Saban hari kita mendengar atau membaca perkongsian keluarga yang susah, hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan, rumah sewa tidak bayar sudah berbulan dan pelbagai kesusahan yang dialami masyarakat. Siapa duga kemelut pandemik ini memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.
Setelah arahan ketat mengenai SOP yang melarang berniaga dan sebagainya, ada yang hilang punca pendapatan harian. Jika sebelum ini hasil jualan harian dapat menampung perbelanjaan keluarga, namun sebaliknya sejak larangan daripada pihak berkuasa.
Tidak perlu menunding jari siapa salah atau betul, semua ini berlaku diluar kawalan semua manusia. Jadi inilah masa untuk membantu mereka yang terkesan.
Sejak kempen kibar bendera putih tular, telah banyak pihak NGO berjaya membantu golongan yang memerlukan.
Sebagaimana perkongsian aktivis masyarakat ini meruntun jiwa apabila secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak memanjat bumbung rumah flat untuk kibarkan bendera putih. Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap
Apa yang menyedihkan keluarga itu telah terputus bekalan makan sejak tidak dapat berniaga. Pastinya kewangan susut setelah sekian lama duduk di rumah.
Menurut perkongsian wanita ini, pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin yang telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja di kawasan pangsapuri PPR.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus. Mujur dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.
Jika dihitung detik dan waktu hampir dua tahun penularan Covid-19 melanda dunia dan tiada siapa pun dapat menjangka bilakah semua ini akan berakhir. Kesan buruk ini bukan sahaja dilihat terkesan pada aspek kesihatan semata-mata malah lanskap ekonomi juga menerima kesan hebat akibat pandemik ini.
Apa yang pasti, krisis pandemik ini terus memberi kesan negatif hingga ramai yang perlu ‘bergelut’ untuk mendapatkan sesuap nasi. Bahkan ramai usahawan kini terpaksa menelan kepahitan apabila jualan merudum jatuh.
Pun begitu, kehidupan ini harus diteruskan dan wajar kiranya setiap usahawan perlu mengatur strategi bijak dalam mencari jalan penyelesaian di musim pandemik ini supaya perniagaan terus mendapat tempat di hati pelanggan dan sekali gus berkembang pesat dalam norma baharu.
Lebih Mudah & Berkesan Mengiklan Dengan SME 360
Pengiklanan Lebih Mudah dan Berpatutan Dengan ‘SME360’ oleh Astro Media Solutions
Portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk membantu menawarkan solusi, pemasaran dan menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana (SME)
Melihat kepada situasi penuh mencabar yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19, ramai pengusaha perusahaan kecil dan sederhana atau SME dilihat mengalami kesukaran untuk terus kekal berada di dalam segmen ini. Justeru, kaedah komunikasi yang jelas dengan pelanggan perlu dititikberatkan.
Hari ini, Astro Media Solutions (“AMS”) melancarkan sebuah portal, SME360, yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.
Diwujudkan istimewa untuk golongan SME yang hadir dari pelbagai latar belakang dan saiz, SME360 menawarkan pakej media yang paling optimum bagi menyasarkan kumpulan pasaran yang lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang kukuh dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.
Portal ini dibina bertujuan untuk memacu perniagaan masing-masing dengan lebih efektif namun pada kadar pengiklanan yang berpatutan sebagai penyelesaian kepada situasi semasa, seterusnya memastikan komunikasi berpanjangan dengan pelanggan kekal berlangsung agar dapat menggalakkan pembelian.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME360 ini merentasi pakej pengiklanan yang sekata, penyiaran di platform media sosial, pemasaran e-dagang, penglibatan figura berpengaruh di media sosial atau ‘influencer’ untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi secara percuma untuk perkara-perkara yang melibatkan cetusan idea atau pembentukan sesebuah produksi kandungan dengan merujuk kepada amalan terbaik.
Pemasaran Lebih Efektif
Pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio). Juga, untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa.
Pemasaran yang lebih efektif kini lebih mudah dan mampu milik dengan SME360. Layari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran kami di Astro Media Solutions, yang dikuasakan oleh ekosistem transmedia, dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat.
Astro Media Solutions menyediakan penyelesaian periklanan dan pemasaran khusus untuk sesebuah jenama itu. Dengan memanfaatkan aset media dan IP di bawah Astro Malaysia, Astro Media Solutions menawarkan pemasaran berasaskan data, pengaktifan, perdagangan, barang dagangan dan bakat-bakat di platform TV, radio dan digitalnya. Kami percaya dengan bekerjasamaan bersama rakan kongsi yang berfikiran serupa demi menyokong kecemerlangan pemasaran dan mendorong pertumbuhan perniagaan.
BUKTI KEJAYAAN
Telah terbukti mereka yang memasarkan produk bersama Astro Malaysia kini telah mempunyai nama yang hebat dalam perniagaan masing-masing. Antaranya adalah seperti Aura White, Sugar Bomb dan Dato’ Dr Nazri Khan. Sememangnya mereka ini cukup bangga melabur iklan bersama kami.
Bantu Usahawan Kekalkan Kedudukan Jenama
Bahkan menurut Wong See Wei, Pengarah Astro Media Solutions bahawa pakej yang diperkenalkan ini akan dapat membantu usahawan di musim pandemik ini untuk meyakinkan pelanggan berkenaan produk yang mereka tawarkan sentiasa ada untuk pelanggan.
