Begini Cara Buat Udang Nestum Paling Simple, Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Resipinya!

Share

Apa agaknya menu untuk keluarga anda hari ini? Mungkin ada yang tengah belek-belek resipi kan.

Nak cuba resipi Udang Nestum tak? Bunyi macam menarik kan, cara buat pun simple je ni. Admin kongsikan resipi dari puan Nor Azian Iskandar. Selamat mencuba!

Ni udang nestum yg dah siap…memang terbaekkkkkk ahhahaha puji diri sendirikkk

Hai…


Hari ni saya nak share cara saya buat Udang Nestum…

Bahan bahan
45 ekor udang size sederhana,digoreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
5ulas bwg putih
1 biji lada besar merah/lada merah cili api
2 sudu butter
6 sudu nestum
2 tangkai daun kari

Cara caranya
Tumis daun kari,kemudian masukkan bawang dan lada.Bawang dan lada tu sy chopped.
Bila dah naik bau,masukkan udang yang dah digoreng salut tepung tadi.Kacau sekejap bagi dia mesra.
Masukkan nestum,dan gaul hingga meliputi semua udang.

Okeh,ni udang yg dah goreng tepung,ketepikan dulu.
Masukkan butter.
Masukkan daun kari,biarkan sekejap.sedap wehhh bau diaa
Masukkan pula bawang putih dan lada
Masukkan udang.
Gaul gaul kejap kemudian masukkan nestum.
Gaul gaul lagi…taraaaa siap dah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

Siap!
Selamat mencuba!

IKLAN