Menjadi ibu bapa ni kena tahu pelbagai ilmu keibubapaan termasuk cara untuk pastikan anak tidur awal.
Perkongsian puan Masturah Abu Bakar amat bermanfaat yang berkongsi tip cara tidurkan anak dengan mudah. Jika anak tidur awal, dapatlah ibu ayah berehat awal.
9 TIPS ANAK TIDUR AWAL
Pernah tak korang rasa legaaaaa sangat-sangat bila anak-anak dah tidur? Rasa macam baru menang perang dunia.
Tidurkan anak memang mencabar. Lagi susah kalau kita tak biasakan anak-anak dengan RUTIN TIDUR.
Rutin TIDUR ni kita sebagai mak ayah yang kena BINA dan BIASAKAN.
❗️’Bina rutin’ ialah bina peraturan dan persekitaran.
❗️’Biasakan’ maksudnya kena buat secara teratur dan konsisten.
Tapi jangan anggap kita buat peraturan hari ni, anak boleh terus ikut.
Saya pun ambil masa agak lama untuk betulkan waktu tidur Sarah dulu. Masa umur 6 bulan ke atas, Sarah dah pandai ajak main sampai tengah malam.
Bila tanya kawan-kawan, anak mereka semuanya tidur awal. Pukul 7 petang pun ada.
Ads
Mereka bagi tips dan saya amalkan. Saya juga buat observasi sendiri tentang anak-anak saya.
Saya bina rutin dan biasakan, lama-lama menjadi.
Antara rutin ialah:
?1) Ajar rutin waktu tidur.
Saya pilih jam 9 pm sebagai waktu masuk bilik.
Lepas masuk bilik, anak2 tak tidur terus. Lompat tilam, main, bergurau, bercakap. Sebab bateri tak habis lagi.
Selalunya dalam setengah jam kemudian barulah mereka akan tidur.
?2) Mesti konsisten dan sama
Ads
Waktu mestilah sama dan konsisten setiap hari. Supaya anak-anak terbiasa dengan rutin. Bila dah terbiasa, mereka senang untuk tidur awal.
?3) Minta anak bersedia
Saya akan beri amaran sebelum masuk bilik. “Anak2, 10 minit lagi kita nak masuk bilik dah ya.”
Jadi anak2 akan lebih aware, bersedia dan tak terkejut untuk habiskan aktiviti mereka on the spot.
?4) Pastikan anak-anak kenyang dan minum air secukupnya
?5) Bacakan buku sebelum tidur.
Bedtime story sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Ia juga boleh create bonding, mengurangkan stress dan merangsang imaginasi mereka.
Ads
?6) Bina batasan waktu untuk pillow talk
Anak2 suka bercakap sebelum tidur. Cerita dan soal jawab anak2 memang takkan pernah habis
Jadi kita kena bagi masa untuk mereka bercakap dalam 3-5 minit.
Kenapa pillow talk penting? Sebab anak2 akan bercakap dari hati ke hati tentang hari yang mereka lalui. Sama juga macam orang dewasa yang perlukan pillow talk sebelum tidur.
?7) Padam lampu
Suasana gelap membantu badan rembeskan hormon melatonin. Hormon ni membantu manusia untuk tidur. Jadi, wajib tutup lampu sebelum tidur.
?8)Pasang bacaan quran atau zikir
?9) Jangan layan sekiranya anak ajak bermain atau bercakap.
Kita kena tegas bab ni. Makin kita layan, makin galak dia berjaga sampai lewat malam.
Jarang kita dapat lihat artis yang berkawan rapat dan sehingga anak-anak pun turut mesra bersama.
Namun itulah yang dapat dilihat menerusi persahabatan antara Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak dengan Fasha Sandha.
Menerusi statusnya di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi kisah persahabatan yang dijalinkan dengan Fasha sejak dulu lagi.
“Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur ibu text mama sama jugak dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan.
“Cuma ibu lahirkan Jemyma dulu dan yang paling tak disangka anak ibu dan mama pun rapat.
“Terima kasih ibu @fashasandha, Jemyma kembar Chantiq yang sudi sambut hari lahir Chantiq bersama-sama keluarga ibu.
“Seronok bila tengok Chantiq bukak hadiah tadi. Tak habis-habis cerita pasal birthday dia tadi. Mekasih ibu untuk kasih sayang ini. Biar la gambar dan video disimpanan mama ini yang berbicara,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari Fasha yang turut meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh seluruh keluarga Ozlynn.
“Awww, I love you Mama Hanania and your beautiful family, tak tau macam mana nak cakap.
“Di zaman ni, susah nak jumpa keluarga humble sebaik seluruh keluarga Hanania, semoga kita semua terus bahagia, I love you,” tulisnya.
Persahabatan dan kasih sayang antara Fasha dan Ozlynn membuatkan pengikut mereka cukup gembira dan masing-masing mendoakan semoga persahabatan tersebut akan berkekalan selama-lamanya.
Di saat orang lain gembira menyambut tahun baru, pelakon Anita Baharom dan keluarga diuji dengan kehilangan insan tersayang. Suami yang menjadi tonggak keluarga selama ini pergi buat selama-lamanya.
Pada 1 Januari yang lalu, arwah Ismadi Bin Ismail yang juga penerbit meninggal dunia di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira jam 8.00 pagi akibat kencing manis.
Berita duka tersebut dimuatnaik ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi laman Instagramnya.
Terbaru, Anita Baharom berkongsi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya. Dalam ucapan tersebut, dia menitipkan dedikasi penuh bermakna buat Syifa Dhia Nurina.
“Sanah Helwah Princess mummy daddy SYIFA DHIA NURINA. Ni pic last year kita celebrate berlima 2021, this year kita berempat.
“Kita redha yaa sayang. Syifa anak solehah mummy daddy semoga cerah masa depanmu wahai anak.
“Berbaiklah dengan semua manusia tak kira berlatar belakangkan apa. Sekarang kita berempat. Kita jaga kita,” ujar Anita lagi.
Anita turut mendoakan semoga puteri sulungnya itu menjadi kakak yang terbaik buat adik beradik yang lain.
“Jadilah kakak terbaik buat adik2 dan yang paling penting moga dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat nanti. ameen ya mujib,” ungkapnya lagi menerusi kapsyen.
Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun.
Jika dilihat statistik, dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinenss atau lemah kawalan kencing termasuklah 1 daripada 3 wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalaminya.
Tetapi hanya 31% sahaja yang ingin mendapatkan rawatan berbanding lebih ramai seboleh-bolehnya menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain hatta anak sendiri sekali pun tidak tahu keadaan tersebut.
Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Juriah Jalalus Shuti apabila ibunya Puan Aminah Mohd Munir mengalami masalah tersebut sejak 4 tahun yang lalu.
Ini perkongsiannya
Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.
Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.
Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.
Ini sebabnya
Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.
Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.
Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang sayang datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi saya datang ke rumah mak setiap hari untuk mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.
Bila mak berpindah
Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.
Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.
Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya. Dan sekarang bila mak dah pakai dryper Tena, masalah semua itu hilang. Bau tak ada dan saya tidak perlu lagi mop lantai setiap hari. Bahkan mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di