Begini Petua Kira Sukatan Masak Agar-Agar, Baru Tak Lembik!

Share

Tentu ramai yang gemar memasak agar-agar. Makan waktu sejuk-sejuk memang sedap! Namun bagi yang belum ada pengalaman membuat hidangan ini tentu ada tak jadi! Sama ada lembik atau keras.

Nampak senang nak buat tetapi jika salah sukatan memang buat terus jadi ‘dowm’ , Jadi tak mustahil ada je sanggup membeli aje di kedai kerana bila buat tak menjadi.

Namun bagi yang ingin mencuba memasak hidangan ini, apa kata cuba tip ini. Ada sukatannya yang kena tahu. Barulah jadi elok dan ‘terletak’ je puding tu.

 

 

Jom lihat sukatan ini.

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:

10gm agar-agar = 1 liter air

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:

13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air

 AGAR-AGAR BERTALI:

25gm agar-agar = 2.5 liter air

30gm agar-agar = 3 liter air

 

Mudah kan! Apa lagi jom cuba buat ikut sukatan ini yang dikongsikan oleh puan Diana Ana

.

Selamat mencuba!

Sumber: Diana Ana

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

IKLAN