Menjadi ibu bapa ni kena tahu pelbagai ilmu keibubapaan termasuk cara untuk pastikan anak tidur awal.
Perkongsian puan Masturah Abu Bakar amat bermanfaat yang berkongsi tip cara tidurkan anak dengan mudah. Jika anak tidur awal, dapatlah ibu ayah berehat awal.
9 TIPS ANAK TIDUR AWAL
Pernah tak korang rasa legaaaaa sangat-sangat bila anak-anak dah tidur? Rasa macam baru menang perang dunia.
Tidurkan anak memang mencabar. Lagi susah kalau kita tak biasakan anak-anak dengan RUTIN TIDUR.
Rutin TIDUR ni kita sebagai mak ayah yang kena BINA dan BIASAKAN.
❗️’Bina rutin’ ialah bina peraturan dan persekitaran.
❗️’Biasakan’ maksudnya kena buat secara teratur dan konsisten.
Tapi jangan anggap kita buat peraturan hari ni, anak boleh terus ikut.
Saya pun ambil masa agak lama untuk betulkan waktu tidur Sarah dulu. Masa umur 6 bulan ke atas, Sarah dah pandai ajak main sampai tengah malam.
Bila tanya kawan-kawan, anak mereka semuanya tidur awal. Pukul 7 petang pun ada.
Ads
Mereka bagi tips dan saya amalkan. Saya juga buat observasi sendiri tentang anak-anak saya.
Saya bina rutin dan biasakan, lama-lama menjadi.
Antara rutin ialah:
?1) Ajar rutin waktu tidur.
Saya pilih jam 9 pm sebagai waktu masuk bilik.
Lepas masuk bilik, anak2 tak tidur terus. Lompat tilam, main, bergurau, bercakap. Sebab bateri tak habis lagi.
Selalunya dalam setengah jam kemudian barulah mereka akan tidur.
?2) Mesti konsisten dan sama
Ads
Waktu mestilah sama dan konsisten setiap hari. Supaya anak-anak terbiasa dengan rutin. Bila dah terbiasa, mereka senang untuk tidur awal.
?3) Minta anak bersedia
Saya akan beri amaran sebelum masuk bilik. “Anak2, 10 minit lagi kita nak masuk bilik dah ya.”
Jadi anak2 akan lebih aware, bersedia dan tak terkejut untuk habiskan aktiviti mereka on the spot.
?4) Pastikan anak-anak kenyang dan minum air secukupnya
?5) Bacakan buku sebelum tidur.
Bedtime story sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Ia juga boleh create bonding, mengurangkan stress dan merangsang imaginasi mereka.
Ads
?6) Bina batasan waktu untuk pillow talk
Anak2 suka bercakap sebelum tidur. Cerita dan soal jawab anak2 memang takkan pernah habis
Jadi kita kena bagi masa untuk mereka bercakap dalam 3-5 minit.
Kenapa pillow talk penting? Sebab anak2 akan bercakap dari hati ke hati tentang hari yang mereka lalui. Sama juga macam orang dewasa yang perlukan pillow talk sebelum tidur.
?7) Padam lampu
Suasana gelap membantu badan rembeskan hormon melatonin. Hormon ni membantu manusia untuk tidur. Jadi, wajib tutup lampu sebelum tidur.
?8)Pasang bacaan quran atau zikir
?9) Jangan layan sekiranya anak ajak bermain atau bercakap.
Kita kena tegas bab ni. Makin kita layan, makin galak dia berjaga sampai lewat malam.
Bercuti bersama keluarga dengan bermalam di hotel terkemuka tentunya memberi pengalaman yang menarik untuk anak-anak. Pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Pun begitu pernahkah anda melihat pesawat yang dijadikan hotel? Apatah lagi kalau dua pesawat? Menarik bukan? Twin Jets Resort merupakan hotel bertemakan pesawat yang pertama di Malaysia dan kini dibuka kepada orang ramai!
Menjanjikan pemandangan hijau dan langit biru yang menakjubkan, Twin Jets Resort adalah hotel berkonsep pesawat pertama di Malaysia. Ia juga satu-satunya hotel di dunia yang menggunakan dua kapal terbang untuk penginapan dan jamuan. Twin Jets Resort terletak di Broga, Negeri Sembilan.
Pemilik hotel ini, Peter Lee Pang Say, menggesa dirinya untuk membeli pesawat sendiri selepas memandu melepasi Boeing 737 yang diletakkan di hotel Palace of the Golden Horse, Seri Kembangan.
“Saya terfikir pada suatu petang, bagaimana saya boleh menjadikan pesawat ini istimewa? Kemudian ia melanda saya – Malaysia mempunyai Menara Berkembar, dan jika saya membuat jambatan, ia akan menjadi Jet Berkembar” kata Peter.
Selepas tempoh “hiatus” selama tiga bulan, renovasi selama 13 bulan dan sekatan perjalanan, Twin Jets Resort akhirnya membuka pintunya buat kali pertama pada bulan April lalu dan kini terus menyambut tetamu-tetamunya.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi untuk membawa keluarga anda pergi bercuti dan menikmati setiap saat bersama! Anda pasti tidak akan kecewa dengan keunikan hotel ini.
Sumber: Channel News Asia
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ruang dapur boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kehidupan untuk sesebuah kediaman. Ramai yang mengatakan begitu terutamanya bagi mereka yang gemar memasak. Memandangkan di ruang inilah akan terciptanya hidangan enak dan dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Malah setiap hari kita sering memulakan kehidupan dengan mengisi perut yang kosong dengan menjengah ke ruang dapur sebelum pergi ke tempat kerja dan sebagainya.
Lantaran itu, sewajarnya ruang ini harus terlihat sentiasa bersih dan rapi agar dapat memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga berada lebih lama di ruang ini. Namun jika tidak diberi tumpuan pada aspek kebersihan, ia seakan mustahil. Tambahan pula, apabila memasak akan boleh menyebabkan berminyak malah berjelaga pada dinding, lantai mahu pun syiling.
Pun begitu, wanita ini yang dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Zainudin di dalam fbnya ada berkongsi cara untuk hindari masalah tersebut. Menurutnya walaupun telah menggunakan ruang dapur tersebut hampir 6 tahun lamanya, namun dinding dan syilingnya kekal putih bersih!
Nak tahu apa yang dia lakukan jom semak satu persatu.
Tip saya nak bagi dinding dan syiling tak hitam jelaga dalam masa yang sama masih kekal cantik catnya :
1. Time memasak saya suka standby span basah sambil masak sambil lap tabletop dan kain basah untuk lap lantai gitu.
2. Time memasak saya suka buka pintu dapur dan tingkap agar bau bauan dapat keluar terus
3. Time memasak saya suka pasang kipas kat dapur agar dapur tak berwap panas.
Time memasak saya suka kawal api dapur, nak nak time menumis atau menggoreng sebab api yang terlampau panas boleh jadikan dinding atau syiling berjelaga.
5. Rutin harian selepas memasak, kena rajin mengemas dan lap dapur di semua bahagian yang digunakan time memasak sebab kalau dibiarkan, kesan kotoran akan melekat terus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.