Siapa sahaja yang tidak kenal dengan gadis kecil molek Nur Nabila Mohd Razli atau mesra disapa Bella, merupakan penyanyi yang cukup popular dengan lagunya seperti Katakan Saja, Cemburu, Permata Hati, Peluang Kedua dan banyak lagi.

Rezekinya di dalam bidang seni tidak hanya pada bakat nyanyiannya, malah kehadirannya di dalam dunia lakonan kian di terima ramai dan semakin menyegat.

 

 

Apatah lagi baru-baru ini Bella diberi kepercayaan untuk memegang watak utama  di dalam sebuah drama Kerana Cinta Itu Ada sebagai Nabila Aulia yang digandingkan bersama Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen.

Belakang Tabir Kerana Cinta Itu Ada, Nabila Siang Ikan Keli Tarik Perhatian & Undang Lucu Netizen!

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bella ada berkongsi satu rakaman video di sebalik tabir ketika di set pengambaran drama tersebut.

Tulis Bella di caption video berkenaan bahawa Aisy teringin untuk makan Ikan Keli Masak Lomak Cili Api.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

IKLAN

 

Dapat dilihat juga melalui rakaman video tersebut memaparkan Bella nampak begitu cuak untuk menyiang ikan keli yang masih hidup dan diakui olehnya bukan mudah hingga menyebabkan Bella bertanya tip  kepada peminatnya.

Belakang Tabir Kerana Cinta Itu Ada, Nabila Siang Ikan Keli Tarik Perhatian & Undang Lucu Netizen!

Menjengah di ruangan komen, di lihat peminat dan warganet memberi respon kepada hantaran video tersebut dengan berkongsi pelbagai tip.

Antaranya ada yang menyarankan agar ditaburkan dengan garam. Tidak kurang juga menyarankan sebaiknya beli sahaja yang telah disiang, itu lebih mudah.

“Tak berani la siang ikan keli..huhu.. biase kalo nak matikan letak garam.. sekarang beli dah siap siang senang keje,” tulis salah seorang warganet.

“Kalau orang kampung buat ikan masuk dalam besen, letak garam kasar pastu tutup biar dalam 20 minit haaa matilah dia,” tulis yang lain kongsi petua.

IKLAN

“Paling senang masukkan dalam freezer, tunggu hingga dia mati pastu baru siang,” respon yang lain pula.

Belakang Tabir Kerana Cinta Itu Ada, Nabila Siang Ikan Keli Tarik Perhatian & Undang Lucu Netizen!

Pun begitu, tidak kurang juga menyakat Bella dengan usikan yang melucukan bila melihat reaksi Bella di dalam video tersebut yang seakan mengusap-usap ikan keli tersebut.

“Awakkkk…tu bukan kucing, nk usap2 mcm tu pastu dia lentok manjahhh..hhahahahhahahaha..adoiiiii,” tulis netizen yang lain pula.

“Why u belai ikan tu macam belai kucing 😭😂,” komen yang lain pula.

IKLAN

Sumber : nabila.razali

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Belakang Tabir Kerana Cinta Itu Ada, Nabila Siang Ikan Keli Tarik Perhatian & Undang Lucu Netizen!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI