Sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan berseri apabila kerajaan dalam satu pengumuman bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Foto: Bernama
Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.
Ads
“Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
“Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya semasa sidang media pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.
Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
Foto: The Star
Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ads
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan. Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gara-gara pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia banyak sektor ekonomi terjejas termasuk industri penerbangan.
Malaysia turut terkesan akibat serangan virus yang bahaya ini. Ekoran itu, negara terpaksa mengambil dasar ‘tutup pintu’ buat sementara waktu untuk sebarang pelancongan di luar negara bagi mengelak penularan wabak ini.
Impaknya telah mengakibatkan ramai pekerja industri penerbangan ditamatkan perkhidmatan
Begitulah juga yang dilalui oleh seorang juruterbang ini yang dikenali sebagai Captain Azrin Mohamad Zawawi yang kini membuka gerai makanan di Subang dengan nama Kapten Corner.
Menerusi perkongsian bapa beliau menerusi facebook miliknya, Mohamad Zawawi Ahmad mewar-warkan agar datang ke gerai makanan anaknya yang menjual mee kari, meehoon sup, laksa utara dan rojak buah.
Menurutnya lagi, tidak tahu sampai bila anaknya akan memakai kembali uniform itu ekoran kemelut industri penerbangan kini.
Dalam pada itu, perkongsian ini telah mendapat pujian daripada warganet.
Rata-rata mengucapkan tahniah usaha yang dilakukan oleh captain ini. Malah gerai makanan ini turut dipuji dengan kebersihannya.
Apa yang pasti, tidak toleh kebelakang lagi bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Biarpun jauh beza kerjaya dulu dengan sekarang, namun ia tetap mempunyai misi yang sama iaitu untuk memastikan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Sumber: Mohamad Zawawi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu, juga menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP).
Pelbagai gelagat dan karenah anak-anak dikongsikan di media sosial. Tak kurang juga luahan rasa ibu bapa yang teruja, sedih dan dalam masa yang sama gembira kerana anak-anak sudah mula bersekolah kembali.
Turut sama berkongsi momen anakp-anak memulakan sesi persekolahan adalah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Islam. Menerusi laman instagramnya, ibu kepada enam cahaya mata ini meluahkan rasa sebak memandangkan semua anak-anaknya sudah mula bersekolah serentak.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim… Aku melepaskan dan aku ibu redha dgn anak anak ku utk ke sekolah, Dan dengan bantuan,Rahmat serta kasih sayangMu engkau pelihara la anak anak ku dalam jagaan MU YA RABBI 🙏🏻Hanya Kepada MU…
Nak nanggis rasa pagi ni,How Time flies 😢Anak anak mummy semua dah sekolah .. baby @ahmetreaggan bulan 7 ni 3 tahun,baby @noraurora2018 bulan 12 nanti 3 tahun.. Abg @adorablealiff bulan 4 nanti ni masuk 5 tahun.. MasyaAllah Anak anak Ku,besar dah sayang Mom ❤️ #alhamdulillah semua suka school
Kakak @noranggerikrenesmee2013 bulan 9 ni masuk 8tahun,Dan Today First day start balik masuk school,pagi pukul 6 anggerik dah bangun,pukul 7pagi dah kuar rumah..
Kakak @noranggunraverra tahun ni bulan 11 masuk 9tahun, dan Abg @nor_adam_daniel hujung bulan 3 ni masuk 13tahun ..Dua2 masih lagi ONLINE CLASS..
Ya Allah Ya Rabbi,Hanya Engkau Yg Maha Pelindung dan Maha Cinta Dgn Penuh Kasih Sayang..Cintai la Anak Anak Ku Dalam Rahmat Serta Kasih Sayang MU 🙏🏻 Jagain la mereka sentiasa 🤲 ..Jagain La Ke semua Anak anak Yg sudah masuk sekolah🙏🏻 #InsyaAllahDoaIbuTiadaHijab
Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011, dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael, Nor Ahmed Al- Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Selain itu, Rabecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel serta dua anak tiri.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...