MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap bulan kita akan melunaskan bayaran loan rumah kepada bank dan pasti ada di antara kita sudah pun hampir membayar penuh pinjaman perumahan mereka.
Ketika itu, mungkin sudah ada yang membayangkan akan mendapat geran asal rumah tersebut di bank tidak lama lagi.
Namun tahukah anda, untuk mendapatkan geran asal yang mana tertera nama kita sebagai pemilik mutlak bukanlah semudah datang ke kaunter bank untuk mrngambil geran tersebut. Ada seperkara perlu dilakukan oleh pemilik rumah dan ini dikongsikan oleh Tuan Salkukhairi yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan hartanah. Ini perkongsiannya.
Loan rumah dah habis bayar dengan bank.
Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara otomatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank diaorang terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah tu.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran.
Kemudian barulah rumah tu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya.
Macam mana nak buat urusan pelepasan gadaian tu?
Mai saya ajar anda langkah mudah untuk buat urusan pelepasan gadaian tu. Tak susah mana pun sebenarnya.
Pastinya ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai, semarak kasih sayang harus sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup.
Justeru itu, jom kita semak 8 panduan mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat
1. Buang syak wasangka
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.
2. Betulkan mana yang silap
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!
3. Luah apa yang dirasa
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.
4. Pukau pasangan dengan kasih sayang
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra.
Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.
5. Buat kejutan
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.
6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.
Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.
7. Kualiti masa bersama
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam adalah masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur.
Jadi, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri. Misalnya, menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.
Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami isteri dan anak-anak.
8. Doa
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali ketika qada hajat (buang air kecil atau besar).
Insya Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.
Akad besar maknanya dalam kehidupan berumahtangga. Kuasa akad inilah yang mencetuskan segala rasa bahagia apabila disahkan sebagai suami isteri. Salah satu kuasa yang hebat kuasa pelukan suami isteri. Mudah.
Tak susah pun nak rasa bahagia, peluk dengan ikhas sahaja dah buat isteri atau suami rasa lega.
Menurut Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, menerusi kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Jerman berkata, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan lebih panjang umurnya sebanyak lima tahun. Kajian ini membincangkan kaitan antara sentuhan dan tahap kesihatan seseorang individu.
Kajian juga membuktikan pelukan setiap pagi mampu membuat sistem reproduktif wanita lebih cergas dan aktif dengan kuasa pelukan ini.
Jadi bagaimana? Mari bentuk semula kuasa pelukan ini sebelum anda melangkah ke pejabat dan lihat bagaimana semua ini memainkan peranan cukup penting dalam keutuhan rumah tangga anda.
Kenapa Kena Peluk?
Seseorang itu dikatakan panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Pelukan ringkas dan tidak bernafsu sebenarnya cukup disarankan setiap pagi, sebelum anda melangkah ke pejabat. Sebelum keluar rumah, peluklah seketika isteri dan kucup keningnya tanda anda menyayanginya.
Remeh pada anda, namun besar maknanya pada si isteri. Ia umpama terapi diri yang dapat melancarkan pembuluh darah ke seluruh anggota tubuh dan pembakar semangat untuk isteri melakukan kerja-kerjanya sepanjang hari. Bukan hanya cantik tetapi bahagia di dalamnya.
Perlu Tahu! 1. Kaji selidik menunjukkan pelukan sang suami kepada isteri mampu gembirakan dan sembuhkan hati isteri yang gundah gulana dan bimbang.
2. Jika anda bersedih, mintalah suami memeluk anda dengan erat supaya ia mampu dilepaskan dan anda akan kembali tenang. Bukan pelukan bernafsu, tetapi lebih kepada penyejukan hati dan buat anda rasa lebih selesa dan selamat di sisinya.
3. Ketika memeluk, dekatkan kepala atau tubuh pasangan ke tubuh kita. Cantuman dan ekanan dari hati ke hati membolehkan pasangan berlaku jujur di antara satu sama lain.
4. Setiap sentuhan lembut anda di pinggang, punggung baik di kawasan belakang badan mencerminkan kejujuran dan kepercayaan yang utuh kedua pasangan. Ini membantu komunikasi terbuka dan lebih jujur. Usaplah tubuh isteri dengan lembut dan pandang matanya ketika berpelukan. Rangkulnya erat dalam pelukan anda.
5. Pelukan dapat melumpuh dan meredakan otot-otot tubuh sekali gus tekanan dalam tubuh. Ketika isteri sedang sakit sama ada senggugut, migrain atau masalah sakit lain, pegang tangannya dan peluklah dia erat supaya meredakan kesakitan yang dialaminya.
6. Hormon yang terhasil akan meningkatkan pengaliran darah secara sempurna ke dalam tisu-tisu lembut. Belai dan urut lembuttangannya mesra dan beri dia kucupan paling istimewa. Biarkan dia berbaring lena dalam pelukan anda. Tidak mampu membantu secara teknikal, bantuan psikologi sudah cukup meredakan isteri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di