Menjadi ibu bapa ini banyak cabarannya. Pelbagai ilmu keibubaan perlu diketahui.Perkongsian oleh puan NoorAfidahAbuBakar amat bermanfaat bersama dalam mendidik anak zaman yang mencabar ini dengan teknologi dan pengaruh internet tanpa had.
1. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK.
Disiplin berkait rapat dengan perhatian yang diberikan ibubapa kepada anak-anak.
Bagi ibubapa yang bekerja ‘shift’ atau bekerja luar kawasan atau anak tinggal di asrama, tiada alasan sekarang untuk tidak dapat meluangkan ‘masa’ bersama-sama dengan anak-anak. Teknologi semakin canggih sekarang ini dan teknologi menyediakan pelbagai medium untuk kita berhubung dengan anak-anak melalui video dan panggilan.
Sibuk mencari duit bukan lagi alasan.
‘Outstation’ bukan lagi penyebab hubungan yang renggang.
Terdapat juga ibubapa yang “present but absent” terutamanya dalam zaman gajet dan media sosial ini. ‘Technoference’ atau godaan teknologi mengurangkan lagi masa ibubapa yang sudah sememangnya kurang bersama anak-anak.
Bukan sahaja anak ketagih gajet, ibubapa juga tidak boleh meninggalkan gajet.
Ada ibubapa yang menjadi PERMISIF dengan anak kerana merasa bersalah tidak dapat meluangkan masa dengan anak. Mereka takut kiranya mereka tegas dan berkeras anak akan memberontak, anak akan kecil hati, anak akan lari kerana mereka tidak luangkan masa secukupnya.
Anak-anak ini menjadi besar kepala.
Ada juga ibubapa yang menjadi AUTORITARIAN, garang tanpa pertimbangan tidak bertempat kerana ingin membuktikan kepada sesetengah pihak yang dia sebenarnya ibubapa yang peduli, sedangkan dia tidak langsung faham keperluan anak kerana tidak pernah meluangkan masa.
Anak-anak ini memberontak
2. RUMAH PERLUKAN STRUKTUR DAN PERATURAN.
Ibubapa perlu TEGAS DAN KONSISTEN tentang waktu bangun anak, waktu tidur anak, waktu makan, waktu solat, waktu bermain, waktu belajar dan waktu bersama keluarga. Rutin yang sudah dibiasakan dari kecil inilah yang akan mendisiplinkan anak remaja agar tidak keluar malam berpeleseran tanpa haluan. Apabila dari kecil anak dibiarkan atau sering dibawa keluar malam-malam, maka siang atau malam tidak ada bezanya bagi anak.
Jika anak tidak biasa dari kecil dengan hidup berperaturan dalam rumah, maka di sekolah pun dia tidak tahu hidup berperaturan ataupun tidak kisah dan tidak peduli akan peraturan, tidak peduli kesan tindakannya terhadap orang lain.
Kata mereka
“Jika ibubapa saya di rumah pun tidak kisah, kenapa kamu harus kisah?” ataupun
“Ibubapa saya tahu apa yang saya buat, kenapa kamu peduli?”
Apabila anak mengikut peraturan di rumah, perlulah ada pujian dan ganjarannya.
Jika melanggar peraturan di rumah perlulah ada hukumannya.
Peraturan tanpa ganjaran dan hukuman hanyalah senarai yang kelihatan cantik di kertas dan tidak berupaya untuk membentuk tingkah laku anak.
Ads
3. DI MANA ADAB?
Banyak adab yang semakin terhakis dalam masyarakat hari ini. Perilaku yang tidak beradab, bahasa yang tidak beradab galak ditularkan dan menjadi kebanggan bagi sesetengah pihak.
Mereka yang lembut dan beradab di anggap lembik dan cengeng, sedangkan mereka yang tidak beradab tidak segan silu mengangkat diri mereka sendiri sebagai hero yang gagah dan pembela.
Bercelaru sungguh masyarakat kita.
Moto “Mati kubur lain-lain” dan “Ini antara saya dengan Allah” dalam konteks yang salah, kian menjadi amalan bagi orang dewasa dan juga remaja yang tidak segan silu memaparkan kehidupan yang tidak beradab dan tidak berakhlak di media sosial.
Walau teknologi berkembang sepesat mana sekalipun, walau ‘urban’ sekalipun diri kita ini, nilai dan adab harus terus ditanam dan dikekalkan dalam rumah. Anak-anak yang belum cukup akal mudah terpengaruh dengan pegangan yang sebegini apabila mereka melihatnya di televisyen dan media sosial.
Bertegaslah dengan adab.
Latih dan bimbing anak untuk menilai amalan yang beradab dan tidak beradab di persekitaran dan di media.
Jika kehidupan ibubapa sendiri penuh kesombongan dan tidak beradab sesama manusia, bagaimana kita mengharapkan agar adab itu ada pada kanak-kanak dan remaja kita?
4. HORMATILAH KANAK-KANAK DAN REMAJA.
Hormat adalah proses dua hala.
Hormat melibatkan orang dewasa menghormati kanak-kanak dan kanak-kanak menghormati orang dewasa.
Ads
Disiplin anak berkait rapat dengan rasa hormat anak kepada orang di sekelilingnya.
Dengar pendapat anak, dengar cerita anak, dengar luahan hati anak, dengar rasa tidak puas hati anak, dengar kegembiraan anak, dengar tentang kisah anak di sekolah, kisah anak di tadika, kisah anak di taska, kisah kawan-kawan anak, dan dengar untuk fahami tentang kesukaran dan kekurangan anak.
Kenapa ini penting?
Jika kita mendengar cakap anak, anak akan mendengar cakap kita.
MENDENGAR BUKANLAH MENURUT.
Jikalau anak-anak rasa dihormati oleh ibubapa dan orang dewasa di sekeliling, dia akan tahu bagaimana caranya untuk menghormati orang lain.
Anak yang tidak menghormati orang lain adalah anak yang tidak pernah dihormati. Dia hanya sering dikritik, disindir dikasari, diherdik, dicemuh, dimarah, dan diejek.
Itulah sahaja corak komunikasi dalam kehidupan seharian.
Dia memilih rakan dari kalangan anak-anak lain yang senasib dengannya juga sehingga wujudlah ‘herd mentality’ di mana masing-masing saling menyokong tindakan yang salah dan tidak baik.
5. ANAK PERLUKAN TANGGUNGJAWAB.
Ads
Berilah kerja rumah yang bersesuaian dengan usia anak, walaupun anak itu masih kecil.
Anak remaja perlu diberi tanggungjawab. Tanpa tanggungjawab, mereka akan hanya berkurung dalam bilik dengan gajet, dan dengan ‘earphone’ dan akhirnya keluar dengan kawan-kawan apabila kebosanan di rumah.
Apabila anak sudah remaja dan dewasa baru hendak disuruh itu ini, mereka tidak mahu, kerana mereka tidak biasa dilatih dari kecil.
Meminta anak membantu dengan kerja rumah akan membina hubungan yang rapat antara ibubapa dan anak-anak. Walaupun kita ada kudrat dan tenaga untuk melakukan sesuatu tugasan, minta tolonglah dengan anak-anak, beri arahan kepada mereka untuk membantu.
Anak yang tidak diberi tanggungjawab tidak akan faham erti tanggungjawab terhadap diri sendiri, terhadap keluarga, terhadap guru dan terhadap masyarakat. Mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri sehingga membawa kerosakan dan kemudaratan.
6. PANTAU KONTEN SKRIN ANAK.
Terlalu banyak bahan dan konten yang tidak sesuai di media dan internet yang mempromosikan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai dan adab masyarakat kita.
Pendedahan kepada konten di media akan menjadi asas disiplin dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja. Jika anak-anak dibiarkan menggunakan gajet tanpa tapisan dan pemantauan, mereka akan menjadi sepertimana idola mereka yang ditonton, ditatap dan dikagumi saban hari.
Bahasa yang mereka gunakan juga ditiru sepertimana idola mereka, isyarat tubuh (gesture) juga seperti yang ditunjukkan oleh idola mereka, gaya hidup juga seperti yang diamalkan oleh idola mereka.
