Aidid Marcello bersama isteri, Norzie Pak Wan Chek serta anak perempuan mereka, Nailina Marcello kini sedang mengerjakan umrah.
Di dalam perkongsiannya sebelum ini, Aidid ada menyatakan akan berkongsi info dan tip sepanjang berada di Tanah Suci itu buat tatapan pengikutnya di laman Instagram.
Namun, satu video dimuat naik Aidid yang berkongsi luahan hatinya tentang cara yang betul dalam mendidik anak-anak untuk solat.
Ads
Video tersebut memaparkan seorang bapa meletakkan anaknya di atas lantai yang sejuk sementara mahu menunaikan solat Subuh.
Cara si ayah saya selamba meletakkan anaknya di lantai sejuk, seolah-olah memberi tamparan hebat buat Aidid sekali gus membuka matanya tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak.
Rata-rata netizen memuji dan cukup kagum melihat video yang dikongsikan oleh Aidid itu. Tak kurang yang bersetuju kerana mereka pernah mengalaminya sendiri.
Aidid Marcello anak 8A 1B SPM pastinya menjadi berita yang cukup menggembirakan buat keluarga selebriti ini. Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan isterinya, Norzie Pak Wan Chek, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua, Muhammad Iman menerima keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perkongsian yang dimuat naik Aidid di Instagram itu bukan sahaja meraih perhatian netizen, malah turut menyentuh hati ramai ibu bapa. Mana tidaknya, di sebalik kejayaan 8A 1B yang diraih, tersimpan kisah perjuangan seorang anak yang pernah meninggalkan sekolah harian selama setahun setengah untuk memberi fokus kepada hafazan al-Quran di sekolah tahfiz.
Menerusi video tersebut, Aidid mengakui pada awalnya dia dan isteri berasa bimbang memikirkan sama ada Iman mampu mengejar semula pelajaran akademik selepas kembali ke sekolah harian. Kebimbangan itu cukup difahami, apatah lagi apabila seseorang pelajar perlu menyesuaikan semula diri dengan silibus dan suasana pembelajaran yang berbeza.
Namun, sebagai ibu bapa, Aidid dan Norzie tidak pernah putus mengiringi perjalanan anak mereka dengan doa dan harapan yang baik.
“Alhamdulillah, ni semua kerja Allah. Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal Quran. Semua pun risau, sempat ke nak catch-up balik belajar. Macam-macam ujian Iman tempuh masa tahfiz dan masa sambung sekolah balik.
“Tapi dia senyum, diam dan layan ja. Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab dan kadang-kadang pelik bila dia belajar. Daddy dan mummy sangat bangga dan terkejut. Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa.
“Tahniah juga kepada anak-anak yang lain, kita saling mendoakan semoga semua mereka ni dipermudahkan dan dapat belajar di tempat yang terbaik serta berjaya dunia akhirat,” kongsi Aidid.
Kata-kata yang diluahkan itu jelas menggambarkan rasa syukur seorang ayah yang melihat sendiri ujian dan usaha anaknya. Dalam diam, Iman membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin dan doa keluarga mampu membawa hasil yang cukup manis.
Kisah Aidid Marcello anak 8A 1B SPM ini turut membuka mata ramai bahawa laluan pendidikan yang berbeza tidak semestinya menghalang kejayaan. Malah, gabungan hafazan al-Quran dan akademik boleh berjalan seiring jika disertai usaha yang konsisten.
Perkongsian tersebut turut dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti. Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan pencapaian Muhammad Iman, malah tidak kurang juga yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi buat anak-anak lain.
Lebih menyentuh hati apabila ramai mendoakan agar anak muda itu terus melakar kejayaan, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Sememangnya, kejayaan seperti ini bukan hanya tentang bilangan A yang diperoleh, tetapi lebih besar daripada itu. Ia adalah simbol pengorbanan, ketabahan dan kekuatan jiwa seorang anak yang melalui laluan pendidikan yang berbeza, namun tetap mampu berdiri cemerlang.
Untuk rekod, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu seorang puteri sulung, Alyea Nai Lina serta tiga orang putera, Muhammad Iman, Yusuf dan Ibrahim.
Aidid Marcello anak 8A 1B SPM menjadi bukti bahawa setiap anak mempunyai perjalanan tersendiri menuju kejayaan. Dalam dunia keibubapaan, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa tugas ibu bapa adalah terus menyokong, mendoakan dan percaya pada kemampuan anak-anak walau apa pun cabaran yang datang.
BACA LAGI :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tiodak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kempen kibar bendera putih dilakukan di hadapan rumah. Ini merupakan inisiatif untuk mereka yang terputus bekalan makanan mula mendapat perhatian warganet.
ia bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan sewaktu pandemik Covid-19 ini.
Selain permohonan untuk bekalan makanan, kisah keluarga tular baru-baru ini kerana terpaksa melalui kesusahan ketiadaan tandas rosak selama dua tahun mengundang perhatian ramai.
Rata-rata simpati dengan masalah keluarga ini dan ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membaiki tandas di rumah berkenaan.
Terbaru, pemilik rumah memuat naik hasil sumbangan yang berjaya menyiapkan tandas baru. Simple tapi kemas dan cantik hasilnya.
Selamat Tengahari semua….mungkin ni pos akhir saya untuk update perkembangan toilet dan sekeliling toilet yang dah siap 100%…. Terima kasih banyak2 pada hamba Allah semua andai ada terlibat dalam menghulurkan pertolongan untuk saya sekeluarga buat toilet baru gantikan toilet kami yang 2 tahun rosak selama nie….. Terima kasih banyak2 sekali lagi ya…
Saya doakan semoga semua dalam lindungan Allah selalu dan saya doakan jua moga semua dimurahkan rezeki berpanjangan dunia n akhirat Aamiin…. Alhamdulillah selesai amanah saya dari orang ramai untuk bantu kami sekeluarga untuk buat toilet baru kami…. alhamdulillah saya dah tak kusut di tengah malam untuk menumpang toilet Pam minyak lg….
Tq semua tq pada admin T.A.H.I yang luluskan pos saya….sekali lagi terima kasih banyak2 untuk semuanya….moga Allah balas jasa baik semua….🌹🌹
Doakan kami dipermudahkan segala urusan mendatang ya sahabat itu je saya mohon….Aamiin…
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.