Nak bawa anak pergi bercuti, tentu ibu ayah memilih lokasi percutian yang menawarkan permainan yang menarik sehingga mengujakan anak-anak. Baru-baru ini, selebriti terkenal Eira Syazira dan suami, Azad Jasmin telah membawa anak-anaknya bercuti di Legoland buat pertama kalinya! Lokasi percutian popular di Malaysia yang menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa ini.
Menurut Eira Syazira, percutian pertama kali di Legoland Malaysia yang menawarkan keriangan sebagai lokasi percutian keluarga dengan pelbagai permainan amat mengujakan. Perkongsian percutian tiga hari dua malam di sini bersama keluarga tercinta memberikan momen bonding yang terindah buat dirinya, suami dan anak-anak.
“Bukan anak-anak sahaja yang teruja, saya dan Azad pun teruja. Ini adalah pengalaman pertama kami berkunjung ke Legoland di Johor ini,” jelasnya dengan riak wajah gembira.
Bercerita lanjut mengenai percutian hujung minggu bersama keluarga, beliau tidak menafikan Legoland adalah tempat yang wajib setiap ibu bapa membawa anak-anak bercuti ke sini.
“Dah lama kami satu keluarga hendak datang ke sini cuma tidak berkesempatan. Saya tak sangka Legoland di Malaysia sungguh hebat. Sebelum ini, memang anak sulung saya, Amarra Sofea Rose selalu tengok di youtube Legoland California. Saya membayangkan Legoland di sini sama dengan taman tema lain di Malaysia. Namun tekaan saya salah. Legoland di sini memang memberikan keterujaan yang berganda!”
Penginapan konsep mesra kanak-kanak
Ads
Eira juga berkongsi pengalaman menginap selama tiga hari dua malam di Legoland Hotel. Katanya, ciri-ciri lego interaktif boleh didapati di seluruh bilik bertema hotel, kawasan bermain, lif bertema dan restoran. Sementara itu, berhadapan lobi hotel terdapat istana yang dipenuhi dengan permainan dan aktiviti lego interaktif dengan lebih 100,000 kepingan lego.
“Saya sendiri pun excited dengan suasana hotel di sini. Kawasan lobi hotel terdapat lambakan lego untuk anak bermain dan mengasah kreativiti mereka. Manakala lif menuju ke hotel disajikan dengan kilauan lampu dan muzik yang cukup menghiburkan. Kemuncak keterujaannya apabila tiba diruangan bilik, nyata begitu selesa dengan katil bersaiz king dengan tema Pirate yang memukau pandangan. Ruang tidur anak-anak pula lengkap dengan katil dua tingkat dan katil berundur yang boleh memuatkan tiga orang kanak-kanak dalam satu ruang.
“Begitu juga bilik air yangbercirikan berkonsepkan kids friendly. Dalam bilik ini, ada permainan lego dalam kotak dan juga permainan yang perlu selesaikan bagi membolehkan kami membuka peti rahsia. Dan akhirnya kami excited apabila dapat mencari jawapannya. Saya memang tak sangka hotel ini begitu hebat,” jelas Eira mengenai perkara menarik di bilik hotel Legoland.
Terdahulu, hotel ini menawarkan sebanyak 258 bilik bertema memberi pilihan kepada tetamu untuk memilih tema Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago. Semua bilik termasuk katil bersaiz king untuk orang dewasa dan kawasan tidur separuh peribadi berasingan sehingga tiga kanak-kanak.
Di bangunan hotel ini, pengunjung boleh menikmati hidangan menu yang lazat di Bricks Family. Restaurant ini adalah ruang makan sepanjang hari menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam dengan konsep gaya bufet.
Taman tema
Ads
Selain tarikan baharu ini, Lego Vr Coaster dan Lego® Ninjago™ World, permainan yang sedia ada turut menjadi tumpuan kanak-kanak apabila ke sini iaitu Beginning, Miniland, Kingdom, Technic, Immagination, Land of Adventure dan City yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.
Setelah seharian meneroka pelbagai jenis permainan yang menarik seperti menaiki roller coster, slaid, melawat kawasan miniland yang mengkagumkan landskapnya, Eira berasakan ia merupakan tempat permainan dan pembelajaran secara interaktif untuk kanak-kanak.
“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan taman tema ini adalah permainannya yang interaktif. Ada unsur pembelajaran. Rupanya bukan sekadar lego. Tetapi permainan di sini menguji minda anak-anak untuk menjadi kreatif.
“Misalnya di Lego Mindstorms dan Lego Academy ada bengkel kreatif untuk kanak-kanak membina robot dan bangunan dengan menggunakan lego. Bukan itu sahaja, permainan roller coater yang menguji keberanian kanak-kanak. Amarra memang teruja naik Lego VR Coater dengan Azad.
