Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Jika Nak Kekal Hijau & Tahan lama Sampai 2 Bulan!

Share

Daun pisang banyak digunakan dalam penyediaan kuih dan masakan. Antaranya sebagai pelapik nasi lemak yang bukan sahaja selamat digunakan malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.

Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan

ini.

Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.

Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.

Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.

IKLAN