir benda lain.

“Anak-anak saya boleh fikirkan, jadi doa banyak-banyak supaya mak sihat, sembuh seperti sebelumnya. Saya nak dengar juga lagi suara mak di sosial media,” tambahnya.

Nubhan Kongsi Keadaan Kesihatan Mak Jenny

Terdahulu, Nubhan menarik perhatian ramai apabila berkongsi keadaan terkini ibunya menerusi akaun TikTok.

Ads

Penyanyi dan usahawan itu memaklumkan bahawa beliau tidak menyangka ibunya yang sebelum ini kelihatan aktif dan sihat akhirnya diuji dengan masalah kesihatan sehingga terlantar.

Semoga Mak Jenny dipermudahkan segala urusan rawatan, diberikan kesembuhan yang berpanjangan dan kembali sihat seperti sediakala.

BACA LAGI : Kesihatan Mak Jenny Makin Merosot, Nubhan Mohon Doa Ramai. “Dia Hanya Terbaring”

Sumber : IG Keluarga

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Bukan Raih Simpati”, Dua Beradik Hilang Kaki Kanan Tetap Gigih Jual...

Dua beradik berniaga cendol dari Temerloh bangkit selepas kehilangan kaki akibat kemalangan jalan raya. Kisah ketabahan mereka menyentuh hati dan menjadi inspirasi ramai.