Ads
“Apa yang saya lihat di sini kanak-kanak menjadi seorang yang aktif dan seronok untuk mencuba pelbagai aktiviti yang berbeza-beza,” jelas Eira yang merancang akan datang lagi untuk percutiannya akan datang.
Dalam pada itu, kelihatan Ammara begitu seronok mencuba pelbagai jenis permainan. Apa bila ditanya, lantas Amarra menjawab dengan gembira, “ Best! Dapat main lego, roller coster. Gembira sangat. Saya tak nak duduk kat rumah di Puchong dah. Thank you Mummy and dad. I love Legoland! This place the best and ever!” Luahan Amaraa itu disambut gelak ketawa Eira Syazira.
Terdahulu, Azad memberitahu bahawa lokasi percutian pilihan keluarganya adalah sangat berbaloi kerana pelbagai aktiviti beriadah bersama anak.
“Memang saya suka tempat ini untuk keluarga. Kepada keluarga yang ada anak-anak jomlah datang sini. Seperti kami, lock tiga hari untuk bersantai bersama keluarga. Memang bagus sebab semua lengkap dari aspek penginapan, makanan dan permainan interaktif,” jelasnya kepada wartawan majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menaiki pesawat memang mudahkan dan mempercepatkan perjalanan. Namun bagi yang menghadapi masalah kesihatan atau mengandung kena tahu polisi syarikat penerbangan untuk mengelak timbul masalah.
Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengenai polis penerbangan memandangkan beliau pengguna khidmat laluan udara ini.
Menerusi media sosialnya, beliau menjelaskan bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi berbeza. Lantaran itu, jika anda bercadang membawa orang yang menghadapi masalah kesihatan atau wanita hamil perlu tahu polisi sebelum mengambil keputusan membeli tiket.
Malah nasihatnya juga, wanita hamil perlu kandungan ke berapa minggu dibenarkan menaiki pesawat dengan surat perlepasan dari doktor. Begitu juga dengan penyakit berjangkit apabila bercadangan menaiki pesawat. Ikuti panduan doktor ini.
Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi yang berbeza. Maka, itu tanggungjawab anda membaca polisi dan bertanya sebelum membeli tiket.
Pesawat berbentuk seperti Firefly dan Malindo tidak mempunyai jambatan udara. Proses menaiki pesawat adalah menggunakan tangga. Maka, pengguna yang mempunyai masalah mobiliti tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Bagi perempuan mengandung, kebanyakkan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita yang kandungannya melebihi 36 minggu menaiki pesawat.
Sediakan surat pengesahan pelepasan dari doktor jika mempunyai masalah kesihatan dan termasuklah jika anda mengandung.
Penyakit berjangkit seperti chicken pox, HFMD juga tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Segala ubat ubatan yang anda mahu bawa ke kabin perlu dalam bungkusan dan bentuk asal. Ini penting seandainya pemeriksaan perlu dilakukan jika terdapat keraguan pada ubat ubat tersebut.
Bagi mereka yang memerlukan special assistance, anda perlu ke kaunter untuk memaklumkan keadaan anda dan juga mengisi borang deklarasi.
Hadir awal ke lapangan terbang kerana proses pengesahan, deklarasi dan pemeriksaan memerlukan masa.
Semua ibu bapa inginkan anak yang pandai. Tetapi adakah kita meluangkan masa untuk mengajar anak-anak di rumah sebagai pelengkap setelah guru di sekolah.
Perkongsian guru matematik ini, Mohd Fadli Salleh menjelaskan ibu bapa supaya luangkan masa untuk anak.
Ikuti perkongsianya.
Teringat beberapa tahun sudah aku masuk kelas tahun 1. Aku bimbit soalan peperiksaan baru-baru ini masuk kelas. Masih ada beberapa kertas yang belum siap ditanda.
Setiap kertas yang aku tanda, aku panggil pemilik kertas itu untuk berada disebelah. Aku tunjuk satu persatu soalan yang mereka buat salah. Kebanyakannya sebab mereka cuai dan nak siap cepat.
Sampai giliran seorang murid perempuan ni, aku perasan dia buat banyak sangat kesalahan yang senang-senang. Sampai nak eja nombor 5 dalam perkataan pun dia tulis mengarut.
“Awak tak pandai membaca ke?” Soalku lembut.
“Tak pandai, cikgu.”
“Awak ada berapa adik beradik? Belajar la dengan kakak atau abang. Tak pun suruh mak ajarkan.”
“Saya seorang je cikgu. Tiada abang dan kakak. Adik pun tak ada. Mak asyik tengok henpon je. Tak ajar pun,” jujur balas murid tahun 1 ini.
