Lumrah hidup berumah tangga, pasti ada susah dan senang yang harus ditempuhi. Tidak semua pasangan yang berkahwin terus hidup senang.

Ada yang terpaksa menapak dari bilik yang kecil, bantal sebiji dan tilam kecil. Namun manisnya bila bersama sehati dan sejiwa, segala kesusahan ditempuhi bersama. bahagia dikongsi bersama dan rezeki pun mencurah-curah.

Itulah keberkatan hidup berumah tangga. Kerana itu kena sentiasa ingat pengorbanan pasangan yang sanggup hidup susah bersama dan sesekali berterima kasih kerana adanya mereka di sisi, anda mampu berjaya sekarang.

Masa Kita Suami Isteri Susah, Tak Siapa Nampak. Tengah Bulan ‘Struggle’ Ikat Perut Tunggu Gaji, Makan Ikan Masin. Bila Dah Senang Macam-Macam Orang Kata!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak akan ada kejayaan andai tidak disusuli dengan usaha gigih. Orang mungkin akan nampak kesenangan yang kita peroleh sekarang, sedangkan mereka tidak lihat betapa sukarnya hidup sebelum ini. Makan hanya berlaukkan ikan masin, adakalanya berkuahkan kicap. Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang hal ini.


Masa Kita Suami Isteri Susah, Tak Siapa Nampak. Tengah Bulan ‘Struggle’ Ikat Perut Tunggu Gaji, Makan Ikan Masin. Bila Dah Senang Macam-Macam Orang Kata!

Susah kita laki bini, xde siapapun yg tahu…

IKLAN

Yang org nampak, kita p melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap2, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya…

Walhal dia tak tahu apa yg kita lalui baru kita boleh buat semua tu…baru boleh rasa semua tu…

Sebab tu saya selalu kata, kalau nak p melancong, silakan…kalau nak tukar kereta, silakan…kalau nk mkn sedap2, makan di restaurant, silakan…kalau nk beli apapun, silakan…

Masa Kita Suami Isteri Susah, Tak Siapa Nampak. Tengah Bulan ‘Struggle’ Ikat Perut Tunggu Gaji, Makan Ikan Masin. Bila Dah Senang Macam-Macam Orang Kata!

IKLAN

 

 

Kita guna duit kita…

IKLAN

Kita bukan guna duit org yg mengata tu…kita tak pulak menyusahkan sapa2 dan semua yg kita nk buat tu, berdasarkan apa yg kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sblum kita boleh beli, boleh buat, boleh mkn dan sebagainya…

Masa kita suami isteri susah, xde siapa pun yg nmpk…masa kita tgh bulan, makan telor, makan ikan masin, xde siapa pun yg tahu…siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 keje, ada diorang perasan…korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nk gaji, smua kita hadap suami isteri…
Masa Kita Suami Isteri Susah, Tak Siapa Nampak. Tengah Bulan ‘Struggle’ Ikat Perut Tunggu Gaji, Makan Ikan Masin. Bila Dah Senang Macam-Macam Orang Kata!

 

Tapi bila kita “nampak” je senang, terus mcm-mcm kata2 yg kita dgr, yg smpai ke pengetahuan kita…itulah ragam manusia zaman skrg ni…

Abaikan, pedulikan, buat apa yg kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan org lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri…

Dia tak layak mempertikaikan apa yg dia nampak kerana mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul…?✌️

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI