Begini Caranya Nak Tanam Pokok Limau Purut Cara Simple!

Share

Ada orang kata susahnya kalau hendak menyemai anak pokok limau purut ataupun pokok limau kasturi mahupun pokok lemon.

Macam-macam teknik dicuba tapi belum berhasil. Jadi apa kata cuba pula cara paling simple dengan menggunakan keratan batang.

Ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Puan Bebiyana, sungguh ringkas caranya dan dapat dilihat setelah seminggu keratan batang ditanam ia mengeluarkan pucuk baharu.

Ini stepnya untuk yang ingin mencuba.


Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting”.

Petang ni Kak BB share cara tanam pokok limau purut dari “cutting”.

Sila rujuk gambar cara buat.

Selamat mencuba.

Step 1

Pilih dahan yang sihat dan matured. Potong.

Step 2

Buang semua daun.

step 3

Buat lubang dalam tanah yang lembab. Kita tanam 1 cutting untuk 1 bag.

Step 4

Masukkan cutting tadi dan padatkan tanah.

Step 5

Putik daun mula keluar selepas 1 minggu ditanam.

ekstra info :

1. Jika cutting tidak sempat ditanam, boleh simpan di dalam bekas berisi air untuk beberapa hari.

2. Jangan buang daun limau  yang diluruhkan dari dahan yang dipotong tapi masukkan dalam plasti dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh gunakan untuk masak tomyam.

sumber : Bebiyana Tambi Khan 

 

 

 

IKLAN