Aku terkedu mendengar jawapan itu. Kelu.
Aku pandang wajah murid ini dalam-dalam. Cantik budaknya. Budak ini senang diajar. Cepat dapat. Bukannya murid bermasalah pelajaran.
Budak-budak sebesar ini, senang diajar sebenarnya. Tambah-tambah jika diajar ‘one-to-one’. Macam tuisyen individu. Kat kelas, murid ramai, mana sempat cikgu nak bagi tumpuan satu demi satu.
IBU BAPA LUANGKAN 10-15 MINIT
Jadi aku menyeru kepada semua ibubapa, luangkan sekejap masa bersama anak. Beli buku latihan. Setiap malam ajar mereka.
Tak perlu lama. Tak perlu banyak. Cukup ajar satu atau dua muka surat sahaja. Ajar dan ulang sampai mereka faham.
Satu dua muka surat ini tuan puan, hanya makan masa 10-15 minit. Bukan lama pun.
Apa mahal sangat masa kalian hingga tak mampu luang 10-15 minit untuk anak-anak sendiri?
Sedang mampu membalas diskusi merepek kat group wasap berjam-jam tanpa henti. Sedang ralit membelek insta artis dari petang sampai ke malam.
Tapi kenapa mahal benar masa 10-15 minit untuk anak kita sendiri? Untuk zuriat yang bakal mendoakan kita saat kita pergi nanti.
Ingatlah, ibubapa itu merupakan GURU PERTAMA setiap kanak-kanak.
– Teringat di suatu ketika –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencantikkan rumah bukan sahaja merangkumi ruang tamu dan dapur serta bilik tidur tetapi merangkumi pelbagai sudut di rumah. Setiang ruang dijika dihias dengan kemas pasti menarik dipadang mata.
Begitu juga ruang membuat minuman atau stesen coffee! Tentunya penggemar kopi memerlukan ruang ini. Mudah nak capai, bila hendak membancuh air. Semua diletakkan dalam satu tempat dengan sistematik.
Tak ada idea tapi bercadang nak buat, ayuh ikuti cara puan Hani Mynis cara susun atur ruang membuat minuman.
Ikuti perkongsian ini.
Membuat air tidak semestinya memerlukan set up yang mahal-mahal atau canggih. Kadang-kadang hanya dengan penggunaan bakul atau dulang sahaja mampu merumahkan perkakas membuat air sekali gus menjadikan ruang lebih kemas!
Dalam post ini Hani beri cadangan untuk beberapa cara menjadikan stesen membuat air lebih kemas. Mana yang boleh di guna pakai di rumah silakan guna ya
1. Sediakan satu stesen di bahagian dapur (samada basah atau kering, kebiasaanya jika yg ada dapur kering akan mengadakan stesen ini di bhgn dapur kering).
2. Pastikan stesen yang dipilih berdekatan dengan power plug untuk penapis air, jug elektrik atau mesin kopi.
3. Tempatkan semua keperluan membuat air di stesen ini. Contohnya -Mesin penapis air -Mesin membuat kopi – Jug elektrik / kettle -Bahan membuat air seperti kopi, gula, teh dll – Boleh juga tempatkan susu dan botol susu anak di stesen ini. – Cawan, mug, gelas dan lain-lain perkakas untuk membuat air.
Tips -Gunakan penyusun atur jika perlu untuk ruang yang lebih kemas. – Pilih bekas penstoran untuk bahan seperti kopi, gula, teh yang sepadan. Sepadan tak semestinya seragam ya ini ikut preference individu – Label, sngt memberi perbezaan yang ketara. Selain dr memudahkan juga dapat memberi kesan visual yg menarik.
Beberapa penyusun atur yg boleh diletakkan disini ialah -Penyusun atur cawan, mug dan gelas -Penyusun atur untuk pod kapsul mesin kopi -Penyusun atur untuk uncang teh
Hani kongsikan beberapa penyusun atur / bekas penstoran yang boleh didapati di Shopee sebagai rujukan.
Melihat kepada bahagian komen, rata-rata inspirasi dengan idea ruangan membuat air. Ada yang telah berjaya mewujudkan ruang penyediaan minuman.
Eyda Yunus : Terjebak dgn Hani Mynis … Hari ni sampai terus kemas
Ashikin Hashim : Terima kasih atas perkongsian. Coffee station saya inspired dari Dr Hani. Alhamdulillah. Saya dedikasikan coffee station untuk suami yang memang suka coffee.
Pelakon Fattah Amin telah bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, kepada bekas isterinya, Nur Fazura.Sebagaimana laporan yang dipetik Ohbulan!, peguam...