Ali Tak Mampu Duduk Sendiri, Tidak Boleh Berdiri Tegak, Kaki Bersilang Macam Gunting. Ibu Kongsi Pengalaman Bila Tahu Anak Menghidap PVL (Periventricular Leukomalacia)
Sedihnya bila melihat kanak-kanak seusia setahun 4 bulan ini sudah diuji dengan dugaan yang hebat. Pada luaran, Ali kelihatan seperti bayi normal namun tiada siapa sangka dia merupakan bayi PVL (Periventricular Leukomalacia).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau apakah (Periventricular Leukomalacia) atau PVL.
PVL adalah satu keadaan atau disorder di mana ada berlaku luka atau kerosakan kepada otak yang biasanya dialami oleh bayi pramatang. Kerosakan ini memberi kesan kepada pengawalan otot yang menyebabkan bayi mengalami kelewatan dalam perkembangan terutamanya untuk berguling, merangkak atau berjalan.
PVL mungkin berlaku disebabkan oleh oksigen yang kurang sampai ke bahagian otak bayi. PVL tidak boleh hilang atau dihapuskan, tetapi ia boleh dipulihkan dengan terapi yang efisien.
Menurut ibu kepada bayi ini, Muhammad Ali yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 35 minggu kerana fetal distress. Ditempatkan di NICU selama 29 hari atas pelbagai komplikasi, namun semuanya resolved dengan baik.
Sewaktu pulang ke rumah, Ali hanya ada prolonged jaundice yang agak mengambil masa untuk pulih (lebih kurang sebulan kemudian baru baik sepenuhnya).
Ali membesar seperti bayi biasa, namun sewaktu usianya menjelang 11 bulan, kami mula berasa risau kerana Ali masih tidak boleh meniarap, merangkak atau duduk sendiri.
Dia tidak ada masalah dengan makanan. Minum susu dengan baik dan makan apa saja. Suka makan tapi berat tak naik-naik.
Selain itu tanda-tanda lain yang obvious kami lihat adalah :
Tapak kaki tak boleh dijejakkan ke lantai dengan betul
Kaki selalu bersilang macam gunting bila kami cuba dirikan
Tangan sebelah kanan selalu digenggam (clenched fist) walaupun dah umur setahun
Kadangkala berlaku spasm (gerakan tanpa kawalan secara tiba-tiba). Contohnya ketika duduk di high chair, Ali akan angkat kedua-dua tangannya seperti terkejut
Dia tak pandai tidur baring, kena meniarap. Bila baring (muka ke atas) sering seperti ketakutan dan terkejut)
Super sensitif dengan bunyi. Bunyi bising sikit pun dah buat dia terkejut.
Ads
Pada usia genap setahun apabila Ali tak ada tanda-tanda walaupun untuk pusingkan badan, kami bawa Ali ke pakar pediatrik dan mereka sarankan untuk buat MRI bagi melihat keadaan otak yang mungkin menyebabkan kelewatan pada perkembangan.
Kami bawa Ali untuk buat MRI di Hospital Avisena, dan keputusannya dibawa ke Hospital Shah Alam. Sebulan kemudian results keluar mengatakan, berdasarkan keadaan dalaman otak Ali, ia kelihatan seperti Ali ada ciri-ciri periventricular leukomalacia (PVL).
Itu adalah kali pertama kami mendengar mengenai PVL.
Agak sedih pada awalnya kerana mengenangkan nasib Ali. Doktor kata dia mungkin boleh jalan tapi lewat atau tidak boleh jalan langsung. Semuanya akan bergantung kepada terapi yang dijalani.
Sebab itu doktor mahu semua jenis terapi (fisioterapi, terapi cara kerja dan rehab) dilakukan secara efektif sementara Ali masih lagi bayi.
Melihat kepada semangat Ali sendiri yang kuat, kami tak mahu bersedih lagi. Di rumah, kami train Ali dengan terapi sebagaimana yang diajar oleh fisioterapist.
Kami juga join banyak group PVL di FB dan sosial media untuk menambah pengetahuan tentang PVL dan bertukar-tukar pandangan dengan parents lain yang berhadapan dengan situasi sama. Semuanya group dari luar negara kerana di Malaysia tidak ada group PVL, hanya cerebral palsy.
