Setiap kali ulang tahun kelahiran benda pertama nak periksa semestinya kad lesen memandu! Mana tidaknya, kalau dah luput silap haribulan boleh kena saman kalau tak perasan!

Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.

Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.

“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus,”

“Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,”
katanya.

Cara renew lesen memandu

Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.

Ini cara-caranya!

Langkah 1

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

IKLAN

Langkah 2

  • Klik menu utama -‘Lesen Memandu’
  • Pilih menu seterusnya -“Penmbaharuan Lesen Memandu’

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

Langkah 3

  • Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian. Sila pilih dari drop down menu, ‘Lesen Memandu Kompeten’ untuk Jenis Lesen.
  • Di bawahnya ada pilihan tempoh (kini sudah ada pilihan untuk renew 10 tahun di MySikap)
  • Klik butang ‘Cari’

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

Langkah 4

IKLAN
  • Laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, harga biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.
  • Di sini juga akan ada pilihan Gambar (untuk korang yang nak tukarkan gambar semasa, namun perlu ke JPJ untuk ambil gambar)

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

Langkah 5

  • Pilih Kaedah Pembayaran, korang boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.
  • Selepas itu, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker!
  • Selepas transaksi berjaya, korang akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis ‘sila ambil lesen anda di JPJ’.
  • Kalau ada masa boleh pergi, kalau tak, korang boleh mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang ‘Cetak Lesen Memandu e-LM’

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

Langkah 6

  • Untuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJP] >Profil > klik butang “Jana Semula”

Semoga berjaya!

IKLAN

Sumber : Gempak

Tak Susah Pun Nak ‘Hidupkan’ Lesen Memandu Online, Boleh Buat Sampai 10 Tahun!

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI