Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak berjaya. Setiap kejayaannya pastinya mencerminkan didikan yang cemerlang daripada ibu bapa. Tetapi bagaimana nak didik anak supaya memahami erti kejayaan. Jom semak perkongsian ini.


Didik anak-anak erti capai kejayaan.

1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Impaknya, dia akan cipta lebih banyak lagi kejayaan.

Kalau anak baru pandai sebut huruf ba. Kita sorak dan buat mereka rasa seronok. Mereka berjaya tolong letak pinggan dalam sinki, ucapkan terima kasih.

Bagi mereka ‘feel’ rasa seronok buat kebaikan dan dihargai.

2. Apabila anak gagal. Bimbing dia cara berdepan dengan kegagalan. Ungkapkan kata-kata yang boleh positifkan dirinya semula. Bagi mereka kata semangat yang buatkan dia berazam untuk bangkitbsemula.

Jangan dihentam dengan kata-kata menyakitkan. Ingat, ia proses membentuk identiti anak. Nak bina bandar Rom tak ambik masa sehari tau!

IKLAN

3. Ucapan tahniah, terima kasih dan tunjukkan penghargaan adalah salah satu resipi mahal dalam pembesaran anak-anak.

Toksah terlalu keras dengan mereka seolah diri kita lebih hebat dan tak pernah gagal.

4. Bina jatidiri anak-anak. Jangan masa mereka cemerlang je kita ambik kredit. Tapi masa mereka jatuh kita buat tak tahu. Lebih teruk, kita tambah penderitaan mereka.

IKLAN

5. Orang berjaya ialah orang yang banyak belajar dari kegagalan dan bangkit darinya. Tak semua orang yang dapat bangun semula selepas ditimpa musibah pada diri mereka.

Orang berjaya, kekal berjaya kerana dalam diri mereka ada ‘strong will’ yang tidak ada pada semua orang. Sifat ini yang kita nak didik dalam diri anak-anak. Jadi seorang fighter! Never give up dalam hidup.

Semoga berjaya mendidik anak-anak. Doakan diri saya juga ya, agar dapat jadi ayah yang dikagumi dan disayangi anak-anak.

Sumber: FB Hafizul Hakim