Sekarang kami lebih terbuka dengan situasi Ali, kami percaya dengan usaha dan kerajinan Ali dan sokongan moral dari kami sebagai ibu bapa, dia akan dapat berjalan satu hari nanti.
Buat masa sekarang bila Ali dapat berjalan sudah tak penting kepada kami, yang kami fokus adalah kepada terapi untuk memulihkan keadaan Ali.
Disebabkan PVL, Ali mengalami trauma di mana dia mengalami stranger anxiety. Tidak boleh diambil langsung oleh orang lain atau takut dan menangis dengan kuat jika bertemu orang tidak dikenali.
Harapan kami supaya Ali membesar dengan sihat, walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada dia boleh berjalan atau tidak. Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mencuba apa sahaja usaha untuk memulihkan keadaan Ali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi aktiviti terkininya bersama dua heronya, Bilal dan Abbas di rumah.
Menerusi Instagramnya itu, banyak gambar-gambar Bilal dan Abbas yang dipotretkan Neelofa untuk simpanan mereka.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, perjalanan membesarkan dua anaknya yang kini masih kecil merupakan nikmat terbesar buat dirinya.
“Detik-detik kecil ini adalah nikmat terbesar. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Neelofa dilihat turut mengajar Bilal menguli doh tepung malah membiasakan dengan pelbagai aktiviti.
Dua beradik itu, Bilal dan Abbas juga dilihat sedang bermain-main di bilik mereka yang berlatar belakangkan kertas dinding berupa kaabah.
Bukan itu sahaja, malah Neelofa juga turut di lihat berkongsi momen-momen Bilal dan Abbas dalam pelbagai gaya di rumah seperti ketika makan, bermain dan sebagainya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut ibu cantik jelita ini memuji kecomelan Bilal dan Abbas biarpun dikaburkan wajahnya untuk tontonan umum.
Terdahulu Neelofa dan suaminya, PU Riz mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia disahkan menghidap kanser 3 tahun lepas iaitu sekitar bulan 5, 2015. Usai mengetahui diri menghidap penyakit yang cukup digeruni, kehidupan Nor Asiah Noh, 39 berubah 360 darjah.
Berkongsi cerita awal ketika mengetahui diri ada kanser tersebut, Nor Asiah berkata, ia bermula pada 2015 apabila melihat ada bintik-bintik merah seperti darah di bra iaitu hujung puting payudaranya.
Tetapi ketika itu katanya, dia tidak berasa sakit di bahagian tersebut dan anggap mungkin kerana gigitan nyamuk seterusnya tidak terus berjumpa doktor.
“Namun, apabila telah berlarutan beberapa hari, saya buat keputusan berjumpa doktor dan ketika itu doktor memberitahu bahawa gejala itu hanya ulser puting sahaja.
“Saya bertanya lagi sama ada ia kanser? Doktor menjawab, jika kanser pun mungkin kanser puting sahaja dan doktor hanya memberi ubat antibiotik dan krim untuk sapu luka.
“Bagaimanapun, tidak juga pulih, dan semakin merebak di sekitar payudara. Kemudian baru saya rasa ada ketulan apabila sudah hampir datang haid. Bila buat pemeriksaan doktor, sah itu kanser,” kongsinya.
Anak kelahiran Kelantan ini juga melakukan pembedahan membuang sebelah payudaranya setelah setahun mengetahui ada kanser. Selain itu, dia juga perlu melalui tempoh kemoterapi selain banyak berpantang demi menjaga kesihatan.
“Banyak benda yang akak tak boleh makan, contoh daging lembu, taufu fa(soya bean), gula putih dan sebahgainya. Waktu itu, kehidupan akak hanya di hospital, berulang alik untuk rawatan dan temu janji.
“Dulu akak aktif bersukan tapi dah kena kurang kan sebab cepat penat. Tapi akak masih lagi terlibat dengan aktiviti kumpulan kanser mcm fun run, charity. Malah dari situ akak kenal ramai kawan-kawan senasib melalui support grup.
