Ads

Hargai Jasa Guru, Kieda Crepe Belikan Kipas & Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak!

Terkenal dengan sifat pemurahnya, usahawan berjaya Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru-guru anak bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berterima kasih kepada guru yang banyak bersabar dalam mendidik anak-anaknya malah ikhlah memberikan ilmu buat mereka.

Bagi meraikan guru anaknya itu, Kieda membawa hadiah itu ketika majlis sambutan hari guru yang diadakan di sekolah anak baru-baru ini.

Hargai Jasa Guru, Kieda Crepe Belikan Kipas & Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak!

“Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka.

Hargai Jasa Guru, Kieda Crepe Belikan Kipas & Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak!

Ads

“Tak tahu nak beli hadiah apa.

“Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kipas ini adalah hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, dan yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak,” tulisnya berkongsi.

Hargai Jasa Guru, Kieda Crepe Belikan Kipas & Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak!

Menerusi perkongsian video Kieda, dia bukan sahaja membeli malah turut membungkus kesemua hadiahnya satu persatu sehingga lewat malam demi menghargai guru-guru serta memberi kegembiraan pada anak-anaknya.

Ads

Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sifat pemurah Kieda malah tidak berkira bukan hanya dengan staf bahkan guru-guru yang mengajar sekolah anaknya.

 

@kiedacrepepenang Terima kasih cikgu kerana sabar melayan anak anak ku🤲🏻 #kiedacrepe ♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Ads

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

Bila BK Squad Kena Cari Juadah Bermula Dengan Huruf B Dan K! Agaknya Apa Yang Mereka Dapat Beli?

 

'Lepas Habis Pantang Terus Travel.' Azlan Andi Kongsi Rahsia Percutian Bajet Ke Seluruh Dunia

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Ombak KLCC Kini Dibuka! Hub Gaya Hidup Baharu Paling Menarik Untuk...

Ombak KLCC kini dibuka dengan ruang gaya hidup mesra keluarga, pilihan makanan serta pelbagai acara menarik sepanjang 2026 untuk diterokai.