Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.
Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau kentut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.
Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?
Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Air rebusan daun pandan
Bahan-bahan:
Ads
Berapa helai daun pandan
2 inci halia-diketuk
1 ketul gula batu
Cara penyediaan :
Ads
Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas.
2. Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Ads
Manfaat minuman ini
Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan. Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada facebook juga, tak sangka memang serasi dengan badan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.
Kebiasaannya bab membeli keperluan raya ini diletakkan di bahu kaum ibu. Kebanyakan mereka lah yang menentukan warna, corak, trend untuk keluarga manakala kaum bapa hanya menurut sahaja. Selain malas memikirkan hal remeh sebegini, ia juga satu cara mengelak dari berlaku sengketa antara suami isteri andai idea masing-masing tidak diterima.
Begitu juga seperti yang dikongsikan oleh Syafiq Ridhwan. Pada awalnya, si isteri telah menetapkan warna tema untuk baju mereka. Namun, si iste bertukar fikiran setelah melihat ada lagi yang lebih cantik di matanya. Memikirkan raya hanya setahun sekali, dia memberikan kemenangan buat isterinya.
Beberapa hari lepas, saya baru berkesempatan nak cari baju raya. Rancangnya nak beli puasa pertama, tapi disebabkan ada beberapa perkara perlu nak diselesaikan, maka baru ini ada masa untuk mencari.
Bini dah kabor awal-awal, tahun ini tema kami mesti warna hijau mint. Jadi bersandarkan kepada kenyataan bini tadi, maka saya pun setkan dalam fikiran saya,
“Hijau mint! Hijau mint! Suka atau tidak, aku akan cari hijau mint!”
Maka, bila tiba sahaja di kedai pertama, dengan tak toleh kiri kanan, pantas saya bertanya.
“Pakcik, warna hijau mint ada?”
Tenang je pakcik yang baca surat khabar tu menggelengkan kepala. Saya pun tunjuk jari good sambil mahu berlalu pergi.
Dari jauh lagi saya dah perasan bini tengah usha satu baju warna pink belacan.
“Ibu, ibu, jom. Kat sini tak ada” bagitahu saya kepada bini sambil menghulurkan isyarat untuk bergerak ke kedai lain.
Dengan perlahan dia menuruti.
Berlalu ke kedai nombor dua pun, masih tiada baju yang saya cari. Hinggalah kami tiba di kedai yang ke berapa belas entah, akhirnya.
“Yeah! Baju ni saya mahukan kak. Gigih saya mencari baju warna ni. Jenis pulak tak ada pesak, memang saya suka” beritahu saya teruja kepada akak yang berniaga tersebut.
Yela, mana tak happy, kau dah tawaf semua bazar tu hampir satu pusingan penuh dan kau jumpa apa yang kau cari, mahu tak melompat kan.
Namun, secara tiba-tiba,
Kedengaran satu suara, sayup-sayup je menerjah gegendang telinga saya.
“Bang, baby blue ni cantik juga”
“Omg” gumam saya sambil menelan air liur. Ia seolah-olah sudah berada di dalam jangkaan saya sebenarnya.
“Bang, hijau mint ni susah juga cari design latest baju perempuannya”
“Habisss”perlahan je saya bercakap dalam hati.
“Kalau baby blue ni, padan sikit dengan design baju yang saya nak beli. Abang rasa macam mana?
Saya masih kaku di situ. Tidak bergerak.
“Atau abang rasa pink belacan tadi okay? Yang itu saya pernah jumpa dekat satu kedai area kota tinggi. Warna tu ada design yang saya minat”
Saya yang bergetar badan masih lagi memegang baju hijau mint tadi. Perlahan sahaja saya panggil akak tu semula,
“Kak, akak pegang dulu sat. Saya nak bermusyawarah dengan bini saya kejap” hulur saya sambil tersenyum.
Saya menarik bini ketepi. Kami mula berdiskusi dengan ilmiah. Agak lama juga kami berbincang sambil berdiri berhadapan dengan kedai tersebut.
Maka, selepas 10 minit perbincangan, disebabkan isteri berjaya meyakinkan saya untuk mencari di kedai-kedai yang dia dah listkan, maka kami pun berlalu pergi.
Sayang bini woi!
Kesimpulannya, kepada geng suami-suami yang nak beli baju melayu, silalah pastikan kalian membeli baju isteri terlebih dahulu.
Ya betul, warna akan menjadi keutamaan. Isteri boleh cakap semua warna yang terlintas di dalam pemikiran dia, akan tetapi di atas warna akan ada satu lagi faktor penentu sama ada baju itu dibeli atau tidak.
Gambar sekadar hiasan
”Design”
Baju warna lawa tapi design tak menepati citatarasa dia pun, dia tak nak dah. Baju warnalah pastel elok macam mana sekalipun, kalau design dah tak ngam dengan jiwa dia pun, dia tak minat untuk membeli.
Dan minat dan mood ni saling berkait rapat. Percayalah, disebabkan baju yang dibeli tak seperti dia mahu, pagi raya tu akan sama je seperti hari-hari biasa. Berjaga-jaga!
Jadi, eloklah bagi dia beli dulu. Layan je. Raya ni setahun sekali kan.
Gambar sekadar hiasan
*************
Sayup-sayup kedengaran lagu raya Sepahtu mengiringi pemergian kami,
“Pakat pilih kain apa, kain satin sutera, cantik juga kain rayon, tidak kurang kain chiffon”
Kita sudah melihat usaha anak-anak dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.
Dan kini tinggal beberapa hari lagi, tibalah masa untuk mereka hadapi detik peperiksaan yang pastinya cukup mendebarkan.
Lantas kita sebagai ibu dan ayah, cubalah bacakan zikir yang disarankan oleh Ustazah Norhafizah Musa sebagai usaha saat anak sedang berada di dalam peperiksaan.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Rosmanita Elin diakaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
Mak ayah yang ada anak nak tempoh peperiksaan Srai, upkk, upsr,pt3 dan Spm amalkan zikir ini kekuatannya dari asmaul husna….
(Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di Tanjung Karang). Kekuatan Asmaul husna.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..
Mudah-mudahan perkongisan ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna…
Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
Pengusaha spa disimbah asid pelanggan berpurdah selamat jalani pembedahan. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.