Ibu kepada empat cahaya mata ini bagaimana pun bersyukur kerana anak-anak banyak memberi sokongan untuk dia lebih kuat.
“Pada asal nya susah untuk akak nak terangkan pada anak-anak. Tapi alhamdulillah yang besar-besar rajin mencari info melalui bahan bacaan bagaimana nak handle pesakit kanser mcm diet semua tu. Sebagai ibu, akak bersyukur sangat dapat anak-anak yang cukup prihatin.
“Yang ada kini hanyalah untuk anak-anak, jadi saya perlu kuat. Tidak boleh tunjuk yang saya ini sakit depan mereka. Anak yang sulung umur 19 tahun, kedua 18 tahun, ketiga pula tingkatan dua dan bongsu darjah enam. Alhamdulillah anak-anak faham dengan penyakit yang saya alami terutama yang sulung dan kedua.
“Mereka selalu mengingatkan saya agar jaga kesihatan, jaga makan, bersenam dan rehat secukupnya. Sebagai ibu saya sangat terharu. Kerana mereka jugalah perasaan untuk sihat tu kuat, ada semangat juang. Semua itu sebab anak-anak.
“Bagi akak, anak-anak hanya ada akak je. Kalau akak tak ada, mana mereka nak tuju. Tiap kali sedih, akak akan lawan. Menangis tu perlu kerana daripada situ akak mencari kekuatan.
“Lagi satu mak dan ayah yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga akak masa dalam rawatan. Terutama sekali mak yang masakkan bubur, suap kan lagi. Belum bab tak tidur menjaga akak. Jadi, akak bertekad untuk cepat baik agar dapat membalas jasa mak dan ayah.
“Selain itu, akak sendiri nak tengok anak-anak membesar dan berjaya depan mata,” ujar Asiah yang kini masih lagi dalam rawatan susulan di Pusat Kanser Negara.
Mengakui bukan mudah melalui semua ini, ditambah pula apabila ada benda yang membuatkan diri mula ‘down’.
“Bila sebut bab ‘down’ memang susah nak elak perasaan ini. Ditambah pula di sekeliling kita ni sebenarnya banyak negatif vibes tau. Terutama orang di sekeliling kite. Sebab itu seboleh mungkin, elakkan dari toxic people ni.
“Mereka tak penah kena kanser jadi takkan faham kita. Cuba cari apa yang buat kita happy. Create masa bersama family. Minta dengan Allah untuk reda, bila kita reda, perasaan bahagia tu akan automatik hadir.
“ Insyallah. Allah tu selalu ada untuk kita. Kena yakin dan percaya bahawa ini lah hadiah untuk kita. Dengan cara ini Allah sedang mengampuni dosa dan mengangkat darjat kita.
Menurut Asiah lagi, dia bukan orang pertama menghidap kanser.
“Arwah nenek di sebelah mak mengidap kanser tiroid. Begitu juga arwah nenek di sebelah ayah, kanser ovari.
“Nasihat akak pada pejuang kanser di luar sana, terus kan berjuang. Cekal kan diri, kuat kan semangat. Kita adalah insan kesayangan Allah dengan diuji dengan nikmat kesakitan yang tiada hujung, tapi kena ingat, syarat mati bukan lah kanser.
“Kepada masyarakat, akak mohon agar sama-sama membantu golongan pesakit kanser ini. Tak kisah la kanser ape pun. Sokongan moral anda semua amat berharga. Terima kasih juga kerana meraikan pesakit kanser payu dara melalui kempen-kempen di sepanjang bulan Oktober ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu amalan biasa yang dilakukan oleh mak-mak apabila sedang berbadan dua, pasti tidak terlepas daripada mengamalkan membaca surah Luqman.
Apa istimewanya tentang surah ini?
Ayuh hayati perkongsian daripada seorang ibu yang sering berkongsi info keibubapaan di akaun fb miliknya. Jom semak.
Sejak saya mengandungkan Haikal, Surah Luqman has always been my favourite surah.
Dari mengandung trimester kedua sampai lah Haikal cerai susu pada usia 3 tahun– selalu baca surah ni.