“Di Astro Media Solutions, kami sentiasa berusaha dalam memperkenalkan pakej perkhidmatan pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien. Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang berlaku ini. Dengan ketidaktentuan dalam pasaran hari ini, adalah menjadi keutamaan untuk golongan SME memastikan hubungan dengan pelanggan mereka terus berlangsung dan mampu mencetuskan kepastian bahawa mereka sentiasa ada untuk pelanggan di luar sana.
“Justeru itu, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini. Lebih 900,000 pemilik SME di Malaysia ini akan memiliki akses kepada keseluruhan spektrum SME360 yang merangkumi solusi atau penyelesaian kepada perkara berkaitan pemasaran, yang dipakejkan khas untuk menepati setiap jenis perniagaan dan peruntukan kewangan masing-masing.
“Ia meliputi pakej media merentasi TV, Radio, Digital dan platform e-dagang serta menerusi penglibatan influencer atau figura berpengaruh di media sosial. Kami komited untuk membantu para SME menempuhi waktu mencabar ini dengan memacu perniagaan mereka menerusi pelan pemasaran yang berkesan. Kami yakin, jika komuniti kita berjaya, kami turut sama meraikan kejayaan tersebut dan bersama, kita pasti boleh,” jelas Wong See Wei.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Umum mengetahui, Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar nya lebih awal dari tarikh jangkaan.
Dalam perkongsian terbaru, Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.
Dalam perkongsian Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan zuriat tersebut minggu lalu tetapi berjaya bertahan sehingga cukup 35 minggu dengan menggunakan kaedah pembedahan.
Sebelum itu, beliau berkongsi sebuah video memaparkan Dr Halina sedang mengemas keperluan diri sebelum meninggalkan empat anaknya di rumah buat sementara waktu.
Pasangan ini memilih untuk menimang anak kembar mereka pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha serta kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Doktor yang juga influencer terkenal, Dr Say baru-baru ini berkongsi pandangan mengenai masalah ketidaksuburan dikalangan wanita. Ini berikutan viral mengenai seorang ustaz yang berhujah tentang wanita meletakkan hantaran tinggi tetapi mempunyai masalah ketidaksuburan haid setiap bulan.
Tidak dinafikan, anak anugerah terindah buat pasangan suami isteri. Kehadiran si kecil ini dinanti-nantikan usai bahtera perkahwinan dilayari bersama. Namun bukan semua pasangan bertuah terus ‘lekat’ selepas berkahwin. Sudahlah tertekan apa yang dihajati belum diperoleh, timbul pula kata-kata kurang enak daripada segelintir masyarakat kononnya tak subur dan sebagainya.
Dr Say dalam satu perkongsian memuatnaik topik mengenai ketidaksuburan bukanlah disebabkan oleh kesihatan wanita semata-mata. Lebih-lebih lagi yang mengalami masalah period tidak teratur.
“Semalam sy terjumpa message seperti gambar kedua & sekali lagi, terduduk sy dibuatnya. Tak pernah sy dengar sepanjang hidup yg keteraturan period mempengaruhi hantaran seorang wanita. Ustaz ni tak mahir sains rasanya. Kalau nak cakap keteraturan period mempengaruhi kesuburan meh sy cerita science-nya.
“Ketidaksuburan 30% adalah disebabkan kesihatan wanita, 30% disebabkan kesihatan lelaki, 30% disebabkan kedua2 lelaki & wanita & 10% tidak dapat dikenalpasti puncanya. BUKANNYA 100% KETIDAKSUBURAN DISEBABKAN KESIHATAN WANITA. Malah sy pasti ramai je followers wanita sy yg period tak teratur kat sini ada zuriat.
Dr Say yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata ini meminta orang ramai supaya tidak memberi persepsi buruk kepada kaum wanita yang mengalami masalah period tidak teratur.
“Jadi agak mengecewakanlah bila ustaz ni berhujah sebegitu sebab ia memberi persepsi yg buruk kepada wanita yg periodnya tidak teratur sebab TAK SEMESTINYA PERIOD TAK TERATUR BERSAMAAN TAK SUBUR. Bercakap mengenai poligami pulak, memang dalam Islam ada dinyatakan keharusan berpoligami adalah sekiranya isteri mandul.
“Tapi dari pengalaman sy bertanya kepada pakar2 fertiliti & pakar sakit puan, majoriti suami tak buat pun ujian kesuburan sebab ramai yg masih berpemikiran ketidaksuburan 100% disebabkan wanita. Padahal ujian kesuburan lelaki SATU SAHAJA. Tu pun egois taknak buat. Pastu bagi alasan bini aku tak subur maka aku dibenarkan kahwin lain padahal silap2 ko yg tak subur.
Tambah Dr Say lagi, zuriat bukanlah penentu kebahagiaan dalam rumahtangga. Semuanya bergantung bagaimana pasangan suami isteri mengendalikan bahtera perkahwinan mereka.
“Doc apa tau, doc ada zuriat”. Sy & wife dulu mencuba hampir 5 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum kami dikurniakan anak pertama kami. Macam2 teguran bini dapat “dr azu jgn jalan laju sangat nanti susah melekat”, “dr azu jgn gym teruk sgt nnt peranakan tersumbat”. Sekali bila check2, sy yg tak subur, sperma pelbagai bentuk. In a nutshell wahai para lelaki, jangan ingat luaran kita sihat dalaman kita turut sihat sebab zaman sekarang ni banyak sangat kes lelaki tak subur.
“Dan zuriat bukanlah penentu kebahagiaan. Semuanya bergantung kepada pasangan suami isteri tersebut. Kalau kedua-dua rasa saling melengkapi trust me itu dah cukup memadai. STOP BERFIKIRAN KOLOT.