Begini Cara Buat Roti Arab Jadi Lebih Lembut. Rupanya Cara Nak Buat Mudah Ajer!

Share

Menu makanan arab sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga dan majlis keraian. Makanan Arab memang unik dan enak dengan rasa yang tersendiri. Ia bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak.

Salah satu hidangan, yang enak adalah roti arab. Nak buat pun mudah. Ikuti perkongsian ini jika mahu mencuba buat sendiri roti arab.

Roti Arab

500 gm tepung gandum
1 sdb yis
1 sdb susu tepung
2 sdb butter
2 sdb gula
1 biji telor


1 cawan air
Garam

Cara penyediaan

Satukan semua bahan dah uli sehingga elastik.
Biarkan adunan sehinggan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk2 adunan untuk buang angin dlm tepung dan bentukkan bulat2 ikut besar mana kita nak.


Sy bahagikan kepada 10 bahagian
Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit.


(Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat, dulang tu sapu sikit butter atau minyak). Bakar 150c selama 20 minit
Siap.

Kredit: Reen Kitchen

IKLAN