Entah lah.
Somehow surah ni memberi “rasa” kepada naluri keibuan saya.
Setiap kali rasa gagal sebagai ibu–surah ini lah yang memujuk saya untuk kembali mencuba.
Setiap kali rasa macam nak terjun bangunan tak larat dah nak hadap semua benda–
surah ni jugak lah yang kutip semula setiap kepingan hati yang pecah.
Sekarang, Haikal dah 7 tahun–dan dia pula yang recite surah ni untuk hiburkan hati kami sekeluarga.
Sejak saya mengandungkan Haikal, Surah Luqman has always been my favourite surah. Dari mengandung trimester kedua sampai lah Haikal cerai susu pada usia 3 tahun– selalu baca surah ni. .Entah lah. Somehow surah ni memberi "rasa" kepada naluri keibuan saya. .Setiap kali rasa gagal sebagai ibu–surah ini lah yang memujuk saya untuk kembali mencuba. .Setiap kali rasa macam nak terjun bangunan tak larat dah nak hadap semua benda–surah ni jugak lah yang kutip semula setiap kepingan hati yang pecah. .Sekarang, Haikal dah 7 tahun–dan dia pula yang recite surah ni untuk hiburkan hati kami sekeluarga. ?.Untuk post kali ni, saya nak share tentang intipati surah Luqman — terutama kebijaksanaan "parenting style" Luqman Al Hakim, sehingga dia dimuliakan oleh Allah dan dijadikan contoh buat seluruh umat. .Luqman Al Hakim ni bukan nabi atau rasul– malah "orang biasa" saje. Tapi disebabkan oleh kebijaksanaan dan kehalusannya dalam mentarbiyah anaknya, maka diangkat namanya dalam Al-Quran. .Pesanan2 Luqman kepada anaknya yang direkodkan dalam surah Luqman ni sebenarnya adalah "guideline" kepada ibu bapa dalam mendidik anak2, supaya anak2 selamat di dunia dan di akhirat, dan supaya kita tenang dalam lubang kubur..Parenting Tips dari Surah Luqman:.?Bina "jambatan" yang baik dengan anak, panggil dengan nama2 indah, sebelum kita terapkan tauhid, ibadah dan akidah. .? Sentiasa ingatkan anak– jangan sesekali percaya ada tuhan selain Allah. Kerana syirik– adalah satu jenayah yang amat besar..? Untuk lebih meyakinkan anak bahawa satu2nya tuhan adalah Allah– ajak mereka renung betapa magical nya alam rahim. Masa anak berada dalam rahim ibu, takde siapa yang melindungi, takde siapa yang beri kesempurnaan pada rupa fizikal, fungsi organ, dan sebagainya– melainkan Allah. Alam rahim adalah bukti kuasa dan kasih sayang Allah terhadap manusia..? Ajak anak zahirkan kepercayaannya kepada Allah– dengan mendirikan solat. .? Sambil ajar anak solat, fahamkan mereka– kenapa kena solat? Tunjuk bukti2 kewujudan Allah, dan tanya anak — cuba tengok burung tu, agaknya siapa yang bagi dia keupayaan untuk terbang? Tengok bulan, siapa yang bagi dia cahaya cantik dan bentuk bulat tepat dan tanpa gagal keluar di malam hari? Dan tengok pula diri kita, tengok tangan kaki kita, tengok mata telinga hidung kita, siapa yang bagi nikmat ni semua? Solat– adalah bukti kita terima kasih pada Allah, dan mohon Dia pelihara semua nikmat ini. .? Ajar anak solat, paling lewat pada usia 7 tahun, dan jangan gunakan rotan. Ajar dengan sabar & penuh hikmah. Umur 10 tahun– baru rotan bila anak tak solat dengan sengaja. .? Beritahu anak tentang akibat kalau tak solat– jenayah yg kita lakukan (tak solat) pasti akan dibalas di Hari Kiamat nanti. Sebutir pasir yang bergerak di dasar laut pun Allah tahu– apatah lagi bila kita tinggal solat. Allah Maha Tahu Lagi Teliti..? Didik anak solat, sebab solat yang sempurna itulah yang akan membentuk akhlak terpuji– tak sombong, lembut tutur kata, rendah