
Alyssa Daguise jaga anak sendiri selepas bergelar ibu buat pertama kali, satu pengalaman yang cukup bermakna buat isteri kepada penyanyi Al Ghazali itu.
Mana tidaknya, kehadiran cahaya mata sulung mereka, Soleil Zephora Ghazali bukan sahaja melengkapkan kehidupan rumah tangga, malah membuka lembaran baharu buat pasangan ini sebagai ibu dan ayah.
Menarik perhatian ramai apabila Al Ghazali mendedahkan isterinya memilih untuk tidak menggunakan khidmat pengasuh atau babysitter bagi menjaga anak sulung mereka.
Menurut Al, keputusan itu dibuat kerana Alyssa mahu menikmati sendiri pengalaman bergelar ibu selain membina ikatan emosi yang lebih rapat dengan bayi mereka sejak awal kelahiran.

Alyssa Daguise Jaga Anak Sendiri Tanpa Babysitter
Dalam perkongsian bersama detikHot, Al memberitahu Alyssa tidak mahu terlalu bergantung kepada bantuan orang lain dalam urusan menjaga anak mereka.
“Babysitter… tak, Alyssa tak mahu pakai babysitter,” katanya.
Bagi Alyssa, fasa awal kelahiran adalah waktu yang cukup berharga untuk seorang ibu mengenali anaknya. Setiap detik seperti mendukung, menenangkan tangisan, memerhati wajah kecil si anak dan membiasakan diri dengan rutin baharu pastinya menjadi kenangan yang tidak ternilai.
Malah, keputusan itu juga dibuat kerana Alyssa mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Soleil tanpa menyerahkan tanggungjawab penjagaan sepenuhnya kepada orang lain.
Mahu Rasai Sendiri Momen Bergelar Ibu
Keputusan Alyssa Daguise jaga anak sendiri turut menunjukkan betapa besarnya keinginan seorang ibu untuk melalui sendiri setiap fasa awal membesarkan anak.
Walaupun fasa selepas bersalin bukan sesuatu yang mudah, pengalaman itu tetap menjadi kenangan istimewa yang sukar diganti. Dari waktu berjaga malam, menyusu, menenangkan bayi menangis sehinggalah menyesuaikan diri dengan rutin baharu, semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan seorang ibu.
Bagi ibu baharu, tempoh ini juga boleh menjadi ruang untuk lebih memahami keperluan bayi. Setiap tangisan, gerak tubuh dan perubahan kecil pada si manja perlahan-lahan mengajar ibu untuk lebih peka dan sabar.

Demi Eratkan Bonding Ibu Dan Anak
Dalam pada itu, Al menjelaskan keputusan isterinya itu juga berkait rapat dengan usaha membina bonding antara ibu dan anak.
“Ya mungkin untuk bonding. Kalau ada babysitter pun sekadar bantu untuk perkara kecil, bukan jaga sepenuhnya,” jelasnya.
Perkongsian ini nyata dekat dengan hati ramai ibu bapa, khususnya mereka yang memahami betapa pentingnya tempoh awal selepas kelahiran bayi.
Fasa ini bukan sahaja mencabar dari segi fizikal dan emosi, tetapi juga menjadi waktu penting untuk ibu menyesuaikan diri dengan peranan baharu. Dalam tempoh inilah ibu mula mengenali tangisan bayi, waktu tidur, keperluan menyusu dan cara terbaik menenangkan si kecil.
Kelahiran Soleil Zephora Ghazali Lengkapkan Rumah Tangga
Pada 10 Mei lalu, Alyssa yang juga menantu kepada komposer terkenal Ahmad Dhani selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.16 pagi.
Kelahiran Soleil Zephora Ghazali pastinya membawa sinar baharu dalam kehidupan Alyssa dan Al Ghazali. Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak pertama menjadi pelengkap kebahagiaan mereka sebagai sebuah keluarga kecil.
Untuk rekod, Al Ghazali dan Alyssa mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025 di Hotel The St. Regis Jakarta, Indonesia.
Apa pun pilihan setiap ibu bapa dalam membesarkan anak, sama ada mendapatkan bantuan pengasuh atau menjaga sendiri, yang paling utama adalah kasih sayang, perhatian dan keselamatan si kecil sentiasa diutamakan.
Bagi Alyssa, peluang menjaga sendiri anak sulungnya menjadi cara terbaik untuk menikmati indahnya perjalanan baharu sebagai seorang ibu.
BACA LAGI : “Bukan Tak Nak Panggil Babysitter Datang Hari-hari Tapi..” Mira Filzah Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




