Memasak ni memang satu sesuatu yang menyeronokkan. lagin lagi dapat menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. Masalahnya dalam kalut memasak itu, ada kala terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai tu perkara biasa berlaku.
Kalau tak cuci ada pulak tak tersungkur bila terpijak kesan minyak atas lantai ni. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.
Jadi bagaimana nak bersihkan tumpahan cecair ini? Jadi apa kata cuba tip yang dikongsikan ini.Caranya dengan menggunakan tepung je. Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar serap seketika. Kemudian barulah mop lantai tersebut. Confirm hilang kesan minyak tu dan lantai tak licin lagi.
Ads
Ads
Nak raya-raya ni masa sibuk berkemas, terpecah pulak botol minyak gamat. Kalau kat dapur tu terlepas pulak plastik minyak masak. Adoi, habis banjir lantai dengan minyak.
Ads
Ni ha tips dan tutorial cara nak bersihkan minyak atas lantai. Kome pakat share la reramai. Bermanfaat ni. Chef dah try. Hehe
Umumnya bila adanya musim durian, itulah saat-saat yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh peminat raja buah.
Bahkan sering juga kita dengar, peminat tegar buah durian ini berulang kali mengatakan “Siapa tak maka durian memang rugi”. Ini bagi membuktikan betapa sedap dan enaknya buah durian tersebut.
Namun bagi yang tidak suka makan durian, nyata mereka ada alasannya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana tidak boleh terima bau durian yang kuat, malah jika dicuba untuk makan durian, perut pula terasa sakit, pening kepala dan mual.
Nak tahu sebab apa ini terjadi, ayuh kita baca perkongsian Dr. Hafiz Sulaiman ini.
PUNCA SAKIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN SOLUSI
Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?
Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan.
Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah.
Tapii..
Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian?
Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:
– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)
Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.
Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!
Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini:
#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.
Jangan fikir banyak sangat. Kalau takde masalah kesihatan..Makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.
Makan durian bawa manfaat jika sederhana.Jika tak cakna jadi musibat kita merana.
Jika anda menggemari muffin ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resipi ini. Sesuai sekarang anak-anak cuti sekolah, jadi ajak mereka buat bersama pasti lebih menyeronokkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Rasanya yang enak dan cara buat yang mudah pasti si ibu puas dan gembira dengan hasilnya.
CHOCLATE HEAVEN MUFFIN Assalamualaikum… Arini sis nak share resipi yg seeenang sgt Bahan Pon mudah utk sediakan…. Cuti2 Ni boleh la baking dgn anak2.. Sedap mcm Muffin Kenny Rogers hampa Jom start
*Semoga Kita sama2 dimurahkan rezeki Aminnn
Bahan A
2 Biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla
Bahan B
200gm Tepung gandum
1sdt Baking powder
1sb Serbuk Koko
Choclate chip
Cara membuat:
1)campurkan kesemua Bahan A, Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
2)Masukkan Bahan B Gaul sehingga rata jangan terlalu lama.
3) Masukkan sedikit choclate chip Dan selebihnya letak diatas muffin
4) Senduk kan 3/4 kedalam muffin cup, tabirkan choclate chip mengikut citarasa anda.
5) Bakar dengan suhu 200° selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sekelipi mata kehidupan mereka sekeluarga berubah. Isteri tercinta yang sama-sama melayari alam rumah tangga kini ibarat ‘orang asing’.
Tragedi kemalangan yang menimpa mereka baru-baru ini menyebabkan isterinya hilang ingatan.
Menurut Imam Baydowi Sumardi, 32, isterinya berubah sejak kemalangan itu kerana berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka. “Mohon semua doakan isteri saya supaya sihat semula. Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.
“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.
Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu,” demikian luahan Imam Baydowi suami kepada Nur Hana Ismail, 27, yang hiIang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.
Imam Baydowi yang bekerja sebagai penghantar barang berkata, sejak kemalangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri.
“Empat anak dan anak saudara yang berusia 6 tahun, ibu mentua berusia 61 yang tinggal bersama, ada tolong menjaga. Manakala adik ipar saya seorang yang bekerja buat masa ini. “Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri. Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya lagi.
Menurut Imam Baydowi, keadaan isterinya hari ini, menunjukkan peningkatan apabila memanggilnya dengan panggilan ‘abah’. “Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah hari ini ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuma menggigit diri sendiri dan juga saya. “Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, Alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi. “Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya.
Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full ada melawat bersama NGO serta memberi sumbangan kepada mereka sekeluarga, semalam.
“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.