diri, bijak mengawal emosi, sentiasa bersederhana– menjadi orang yang disenangi dan disayangi. .? Bula anak mula rasa kemanisan dan kenikmatan bersolat, ajak anak berdakwah dan mengajak orang lain berbuat kebaikan–amal makruf nahi mungkar. .? Berdakwah dan mengajak orang berbuat kebaikan, akan membentuk kesabaran dan kematangan dalam diri..? Ciri-ciri orang yang capai darjat tinggi di sisi Allah– sabar, tak terkesan emosi dgn keadaan sekeliling, tenang bila berbicara, tak meninggi suara dan tak sombong. .? Ajar anak bersyukur– Bagi 2 kertas pada anak: Kertas pertama suruh dia tulis apa yg dia nak, dan kertas kedua suruh dia tulis benda yg dia dah ada. Pastinya, senarai kertas pertama lebih panjang dari kertas kedua. Itu lumrah manusia– sentiasa nak apa yg belum ada di tangan. Ajar anak– tak salah untuk bercita2, tapi jangan lupa syukur dulu dengan apa yang Allah dah bagi. .? SYUKUR– dapat bantu kita create happiness dalam diri dan bijak mengawal nafsu serta emosi..? Bila kita bagi nasihat pada anak, jangan berharap anak berubah kerana nasihat kita. Sebab yg beri hidayah pada anak ialah Allah. Ibu bapa berhak mendidik anak sebaiknya, tapi ingat– Allah juga sedang mendidik ibu bapa melalui anak2. Setiap usaha kita bukan untuk dapat respon daripada anak, tapi untuk dapat respon daripada Allah..? Kisah Luqman bukan sekadar contoh dakwah seorang bapa kepada anak, tapi contoh dakwah kepada semua manusia. Bila berdakwah kepada sesiapa sahaja, pandanglah mereka seperti "anak" — dengan pandangan kasih sayang dan penuh sabar. Bila nampak orang yang masih buat kemungkaran, pandang mereka seperti anak2 kecil yang masih merangkak dalam belajar agama. .Wallahua'lam bisawwab. .Kalau korang "rasa berbekas" dengan kisah Luqman Al Hakim ni– maka bersyukurlah dengan "rasa" itu. Sesungguhnya "rasa" itu pun adalah satu nikmat besar daripada Allah. .Letak phone sekejap, pergi pada anak2–dan lihat kuasa & kasih sayang Allah pada mereka. ❤️.Selamat malam,Adlil Rajiah.Sumber: Nota peribadi saya ketika belajar Taddabur Surah Luqman dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman
Untuk post kali ni, saya nak share tentang intipati surah Luqman — terutama kebijaksanaan “parenting style” Luqman Al Hakim, sehingga dia dimuliakan oleh Allah dan dijadikan contoh buat seluruh umat.
Luqman Al Hakim ni bukan nabi atau rasul– malah “orang biasa” saja. Tapi disebabkan oleh kebijaksanaan dan kehalusannya dalam mentarbiyah anaknya, maka diangkat namanya dalam Al-Quran.
Pesanan-pesanan Luqman kepada anaknya yang direkodkan dalam surah Luqman ni sebenarnya adalah “guideline” kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak, supaya anak-anak selamat di dunia dan di akhirat, dan supaya kita tenang dalam lubang kubur.
Parenting Tips dari Surah Luqman:
?Bina “jambatan” yang baik dengan anak, panggil dengan nama-nama indah, sebelum kita terapkan tauhid, ibadah dan akidah.
? Sentiasa ingatkan anak– jangan sesekali percaya ada tuhan selain Allah. Kerana syirik– adalah satu jenayah yang amat besar.
? Untuk lebih meyakinkan anak bahawa satu-satunya tuhan adalah Allah– ajak mereka renung betapa magical nya alam rahim. Masa anak berada dalam rahim ibu, tak ada siapa yang melindungi, takada siapa yang beri kesempurnaan pada rupa fizikal, fungsi organ, dan sebagainya– melainkan Allah. Alam rahim adalah bukti kuasa dan kasih sayang Allah terhadap manusia.