Jika positif perilaku idola mereka, maka positiflah perilaku anak-anak juga.
Ibubapa dan orang dewasa perlu menjadi idola yang baik bagi kanak-kanak dan remaja. Mereka memerhatikan kita dan mereka meniru kita.
“Jika orang dewasa boleh, kenapa kami tidak boleh?” soal mereka.
“Jika bahasa dan perangai orang dewasa yang kami lihat tidaklah baik, jadi kenapa kami dihukum jika bahasa dan perangai kami begitu?” soal mereka lagi.
Kemenjadian seorang anak bukanlah bergantung pada satu faktor sahaja. Semua faktor di atas berkait rapat antara satu sama lain dan semuanya terletak di bahu ibubapa sebagai guru dan pendidik utama anak-anak.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber: FB Parent Connect
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular dimedia social mengenai isu bankrap yang melibatkan golongan sector awam dan swasta. Difahamkan ia berlaku disebabkan pinjaman peribadi dengan pelbagai tujuan.
Antara tujuan adalah untuk membeli kenderaan, ubah suai rumah, percutian dan simpanan kecemasan. Namun natijahnya peminjam tidak mampu membuat bayaran balik mengikut waktu yang ditetapkan kerana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Merujuk kepada perkongsian penasihat kewangan, Zulkifli Shafie mengamalkan cara hidup sederhana adalah cara terbaik untuk menguruskan kewangan cara berhemah. Ikuti perkongsian beliau mengenai pengurusan kewangan yang betul.
Walaupun banyak pilihan makanan, selalunya menu rahmah (harga tak lebih RM5.00) juga yang kena selera saya. Sejak dulu sampai sekarang.
Dulu pilih menu rahmah sebab itu jer yang mampu. Satu lauk, sayur sikit, letak kuah dan air suam. RM3.00. Itu harga menu rahmah kira-kira 15 – 20 tahun dulu.
Tapi sampai sekarang saya masih lagi pilih menu rahmah, sebab memang itu yang kena dengan selera saya.
Harga seketul hati ayam, dua ketul pedal, telur masin separuh, nasi separuh (tak larat makan sepinggan), dan air suam. RM5.00 semuanya. Alhamdulillah.
Kos sara hidup masih rahmah Walaupun harganya rahmah, pada saya ini sudah cukup mewah. Mewah dan menyelerakan. Alhamdulillah.
Kalau kita perhatikan, kos sara hidup selalunya tak besar. Yang besar tu kos gaya hidup.
Kos makan kenyang, kos pakaian, kos tempat berteduh, kos bergerak dari point A ke point B masih lagi rahmah.
Pilih Menu Rahmah
Tapi kos gaya hidup memanglah tak pernah rahmah.
Harga secawan kopi berjenama tu boleh makan kenyang sehari. Kos lepak di tempat-tempat ‘healing’ tu pun mungkin cukup untuk tambah tabungan 10% daripada gaji setiap bulan.
Bukan salah nak lepak ataupun healing sesekali di tempat-tempat macam tu.
Sebelum fikir nak lepak di tempat macam tu, pastikan adakan tabungan sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan gaji dulu… Dan mampu menabung sekurang-kurangnya 30% dari gaji setiap bulan.
Pra-syarat nak bermewah Kalau tabungan pun tak ada, hutang pun sesak nak bayar, kos nak nak masuk sekolah dan nak renew road tax insuran kereta pun jenuh kena korek tabung sana sini, lupakanlah dulu “gaya hidup” tu dulu.
Selagi tahap kewangan masih lagi “kais sebulan makan sebulan”, itu belum masanya lagi nak bermewah-mewah.
Lebih baik fokus menabung dulu, kumpul harta dan bina kekayaan dulu.
Bila dah sampai tahap jumlah simpanan dah cukup 1 – 2 tahun gaji, passive income pun dah boleh cover kos gaya hidup (walaupun tak bekerja), bermewahlah dan bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan limpahkan kepada kita.
Selagi belum sampai ke tahap itu, berjimat-jimat dulu… Tapi bukanlah selama-lamanya.
Jadi bersabarlah dulu.
Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu bapa yang tidak gembira apabila anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan terutama seperti PT3, SPM atau STPM. Untuk menjadi cemerlang, bukan sesuatu jalan yang mudah. Perlu ada banyak pengorbanan serta usaha yang gigih.
Namun, jika pendidik sendiri tidak memberikan kata-kata motivasi yang tinggi kepada ibu bapa dan anak untuk berjaya, ia sudah tentu akan mematahkan semangat.
Bagi seorang ibu ini, kata-kata pendidik itu membuatkan hatinya tersentuh. Dia nekad untuk membantu anak tempuhi dengan sabar untuk memastikan anak cemerlang akademik. Lebih menyediahkan hatinya apabila, anaknya nekad untuk perolehi result A+.
Ikuti sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi oleh puan Siti Sarah Abu Samah bahawa tiada halangan untuk berjaya, jika berusaha gigih. Your hard work will pay off!
Kisahnya begitu inspirasi!
Hari ini ada seorang parents mengadu anaknya dipaksa gugurkan add maths kerana gagal.
Saya kongsi pengalaman saya sendiri kepada beliau bagaimana saya bantu anak saya untuk berjaya.
Sewaktu Trial PT3 english anak saya dapat C. Saya berjumpa dgn cikgu yang mengajar anak saya dan bertanyakan pendapat bagaimana nk bantu anak saya.
Cikgu tersebut jawab sekiranya dah dpt C. Real PT3 nanti tk mungkin dapat A. Paling tinggi pun B. It will take miracle to get A.
Betapa sedihnya hati seorang ibu bila mendengar seorang guru berkata-kata seperti itu.
Saya pun berkata-kata dalam hati I will bring miracle to the school.
Buat kelas tuisyen untuk anak
Saya pun buat kelas tuisyen khas utk anak-anak yang dapat C dan ke bawah bersama dgn cikgu Nasir dan isterinya. 3 minggu sahaja lagi nak final exam PT3. Setiap minggu ada kelas. Alhamdulilah anak saya dpt straight A utk PT3.
Kejadian yg sama jugak berlaku utk SPM 2018 ni. Anak saya dapat trial english B+. Anak saya berjumpa dengan cikgu yang mengajar dan meminta bantuan untuk membantunya. Cikgu tersebut menjawab nanti actual result dpt around that grade jugak.
Anak saya pun mengadu pada saya sambil menangis. Tolonglah saya ibu saya nk dpt A+ . Tolonglah saya.
Hati ibu mana yang tidak sedih bila mendengar seorang pendidik cakap macam tu pada anaknya. Cikgu ni adalah cikgu yang sama mengajarnya masa PT3. Saya pun cakap pada anak saya baiklah sekira itu apa yang awak nak. Ibu akan bantu.
Maka saya pun minta tolong daripada Cikgu Lynn Nurlina Abdullah untuk membantu anak saya. Anak saya diminta siapkan latihan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan beliau. Anak saya perlu siapkan kertas trial negeri2 lain. Setiap kali perjumpaan beliau akan periksa dan tanda apa kesilapan anak saya dan how to retify it.
Selain tu jugak saya nasihatkan anak saya berjumpa cikgu lain disekolahnya untuk membantunya dalam karangannya. Alhamdulilah cikgu-cikgu banyak membantu jugak. Malah mereka sentiasa sematkan kata-kata pada anak-anak saya dan kawan-kawannya yang “Your hard work will pay off”.
It finally true. It take a lot of hard work for 3 weeks before final exam SPM. Alhamduliliah actual result anak saya dpt A+. Even anak saya pun terperanjat dgn resultnya sendiri.
Yang penting anak kita ada determination untuk berjaya and kita sebagai ibu harus terus berusaha untuk membantu dan berdoa untuk anak dan sentiasa berfikiran positif. Jangan terlintas sedikit pun dihati perkara yang negatif.
Selagi kita berusaha selagi itu Allah akan bantu.
Buat ibubapa yang pernah menghadapi masalah yang sama jangan pernah putus asa. Usaha dan terus usaha. Semoga puan Noriza cekal untuk membantu anak puan dalam add maths.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.