? Ajak anak zahirkan kepercayaannya kepada Allah– dengan mendirikan solat.
? Sambil ajar anak solat, fahamkan mereka– kenapa kena solat? Tunjuk bukti-bukti kewujudan Allah, dan tanya anak — cuba tengok burung tu, agaknya siapa yang bagi dia keupayaan untuk terbang? Tengok bulan, siapa yang bagi dia cahaya cantik dan bentuk bulat tepat dan tanpa gagal keluar di malam hari? Dan tengok pula diri kita, tengok tangan kaki kita, tengok mata telinga hidung kita, siapa yang bagi nikmat ni semua? Solat– adalah bukti kita terima kasih pada Allah, dan mohon Dia pelihara semua nikmat ini.
? Ajar anak solat, paling lewat pada usia 7 tahun, dan jangan gunakan rotan. Ajar dengan sabar dan penuh hikmah. Umur 10 tahun– baru rotan bila anak tak solat dengan sengaja.
? Beritahu anak tentang akibat kalau tak solat– jenayah yang kita lakukan (tak solat) pasti akan dibalas di Hari Kiamat nanti. Sebutir pasir yang bergerak di dasar laut pun Allah tahu– apatah lagi bila kita tinggal solat. Allah Maha Tahu Lagi Teliti.
? Didik anak solat, sebab solat yang sempurna itulah yang akan membentuk akhlak terpuji– tak sombong, lembut tutur kata, rendah diri, bijak mengawal emosi, sentiasa bersederhana– menjadi orang yang disenangi dan disayangi.
? Bila anak mula rasa kemanisan dan kenikmatan bersolat, ajak anak berdakwah dan mengajak orang lain berbuat kebaikan–amal makruf nahi mungkar.
? Berdakwah dan mengajak orang berbuat kebaikan, akan membentuk kesabaran dan kematangan dalam diri.
? Ciri-ciri orang yang capai darjat tinggi di sisi Allah– sabar, tak terkesan emosi dgn keadaan sekeliling, tenang bila berbicara, tak meninggi suara dan tak sombong.
? Ajar anak bersyukur– Bagi 2 kertas pada anak: Kertas pertama suruh dia tulis apa yg dia nak, dan kertas kedua suruh dia tulis benda yg dia dah ada. Pastinya, senarai kertas pertama lebih panjang dari kertas kedua. Itu lumrah manusia– sentiasa nak apa yg belum ada di tangan. Ajar anak– tak salah untuk bercita2, tapi jangan lupa syukur dulu dengan apa yang Allah dah bagi.
? SYUKUR– dapat bantu kita create happiness dalam diri dan bijak mengawal nafsu serta emosi.
? Bila kita bagi nasihat pada anak, jangan berharap anak berubah kerana nasihat kita. Sebab yg beri hidayah pada anak ialah Allah. Ibu bapa berhak mendidik anak sebaiknya, tapi ingat– Allah juga sedang mendidik ibu bapa melalui anak2. Setiap usaha kita bukan untuk dapat respon daripada anak, tapi untuk dapat respon daripada Allah.
? Kisah Luqman bukan sekadar contoh dakwah seorang bapa kepada anak, tapi contoh dakwah kepada semua manusia. Bila berdakwah kepada sesiapa sahaja, pandanglah mereka seperti “anak” — dengan pandangan kasih sayang dan penuh sabar. Bila nampak orang yang masih buat kemungkaran, pandang mereka seperti anak2 kecil yang masih merangkak dalam belajar agama.
Wallahua’lam bisawwab.
Kalau korang “rasa berbekas” dengan kisah Luqman Al Hakim ni– maka bersyukurlah dengan “rasa” itu. Sesungguhnya “rasa” itu pun adalah satu nikmat besar daripada Allah.
Letak phone sekejap, pergi pada anak-anak dan lihat kuasa & kasih sayang Allah pada mereka. ❤️
Selamat malam
Sumber: Nota peribadi saya ketika belajar Taddabur Surah Luqman dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman